16 ; Maaf I

10 6 0
                                    

Mata dibuka perlahan-lahan. Lampu kalimantang yang terang terus menerjah ke ruangan pandangannya. Kepala terasa berdenyut-denyut.

"Ergh.."Sumayyah memegang kepalanya. Kenapa sakit sangat kepala ni?

"Ma-mayyah! Sedar pun kau!"Aisyah merapati Sumayyah yang sedang baring di atas katil, di Bilik Kesihatan.

"Jap, asal aku dekat Bilik Kesihatan ni? And kenapa kepala aku berdenyut sangat ni?"Sumayyah bertanya. Tampak wajah serba salah Aisyah. Ish, apa yang berlaku ni?

"Kau... pengsan tadi.. sebab..."

"Sebab apa?"

"Sebab kau dah mengandung dua bulan"

"HAH?!"Sumayyah terkejut. Matanya berair. Se-sejak bila..

"Weh, korang ni! Aku gurau jelah!"Aisyah ketawa sakan. Lalu, lengannya dipulas oleh Sumayyah. Suka betul kenakan aku!

"Aduh, aduh sakitlah!"Aisyah mencebik sambil mengusap-usap bahagian yang dipulas oleh Sumayyah. Sakitnya!

"Eh, kenapa kau kata 'korang'? Bukan kita berdua je ke dalam bilik ni?"soal Sumayyah.

"Mana ada berdua, bertigalah"tiba-tiba satu suara menegur. Automatik kepala Sumayyah menoleh ke arah suara tadi.

"A-awak? Apa awak buat dekat sini?"Sumayyah menyentuh kepalanya. Nasib baik dah bersarung dengan tudung.

"Err.."Max memberi signal kepada Aisyah, bahawa dia perlukan ruang untuk menceritakan hal tadi kepada Sumayyah.

"Ah, Sumayyah! Aku kena pergi dulu ni, cikgu suruh aku terus masuk kelas lepas kau dah sedar. Sebab dia takut aku ni nak mengelat. Hehe, aku pergi dulu. Max, kau jangan macam-macam eh. Kalau tak siap kau"Aisyah menitipkan amaran buat Max. Max hanya mengangguk kecil.

"Eh, Aisyah!"belum sempat Sumayyah menghalang, Aisyah terlebih dahulu melarikan diri. Tak guna punya Aisyah!

"Hah, apa benda awak nak cakap ni? Cepatlah, saya nak masuk kelas"

"Hmm, aku nak minta maaf"Max menunduk. Ish, malunya aku! Kena minta maaf dengan perempuan pula. Haih, apalah nasib.

"Minta maaf pasal apa?"Sumayyah bingung. Sudahlah baru bangun daripada pengsan, lepas tu mamat sengal ni pula minta maaf. Apa benda ni?

"Aku nak minta maaf sebab masa sukan tadi.."Sumayyah memandang wajah Max, menanti kata-kata seterusnya

Max gugup. Orang tengah serba salah ni, janganlah pandang macam tu!

"Masa sukan tadi, aku kan main bola tampar. Lepas tu, aku nak pass bola tu dekat Hazimi. Entah macam mana bola tu boleh pergi sampai ke tempat bola keranjang. Lepas tu, kau boleh pulak tak elak"

"Eh? Awak nak salahkan saya pulak? Macam mana saya nak elak kalau saya pandang-pandang je, tiba-tiba dah hitam"

"Yalah! Orang lain boleh je nak elak, kau tu boleh pulak tercongok dekat situ. Tak pasal-pasal kena bola. Lepas tu, aku pulak yang disalahkan"

"Awak ni nak minta maaf macam mana ni, hah? Macam tak ikhlas je. Dahlah minta maaf dengan saya. Lepas tu, salahkan saya pulak. Awak nak apa sebenarnya ni?"Sumayyah geram. Boleh pula salahkan aku yang tak tahu apa-apa ni?

"Sudahlah. Kalau nak minta maaf tapi tak ikhlas baik tak payah"Sumayyah ura-ura hendak bangun. Daripada layan si sengal ni, baik aku masuk kelas!

"Eh, Sumayyah! Sabarlah.."Sumayyah mendongak, memandang Max yang telah pun berdiri.

"Apa lagi?"

"Aku nak minta maaf ni. Maafkanlah aku. Aku bukan buat kau pengsan je.. tapi.."Max mengeluarkan keychain yang telah patah dua.

"E-eh?"Sumayyah merampas keychain itu. Matanya berkaca-kaca. Satu-satunya peninggalan terakhir arwah neneknya kepadanya rosak begitu sahaja.

