00 ; Prolog

61 14 23
                                    

"Weh, macam mana nak jawab soalan ni? Susahlah!"seorang gadis yang berkulit putih kemerah-merahan mencebik. Sakit betul hati ni apabila tidak dapat mencari jawapan Matematik Tambahan.

Sesungguhnya, subjek Matematik bukanlah subjek kegemarannya. Dia masuk kelas Sains Tulen ni pun kerana minatnya yang mendalam dalam subjek Sains.

"Cik Aisyah Humaira, janganlah cepat sangat putus asa. Kita ni kalau nak berjaya, kena ada usaha. Okay, meh sini aku ajar"

"Tapi, Cik Siti Nur Sumayyah, kalau dah usaha pun tak berjaya jugak, macam mana?"Aisyah hanya melihat jalan kerja yang dicoret oleh Sumayyah.

"Kalau macam tu pulak, maknanya Allah tengah uji kita. Dia nak tengok kita ni boleh tak berikan yang lebih terbaik untuk dapatkan yang terbaik"kata Sumayyah lalu kertas yang telah ditulis jalan kerja itu ditolak kembali ke meja Aisyah.

"Kau kalau bercakap, dah macam ustazah!"gelak Aisyah. Sumayyah hanya tertawa kecil.

"Ish, gelak tu gelak jugak. Dengar ni, aku nak ajar"Sumayyah mula menerangkan bagaimana untuk mendapatkan jawapan yang telah ditulisnya tadi.

"Oh, macam tu. Baru aku faham. Terima kasih, Sumayyah"Aisyah tersenyum girang. Seronok apabila jawapan yang boleh dikatakan susah gila tu, telah difahaminya.

"Benda kecil je. Nanti kalau aku tak faham Sains, aku bolehlah tanya kau pulakkan?"Sumayyah menyiku lengan Aisyah.

"Eleh kau, belum sempat aku nak terangkan tiba-tiba kau dah faham. Malas layan"Aisyah pura-pura mencebik tanda dia merajuk.

"Alololo, Ecah janganlah merajuk"Sumayyah menggeletek pinggang Aisyah.

"Weh, janganlah. Gelilah"kelas mereka hanya bising dengan hilai tawa mereka kerana yang lain telah pun keluar untuk makan.

——

"Dude, seriously?!"seorang lelaki yang tengah menulis sesuatu didalam buku notanya terkejut mendengar sahabatnya tiba-tiba melaung macam jarak antara mereka berpuluh kilometer jauhnya.

"What's wrong, Meer?"lelaki itu memandang pelik rakannya yang masih lagi membuntangkan matanya.

"What's wrong, Meer? Kau ni biar betul? Tadi time Mrs. Rania tak datang pun kau menulis. Ni recess time pun kau menulis, apa cerita ni weh? Rest kan otak kau tu dulu. Nanti sakit, siapa susah? Aku jugak"

"Encik Ahmad Shahmeer Nasri yang budiman, aku tau kau risaukan aku. Tapi, janganlah membebel macam makcik-makcik weh. Tak macholah"

Shahmeer menjegilkan matanya apabila mendengar kata-kata rakan bertuahnya itu.

"Tak macho? Makcik? Eh, sorry sikit,Encik Muhammad Max Darwish. Yang makcik ni lah yang tolong bagi kau idea. Yang makcik ni lah yang tolong kau bila kau stress. Appreciate sikit boleh tak? Aku luku kau karang"Shahmeer menjeling Max. Menyampah dengan mamat tu, tak habis-habis dengan novel dia tu.

"Yelah, Shahmeer. Kau menang, puas? Mana nasi goreng kampung aku? Aku nak makan ni, perut dah buat konsert dah ni"rungut Max.

"Eh, aku fikir kau dah tak tahu dah maksud lapar. Tak habis-habis nak menulis novel tu. Nak menulis tu boleh, tapi janganlah sampai abaikan rutin harian kau tu"marah Shahmeer.

Max hanya mencebik. Sikit-sikit kena marah. Dah minat, nak buat macam mana? Asyik membebel je macam mak nenek. Bingit telinga.

"Hah, mengumpat akulah tu dalam hati tu. Tu hah, nasi goreng kampung kesukaan kau tu. Dah makan, nanti habis rehat, kebulur pulak kau"kata Shahmeer sambil menyedut air susu kotak berperisa coklat.

"Thankyou, dude! I love you so much!"kata Max dan terus membuka bungkusan nasi goreng kampung kegemarannya.

