"Weh, siapanya yang satu group dengan kau?"Aisyah menyoal. Oh, baru sekarang nak tahu ye?
"Tadi tak dengar ke?"aku mengerutkan dahi.
"Tak dengar. Hehehe"Aisyah tersengih persis kerang busuk. Sibuk sangat dengan crush kau tu kan?
"Zarul budak form 4. Zarra kelas Sains Komputer tu. Hazimi ketua kelas kita dengan Max sewel"
"What? Max? Seriuslah?"Aisyah menayangkan riak tak percaya. Yes, unbelievable.
"Seriuslah. Takkan nak main-main pulak"aku menggigit keropok lekor.
"Habis tu? Korang macam mana? Okay ke tidak?"Aisyah menyedut air teh o aisnya.
"Macam tulah. Malas nak ambil tahu"
"Eh, tapi kan"Aisyah berjeda.
"Tapi apa?"aku menyoal. Ni balas dendam ke apa? Cakap sekat-sekat pula.
"Kau kata Hazimi satu group dengan kau kan?"Aisyah mengerutkan dahinya. Aku pun dah terikut sekali. Dah kenapa tiba-tiba soal pasal Hazimi? Tajuk kita kan Max?
"Yelah. Dia satu group dengan aku. Asal tanya? Ada apa-apa yang pelik ke?"
"Kau tak rasa ke"belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba Hazimi menghampiri kami.
"Hai"dia tak duduk. Kalau dia duduk, aku tendang dia. Suka-suka hati je nak duduk dengan perempuan.
"Waalaikumussalam"Aisyah tiba-tiba menjawab salam. Aku menahan gelak. Riak muka Hazimi berubah. Malulah tu. Lain kali, nak sapa orang bagi salam. Bukan hai-hai. Kita ni orang Islam. Take noted sikit.
"Ehem..assalammualaikum"Hazimi berdehem sebelum memberi salam, tersedak ke tu? Hahaha!
"Waalaikumussalam"serentak aku dan Aisyah menjawab salamnya.
"Ada apa datang sini? Sibuk je"Aisyah menyoal Hazimi. Orang baru nak gosip pasal kau, tiba-tiba kau muncul. Macam tahu-tahu aje!
"Aku datang sini nak jumpa Sumayyah"tiba-tiba dia hulurkan aku satu plastik yang aku tak tahu apa pun yang berada di dalamnya. Apa ni? Tiba-tiba je. Birthday aku lambat lagi.
"Apa benda ni, Hazimi?"aku mengerutkan dahi. Inginkan jawapan.
"Untuk Sumayyah"lagilah berkerut dahi aku. Dah kenapa dia ni?
"Kenapa pulak nak bagi Sumayyah?"
"Sebab aku nak bagilah. Ambil jelah. Aku ikhlas"dia letak plastik tu atas meja. Lepas tu, dia pergi macam tu je. Apa fikir meja ni tempat untuk tinggalkan barang ke apa?
Belum sempat aku melihat apa yang berada di dalam plastik tu, Aisyah terlebih dahulu merampas plastik itu. Gelojoh betul.
"Aku dah agak dah!"bahu Sumayyah terhinjut dek kerana pekikan Si Aisyah. Selamat tak ada sakit jantung. Kalau tidak, dah arwah dah watak utama cerita ni.
"Apa yang kau dah agak?"aku meninjau isi plastik tu. Ada roti chicken floss, biskut lexus dua plastik dengan susu full cream je pun. Apa yang teruja sangat Si Aisyah ni?
"Kau tak nampak lagi ke?"Aisyah merenung aku dengan riak wajah tak percaya. Apa dia ni? Suka cakap tersekat-sekatlah.
"Yelah, cara dia layan kau.."Aisyah berjeda.
"Kenapa dengan cara dia layan aku?"
"Cara dia layan kau tu, macam dia suka kau tahu? Lepas tu, kau tahu tak dia selalu tenung muka kau tu sambil tersenyum-senyum. Kan nampak tu dia syok dekat kau"Aisyah menjelaskan dengan panjang lebar.
Sumayyah tersentak. Dia juga perasan akan perubahan sikap milik Hazimi. Sejak hari karnival tu. Namun, perasaan itu ditolak jauh-jauh. Malas nak beri harapan kepada orang yang tidak pasti jodohnya itu.
