» 36

724 46 2
                                        

First Day ( malam )

Aku menutup pintu bilik dengan perlahan-lahan tidak mahu mengejutkan Hariel.

Aku datang sini nak having me-time! Not me and him-time!

Selamat tutup, aku berlari anak terus ke lift.

Sesampai sahaja di lobi, mata aku membulat. Kelihatan Hariel sibuk melayan komputer riba di sofa lobi.

Aduh gimana ini.

Aku memikirkan jalan.

Oh ada pintu belakang yang lebih dekat dengan parkir kereta!

Cepat-cepat aku berpatah balik ke lift lalu pusing ke kiri. Terdapat pintu kecemasan di situ.

Kecemasan apa situasi aku ni.

Cepat-cepat aku buka enjin lalu memecut keluar dari situ.

•••

Aku memarkirkan kereta di tempat yang disediakan. Kemudian aku keluar dari perut kereta.

Aku berjalan menuju ke dataran. Memang luas. Ada keluarga yang sedang bermain. Ada orang-orang menjual permainan. Untung lah. Orang ramai lalu lalang. Confirm laku.

Ditengah-tengah dataran terdapat pentas kosong. Aku terus menapak ke pentas itu.

Ada satu banner tergantung lalu aku baca.

Oh. 26 april ni akan ada konsert. Betul-betul last day aku kat sini.

Hmm nanti ajak Hariel lah

Terus aku duduk di atas pentas itu.

Tiba-tiba ada seekor kucing datang mendekat.

"Hello" tegur aku.

Kucing tu hanya mengeow. Okay lah tu. Kalau dia balas Hello aku, confirm aku lari dulu.

Dia mengusap kepala di kaki aku. Tidak lama kemudian, tali kasut aku dia uraikan. Terus dia berlari dari situ.

"Anjing punya kucing!! Aku dag lah tak de mood nak betulkan!" Aku mendengus geram.

Kaki dan tangan aku teramatlah jauh untuk betulkan tali kasut itu.

Aku meliarkan mata sekeliling. Ada foodtruck lah kat sana.

Lantas aku bangun dan menuju ke foodtruck itu. Tai kasut aku abaikan. Kalau jatuh nasib lah.

Sesampai sahaja di sana, aku melihat banner yang tertulis menu makanan.

Aku membeli air mineral dan kentang putar.

Harap sedap macam KFC punya.

Cepat-cepat aku kembali ke pentas tadi. Kang ada yang rebut tempat aku.

Masih kosong. Alhamdulillah.

Aku melabuhkan punggung di atas pentas itu. Kentang putar itu aku mula makan.

Sedang sibuk aku makan, tiba-tiba ada seorang jejaka tunduk lalu mengikatkan tali kasut aku.

Aku merenungnya tidak lekang. Baik betul!

Apabila dia mendongak, senyuman aku terus pudar.

A L I U M ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang