1.1❙ I Secretly Love U

41 5 36
                                    

Da Capo

𝓢𝔂𝓶𝓹𝓱𝓸𝓷𝔂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝓢𝔂𝓶𝓹𝓱𝓸𝓷𝔂

⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

𝑝𝑙𝑎𝑦 𝑡ℎ𝑒 𝑚𝑢𝑠𝑖𝑐 𝑤ℎ𝑒𝑛 '♪' 𝑎𝑝𝑝𝑒𝑎𝑟 𝑓𝑜𝑟 𝑎 𝑏𝑒𝑡𝑡𝑒𝑟 𝑒𝑥𝑝𝑒𝑟𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒

⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

-Jihye-

♪ Buku yang tebalnya lebih kurang 3 inci itu aku selak-selak dengan main-mainnya tanpa sedikit pun niat untuk membaca. Walaupun niat itu muncul, serta-merta ia akan terbantut dikala mataku menangkap muka surat yang penuh dengan tulisan kecil itu. Satu muka surat pun mengambil masa setengah jam untuk dibaca, apalagi mahu membaca satu buku habis? Berbulanlah jawabnya.

Akibat rasa bosan, mataku dihalakan pada rak buku yang ada dihadapan sana, rak buku besar yang diperbuat daripada kayu jati itu aku tenung lama-lama sambil pemikiranku melayang entah kemana. Mungkin pada si dia? Dia yang berjaya membuat aku memikirkannya seharian tanpa rasa bosan.

Kalau kita sukakan seseorang, mustahil kita tidak terfikirkannya. Di balik kesibukan, pasti ada sahaja celah dimana fikiran kita menghala ke arahnya, apalagi kalau aku ini yang lansung tidak berbuat apa-apa. Aku mengeluh kecil, merasa kecewa pada diriku dengan tidak sengajanya menyimpan perasaan pada lelaki yang hatinya telah pun dimiliki orang lain.

Ha! Tidak sengaja konon, padahal aku yang tidak mahu membuang perasaan ini, seboleh-bolehnya ingin aku simpan supaya berkekalan lama.

Kadang aku terfikir sendiri, apakah aku dikira seorang masokis kerana lebih suka disakiti? Mungkin tidak, kerana bagiku merasa kosong dalam dunia hitam putih itu lebih derita berbanding dengan dunia yang berwarna-warni saat jatuh cinta.

Haih, jauh sungguh fikiranku melayang hanya sebab dia, Jung Hoseok, sang penari sekolah yang keceriaannya boleh disamakan dengan matahari. Hangat dan menyenangkan, terang dan menyilaukan, membuat mataku terbuka luas dan diriku teruja sewaktu sifat peramahnya berjaya menyentuhku.

Buk!

Secara tiba-tiba, bunyi kuat itu serta-merta membawa diriku kembali ke bumi yang nyata. Jantungku berdegup kencang akibat daripada rasa terkejut yang melampau. Boleh tercabut jantung rasanya.

Lantas mataku menjeling manusia yang baru sahaja menghentak meja dengan kuat tanpa sebarang berita, Kim Taehyung memandangku dengan senyuman menghiasi bibirnya.

"So how my favourite girl doing? Termenung banyak nampak"

Wah, manusia seorang ini makin berani.

Magic ShopWhere stories live. Discover now