"Eh. Aisyah, kau dengan Shahmeer macam mana? Kau satu group dengan dia kan? Seronoklah kau"aku tertawa kecil apabila Aisyah tersedak.
"Weh, sumpah aku seronok weh. Tadi, dahlah aku duduk sebelah dia. Memang habislah wajah dia aku tatap. Comel gila! Handsome pulak tu"aku hanya mendengar celoteh Aisyah.
"Lepas tu, masa aku tengah perkenalkan diri, dia pandang mata aku weh! Aku blushing habis do. Lepas dah perkenalkan diri, dia kata nama aku sedap. Ya Allah, kuatkanlah jiwa ragaku ini"sempat Aisyah menitipkan doa. Aku tergelak. Aisyah, Aisyah.
"Hah, nama panjang dia kan. Ahmad Shahmeer Nasri Bin Ahmad Nasrul! Ya Allah nama dia! Aku suka weh"Aisyah tersengih gembira. Apalah yang difikirkan budak ni?
"Bukan main eh kau, Aisyah. Aku nak nasihat ni, jangan berharap sangat. Nanti hati sendiri sakit, siapa susah? Aku jugak yang susah. Nak kena pujuk kau yang menangis tak ingat dunia. Habis banjir bilik aku"Aisyah mencebik.
"Ingat tak masa kau putus dengan ex kau tu? Rizal? Hah, siap tak makan seminggu. Mandi pun mandi kerbau je. Lepas tu, tak terurus hidup kau. Nak ke pisang berbuah dua kali?"riak wajah Aisyah berubah. Paha Sumayyah ditepuk. Apa ni bangkitkan kisah lama?
"Ish, aku yakinlah Si Shahmeer tu bukan macam tu. Lagipun, tu kisah masa aku tingkatan 3 kan? Si Rizal tu pun dah lama masuk asrama. So, tak payahlah sebut pasal dia lagi"Aisyah memandang ke arah lain. Merajuk ke?
"Weh, masa kita suka dia ni, semua benda baik je yang kita nampak tau? Aku tak nak kawan aku jadi macam dulu. Tak sanggup aku. Aku ungkit benda ni sebab nak kau sedar. Bukan semua orang kita boleh senang-senang nak bagi cinta kita. Lagipun, kita baru 17 tahun. Panjang lagi perjalanan kita"Sumayyah memegang tangan Aisyah. Dia tak nak kawan dia berjauh hati dengan dia kerana salah faham.
"Aku minta maaf kalau kau terasa. Tapi, baik aku tegur sekarang daripada terlambatkan? Aku tak nak kawan aku sedih"Aisyah memandang anak mata Sumayyah.
"Aku sayang kau sebagai kawan baik aku, Aisyah. Aku nak tengok kau happy. Aku tak nak tengok kau sedih-sedih macam dulu. Luruh hati aku ni"mata Aisyah mula berkaca-kaca.
"Sumayyah.."Aisyah menyeka air matanya yang mula jatuh ke pipi.
"Kau ni..tengok aku dah menangis"makin diseka air mata, makin melimpah mutiara jernih itu jatuh ke pipi merah Aisyah. Sumayyah tertawa kecil. Faham benar akan hati lembut milik kawan baiknya itu.
"Janganlah menangis. Nanti orang pandang, dia ingat aku buli kau"Aisyah menepuk lengan Sumayyah. Orang tengah sedih campur terharu ni, boleh pula dia bergurau.
Sumayyah mula terfikir. Jika benar Hazimi sukakannya, dan dia menolak perasaan Hazimi..adakah Hazimi akan sedih seperti ini?
Tapi, sanggupkah dia serahkan hati yang tiada secebis perasaan pun buat lelaki itu?
Oh, tak sanggup! Biarlah Hazimi itu sakit ditolak cintanya daripada bahagia akan segala kepuraan yang dilakukan olehnya sekiranya dia menerima cinta Hazimi.
Kring!!!
"Waktu rehat dah habis, jomlah kita masuk kelas"Aisyah mengutip plastik makanan dan bekas minumannya lalu dibuang ke dalam tong sampah.
"Jomlah"
-To Be Continued-
—jia
YOU ARE READING
[H] Cinta Novel™
Teen Fiction"Bak balik novel akulah"-Max Darwish "Eh, saya dah belikan? Apahal saya nak kasi awak balik?"-Sumayyah - "Weh, aku minta maaf"-Max Darwish "Minta maaf pasal apa?"-Sumayyah ...