1.5❙ Light Dance

31 5 27
                                    

Da Capo

𝓢𝔂𝓶𝓹𝓱𝓸𝓷𝔂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝓢𝔂𝓶𝓹𝓱𝓸𝓷𝔂

⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

𝑝𝑙𝑎𝑦 𝑡ℎ𝑒 𝑚𝑢𝑠𝑖𝑐 𝑤ℎ𝑒𝑛 '♪' 𝑎𝑝𝑝𝑒𝑎𝑟 𝑓𝑜𝑟 𝑎 𝑏𝑒𝑡𝑡𝑒𝑟 𝑒𝑥𝑝𝑒𝑟𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒

⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

-Third Person-

"Jihye~" kedengaran suara Taehyung memanggil-manggil nama gadis itu, namun tiada jawapan. Pelajar-pelajar di sekeliling hanya memandang ke arah lelaki itu dengan pelik.

'Hmph, ini mesti kes boipren dan gerlpren bermanja-manja cari sesama sendiri macam main kejar-mengejar janam jahanam,' fikir manusia-manusia berlabel single itu sambil membiarkan sahaja Taehyung berlaku sesukanya.

Lain dari yang mereka fikirkan, sang 'gerlpren' itu sebenarnya sedang menyorok daripada si 'boipren' di belakang pokok. Elak-elak sahaja dirinya daripada dijumpai.

Selepas pasti bahawa kehadiran Taehyung tiada lagi di sana, perlahan-lahan Jihye berdiri disebalik semak sebelum mengebas-ngebaskan rumput-rumput yang melekat pada baju sekolahnya. 

"Yang sembunyi belakang pokok tu Jihye ke?" Tiba-tiba kedengaran satu suara bertanya menyebabkan Jihye terlompat sedikit kerana terkejut.

Perlahan-lahan dia menoleh untuk memandang tuan punya suara itu. Takkanlah itu Taehyung?

Namun lain dari yang Jihye fikirkan, matanya berpampasan dengan seseorang yang lansung tidak disangkanya. Maka rasa risau yang muncul tadi perlahan-lahan bertukar menjadi tenang.

Bagaikan matahari yang hangat muncul ditengah tsunami yang sejuk, Jung Hoseok yang berdiri dihadapannya telah memberi nafas kelegaan pada Jihye.

Jihye mengeluh kecil sambil menenangkan jantungnya yang sudah berdegup kencang akibat rasa was-was. "Sunbae rupanya"

"Buat apa menyorok di sana?" Tanya Hoseok sebelum menyirup jus strawberi dalam kotak menggunakan straw.

"Err, panjang cerita" balas Jihye dengan malu-malu kucing. Dengan berhati-hati, dia berjalan keluar daripada semak itu sebelum berdiri betul-betul dihadapan Hoseok.

"Jihye?"

Okay kali ini kena betul-betul panik. Perlahan-lahan Jihye menoleh lalu kelihatan Taehyung yang sedang berdiri dengan bekal makanan disisi.

Magic ShopWhere stories live. Discover now