Shahmeer menayang muka geli, I love you? Ya Allah, dah macam gay. Minta simpanglah daripada benda-benda LGBT ni. Aku taknak terlibat.

——

"Aisyah, tunggulah aku"Sumayyah tercungap-cungap mendapatkan Aisyah yang berjalan persis berlari. Laju sungguh! Tak kemana pun koperasi tu, yang jalan macam kena kejar dengan peminat ni kenapa?

"Kau ni, lambat sungguh. Macam siput! Habislah onigiri dengan susu soya aku nanti! Cepat sikitlah"Aisyah mengerutkan dahinya. Ada juga aku tinggalkan perempuan ni karang!

"Ala, mestilah budak petang tu ada simpankan untuk kau. Macam dorang tu taktau, hari-hari benda tu jelah kau kunyah"kata Sumayyah sambil mencuri nafas. Penat! Macam baru sahaja merentas desa.

"Dik! Susu soya dengan onigiri sausage cheese akak ada tak?"tanya Aisyah. Petugas koperasi hari ni dahlah petugas percubaan, jadual pun dah tukar. Entah Si Aqeef tu ada ingatkan ke tak pun taktau.

"Oh, ada kak. Dekat dalam peti ais tu"budak perempuan tu terus meninggalkan Aisyah.

"Eleh, sombong sungguh! Aku ni Naib Pengerusi Kelab Koperasi, kau apa tau? Baru Tingkatan 1, ada hati nak berlagak. Aku siku kang"marah Aisyah perlahan.

Sumayyah hanya tergelak melihat gelagat Aisyah membebel-bebel tu, "Dik, kasi akak roti chicken floss satu dengan air susu kotak satu"

"Nah, kak"budak perempuan yang tembam tu menyerahkan satu plastik berisi roti dan susu kotak.

"Berapa dik?"

"RM3.80, kak"Sumayyah pun menyerahkan not kertas bernilai RM5. Sebaik sahaja mendapat baki, dia beredar dari kaunter koperasi. Ramai sungguh orang! Sesak!

"Hah, keluar pun kau. Dahlah, jom duduk dekat meja batu tu"Aisyah menarik tangan Sumayyah. Lalu, mereka duduk di meja batu. Makanan masing-masing dijamah dengan nikmat setelah lama belajar di dalam kelas.

"Weh kau tau tak?"Aisyah menanya Sumayyah dengan mulut yang penuh dengan onigiri yang belum habis dikunyah.

"Kau ni, makan tu kunyah dulu. Lebih afdal kunyah 40 kali, macam sunnah nabi"nasihat Sumayyah. Bukan apa, Aisyah Humaira ni, perempuan. Perangai punyalah tak senonoh, nama dah sedap dah.

"Hah, dah telan dah pun. Kau tau ke tak ni? Palau pulak"Aisyah membuka botol susu soya, lalu diteguk sedikit soya tu bagi menghilangkan kehausan ditekaknya.

"Tau apanya?"Sumayyah memandang Aisyah dengan kerutan di dahi. Cakap tu bagilah habis, ingat aku boleh baca fikiran kau ke?

"Akhir bulan ni, sekolah kita ni ada karnival"Sumayyah hampir tersedak.

"Karnival?!"

——

"Karnival?!"

"Kau apahal ni, Max?"Shahmeer terkejut mendengar pekikan Max. Terkejut beruk sangat kenapa?

"Karnival apa weh?"tanya Max, teruja.

"Karnival Jualan Barangan Terpakai"kata Shahmeer dengan riak muka pelik.

"Seriouslah?! Yes! I can find some used novel!"aku dapat membayangkan yang aku memborong semua novel yang dah dibaca. Eh, aku pun bolehlah jual novel-novel lama aku yang dah bosan baca tu. Yeay! I can't wait!

"Yelah, ada nampak aku main-main ke? Yang kau teruja sangat ni kenapa? Macam sekolah kita ni tak pernah buat karnival"Shahmeer menayangkan muka bosan.

"You know I'm a novel lover right?"

-To Be Continued-

Aku kembali dengan cerita ala-ala drama melayu, hahaha! Tapi, masalah yang tak dapat dielak ialah asal aku dah start type suku jalan je mesti kena writer block. Cerita ni, aku taktaulah apa jadi. Baca ajelah ye.

—jia

[H] Cinta Novel™Where stories live. Discover now