21 ; Study group II

6 0 0
                                    

Loceng berbunyi menandakan pelajar Tingkatan 5 telah pun dibenarkan untuk berehat. Mrs. Devi menyusun fail dan beberapa buku Sejarah. Setelah semua pelajar kelas 5 Sastera 1 mengucap terima kasih, Mrs. Devi pun mengorak langkah ke luar kelas.

Dia memandang ke arah kanan kelas, dua orang pelajar yang dikenakan hukuman berdiri diluar kelas itu masih tidak berhenti bercakap. Tak makan saman betul!

"Kamu berdua ni, memang nakal kan? Saya dah hukum kamu berdua pun, masih lagi bercakap. Nak jadi apa kamu ni?"Mrs. Devi mula membebel.

"Eh, kami bukan berbual kosong. Kami bercakap pasal sejarah, mrs."jawab Max.

"Hah, menjawab-menjawab. Haih, saya penatlah dengan kamu berdua ni. Tak tahu nak kata apa lagi. Asyik bercakap aje. Kalau sejarah dah A plus plus tak apa jugak. Ni, sorang dapat C. Sorang lagi dapat B, macam mana? Kalau gagal sejarah, tak lulus Spm kamu tahu?"

"Tahu, mrs.. tapi saya dengan Shahmeer tak gagal"Max masih lagi menjawab. Apa? Betullah apa aku cakapkan?

"Tengok tu. Menjawab lagi. Nak kena sebat dengan Cikgu Ghazali baru nak menyesal ke kamu ni?"

Sumayyah dan Aisyah yang sememangnya lalu dilaluan luar kelas 5 Sastera 1 untuk ke kantin terdengar pekikan Mrs. Devi. Dah kenapa tu?

"Selamat sejahtera, Mrs. Devi"Sumayyah menghadiahkan senyuman dan menunduk hormat kepada guru yang mengajarnya subjek Sejarah sewaktu Tingkatan 4.

"Hah, cuba tengok Sumayyah ni. Boleh je hormat saya, dengan cikgu-cikgu lain. Kamu berdua ni? Dahlah bercakap dalam kelas, lepas tu menjawab bila saya tegur"eh, mrs. ni, babitkan aku pula. Tapi, siapa yang kena marah ni?

Sumayyah terus memandang ke arah kirinya. Terbuntang matanya apabila melihat Max dengan Shahmeer sedang berdiri disebelahnya. Aisyah yang berada dibelakang dipandang, kelihatan gadis itu sedang menahan ketawa.

Kurang asam punya Aisyah! Bukan nak bagitahu aku!

"Erm, mrs. bagilah saya barang mrs. tu. Biar saya hantar dekat meja mrs."aku menawarkan bantuan.

"Dah-dahlah tu, mrs. Jom pergi bilik guru. Kalau mrs. marah-marah, nanti lekas tua. Jom-jom"Aisyah menarik lengan Mrs. Devi, menyelamatkan dua jejaka itu daripada dibebel panjang.

Sumayyah pula, terkial-kial dengan buku, bekas marker pen dan botol milik Mrs. Devi itu terkedek-kedek mengikut jejak langkah Aisyah dan Mrs. Devi.

"Sumayyah!"Max melaung nama Sumayyah.

Sumayyah pun menoleh kebelakang, mengangkat kening sebagai isyarat 'apa?'.

"Terima kasih!"Max mengangkat tangan sambil tersenyum.

Sumayyah hanya tersenyum kecil, lalu dia menyambung langkahnya.

Eh! Terlupa pula

Lagi sekali dia berhenti, lalu menoleh kebelakang.

"Study group tu jadi tau. Lepas habis sekolah, dekat pondok sebelah kantin"belum sempat Max menjawab, Sumayyah menyambung langkahnya.

"Fuuyoh, Sumayyah terima bhai.. aku ingat dia nak tolak"Shahmeer tiba-tiba menolak bahu Max, teruja.

"Eh tadi kau bukan main menolak, sekarang excited pulak?"Max menayangkan muka cemberut. Dahlah aku dah janji nak belanja dia, melayang duit aku..

"Aku teruja untuk kau, ngok. Yalah, setahu aku orang yang macam Sumayyah mana layan lelaki. Lagi-lagi macam kau"usik Shahmeer

"Amboi, aku dekat depan kau ni. Boleh pulak mengata aku"Shahmeer tergelak.

"Eh, memang kita nak berdiri dekat sini sampai esok pun. Dahlah, jom rehat"

——

"Terima kasih, Cikgu Nabihah"

"Sama-sama. Balik nanti, jangan lupa buat latihan yang saya bagi, okey? Hati-hati waktu balik nanti"Cikgu Nabihah mengukir senyuman lalu keluar dari kelas 5 ST 1.

Buku teks Sains, kertas latihan dan pencil case disimpan dalam beg sekolah. Lalu, beg sekolah digalas. Sumayyah memandang Aisyah disebelahnya.

"Dah ke belum tu?"

"Mestilah sudah! Dah, jom balik"Aisyah berjalan beriringan dengan Sumayyah, keluar dari kelas.

Saat ditapak perhimpunan, Aisyah berjalan terus manakala Sumayyah pergi ke kanan. Aisyah yang sedang terkumat-kamit bercakap, terus memandang ke belakang apabila Sumayyah tidak mencelah.

"Eh? Kau nak pergi mana, Sumayyah?"Aisyah mendekati Sumayyah yang telah pun berada dibawah pondok.

"Aku tak cakap dekat kau eh?"

"Cakap a— eh! Hai Shahmeer!"Aisyah terus melambai ke arah jejaka itu. Lah, Sumayyah! Tak bagitahu aku pun kau setuju nak study sama-sama?

"Hai, Aisyah"Shahmeer melambai balik. Max mula membunyikan suara-suara yang tidak menyenangkan.

"Woo, sweet betul. Uhuk, uhuk!"

"Kau ni aku luku sekali, sedap beb"ugut Shahmeer.

"Okay.. dah-dahlah tu bergurau. Kita nak study apa?"

"Alah, tak rileklah Sumayyah ni. Awal-awal je. Kenal-kenallah dulu"ujar Max.

"Awak kata nak studykan? Bukan nak berkenalan"

"Kalau nak tahu, Sumayyah ni memang tegas kalau bab belajar. So, kalau kata nak study, kena studylah jawabnya"kata Aisyah.

"Alah, kita sembang dulu.. baru belajar"Max masih mahu mengelat dari study. Yalah, bukan selalu boleh duduk semeja macam ni dengan Sumayyah.

"Kalau macam tu saya baliklah"Sumayyah menggalas beg sekolahnya, berura-ura mahu balik.

"Erm, Sumayyah. Nak tanya ni"belum sempat Max dan Aisyah membuka mulut, Shahmeer terlebih dahulu berkata.

"Tanya apa?"

"Macam mana nak buat soalan ni?"soalan yang telah disalin sewaktu subjek Matematik tadi, ditunjukkan kepada Sumayyah. Sumayyah mengambil buku itu, lalu soalan itu ditilik.

"Oh, soalan ni kena pakai rumus bulatan yang kita belajar masa form 2 dulu. Biar saya terangkan"

-To Be Continued-

triple update wokie?

—jia

[H] Cinta Novel™Where stories live. Discover now