1.2❙ Hot Milk

36 5 14
                                    

Da Capo

𝓢𝔂𝓶𝓹𝓱𝓸𝓷𝔂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝓢𝔂𝓶𝓹𝓱𝓸𝓷𝔂

⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

𝑝𝑙𝑎𝑦 𝑡ℎ𝑒 𝑚𝑢𝑠𝑖𝑐 𝑤ℎ𝑒𝑛 '♪' 𝑎𝑝𝑝𝑒𝑎𝑟 𝑓𝑜𝑟 𝑎 𝑏𝑒𝑡𝑡𝑒𝑟 𝑒𝑥𝑝𝑒𝑟𝑖𝑒𝑛𝑐𝑒

⊰᯽⊱┈──╌❊╌──┈⊰᯽⊱

-Third Person-

Di jalan yang sibuk dan dipenuhi oleh orang ramai, seorang gadis yang mengenakan pakaian seragam sekolah menengah berjalan balik ke rumah dengan earphone disumbatkan ke dalam telinga.

Lagu 'How can we rewrite the star' dimainkan seraya pemikiran gadis itu melayang jauh. Pasti sedang memikirkan tentang sang mataharinya itu. Kalau tidak, siapa lagi yang mampu membuat gadis itu berfikir perkara yang sama berkali-kali?

Gadis itu, Choi Jihye mengeluh secara tiba-tiba sedang dia berjalan. Kenapa? Jika memikirkan Jung Hoseok, kalau Rhee Hana muncul saja mesti membuat onar di dalam hati kecilnya. Sesiapa yang kenal Hoseok dengan rapat pasti tahu bahawa hanya Hana sahaja yang mampu membuat Hoseok senyum selebar-lebarnya bak orang angaukan cinta.

Walaupun Jihye tidak rapat dengan Hoseok, dia sudah boleh menangkap perasaan Hoseok yang ada pada Hana setelah lama memerhatikannya.

Bertukar kata dengan Hoseok terbukti amat sukar bagi Jihye. Sebagai ganti, setiap gerak-geri Hoseok diperhatikannya dengan teliti, apapun Hoseok buat, apapun Hoseok cakap, semua Jihye ambil tahu. Tapi keberanian untuk berdiri dekat dengannya selalu sahaja lesap dikala kehadirannya wujud berdekatan dengan gadis itu. Maka Jihye, si gadis cool yang sebenarnya pemalu hanya mampu memandang sang matahari itu dari jauh.

Tring~

Bunyi lonceng yang kedengaran dekat berjaya membuat Jihye sedar daripada lamunannya. Serta-merta langkahnya terhenti lalu perhatiannya dihalakan pada suatu pintu kayu besar yang berada di sisinya. Di atas pintu itu, terdapat satu papan yang tertulis dengan tulisan yang agak pelik tetapi hurufnya masih boleh dibaca.

Magic Shop

Jihye hanya mampu mengerutkan dahi sewaktu kebingungan mengetuk kepala otaknya. Bingung kerana sejak bila ada kedai yang kelihatan sungguh pelik dan vintage pada tempat yang serba moden ini? Adakah ini kedai baru?

Perasaan ingin tahu mula mengambil alih kerana curiga dengan kedai yang sungguh ganjil jika dibandingkan dengan deretan kedai yang lain. Kalau Cheonna dan Seo Eun ada disini, pasti mereka akan terus masuk ke kedai itu tanpa ragu-ragu. Mereka kan suka benda-benda ajaib dan unik seperti ini, omel Jihye dalam hati.

Magic ShopWhere stories live. Discover now