"Err.. Sumayyah?"Max memandang Sumayyah. Dia mula risau. Kenapa Sumayyah macam.. nak menangis? Kenapa ni? Aku buat dia terasa ke?

"Aku minta maaf, Sumayyah. Tapi, masa kau pengsan tu.. mungkin kau terhempap keychain ni. Sebab tu dia terpatah dua"Max makin serba salah.

Tanpa berkata apa-apa, Sumayyah terus keluar dari Bilik Kesihatan. Mana mungkin dia menangis dihadapan lelaki itu? Jatuhlah maruah dia.

"Sumayyah! Tunggulah"suara yang memanggil-manggil dibelakang diendahkan. Tandas perempuan ditujui.

"Maafkan Sumayyah, nenek. Sumayyah tak jaga pemberian nenek baik-baik macam yang Sumayyah janji dekat nenek dulu"keychain tadi dipandang sayu. Satu-satu pemberian terakhir sebelum nenek dia pergi.

Flashback

"Sumayyah, sini nak"seorang wanita tua dalam lingkungan 65 tahun menggamit Sumayyah.

"Ya, nenek? Ada apa?"Sumayyah melabuhkan punggungnya dibangku tempat dimana neneknya sedang duduk. Wajah tua neneknya dipandang sambil tersenyum manis.

"Mari sini tangan kamu, Sumayyah"neneknya menarik tangan Sumayyah, lalu diletakkan sesuatu ditangan Sumayyah.

"Apa ni, nenek?"soal Sumayyah.

"Rantai kunci, gambar nenek dengan Sumayyah"perlahan-lahan genggaman tadi dibuka, lalu dilihat rantai kunci yang dimaksudkan oleh neneknya tadi.

"Alah, nenek ni. Kenapa bagi Sumayyah? Belum hari lahir Sumayyah lagi.."

"Kamu ingat boleh bagi hadiah masa hari lahir kamu je ke? Nenek bagi ni tanda peringatan Sumayyah dekat nenek. Mana tahu nenek dah tak ada nanti, Sumayyah lupa nenek ke? Kita tak tahu"jelas Hajah Ramlah.

"Apa cakap macam tu, nenek? Tak baiklah. Lagipun, Sumayyah takkan lupakan neneklah kalau nenek tak bagi pun keychain ni. Sumayyah kan sayang nenek?"tubuh tua itu dipeluk erat.

"Nenek pun sayang Sumayyah.."

-

"Hah? Rumah mak terbakar?!"Sumayyah terkebil-kebil apabila terdengar uminya menjerit. Kenapa tak sampai rumah lagi ni? Apa jadi ni?

"Kenapa ni, umi? Abi? Kenapa kita patah balik?"mata yang masih mengantuk itu digosok perlahan.

"Nenek! Rumah nenek.. terbakar!"

"H-hah?!"mata yang tadinya mamai terus terbuntang luas.

End Flashback

"Nenek.."

Disebabkan oleh kebakaran itu, Hajah Ramlah meninggal kerana sesak nafas. Rumahnya memang habis terbakar, namun tiada secebis api pun yang membakar kulit atau baju milik arwah.

"Sumayyah rindu nenek.."air mata yang dari tadi tidak terhenti-henti mengalir, diusap perlahan. Pantulan wajahnya dicermin dipandang. Mata, hidung dan pipinya sudah mula kemerah-merahan.

Pili air dibuka, air ditadah atas telapak tangan lalu disapu ke seluruh wajahnya. Tisu ditarik, lalu dilap wajahnya yang basah.

Kaki diorak ke pintu utama tandas. Saat pintu itu dibuka, Sumayyah terkejut. Kenapa Max berada disini? Dia ikut aku?

"Sumayyah? Kau okey tak? Kenapa lama sangat.. err.."Max berhenti bercakap apabila Sumayyah hanya menunduk. Haih, dia marah aku lagi ke pasal keychain tu?

"Kau.. marah aku lagi ke?"

Senyap.

Perlahan-lahan, suara esakan kedengaran.

"Eh? Sumayyah! Janganlah menangis. A-aku minta maaf"sapu tangan yang sentiasa berada didalam poket dihulurkan kepada Sumayyah. Namun, hulurannya tidak disambut.

"Ambil ni, Sumayyah"perlahan-lahan Sumayyah mencapai huluran Max. Lalu, dia terus pergi daripada situ.

Max tidak mengejar. Dia tahu gadis itu perlukan ruang untuk menenangkan diri.

"Makin lama kau ni makin menarik, Sumayyah"

-To Be Continued-

Malasnya aku nak sentuh kerja sekolah. Aku nak cepat-cepat habiskan cerita ni. Nak buat projek baru hiks.

jia

[H] Cinta Novel™Where stories live. Discover now