06 ; Insta dia ?

13 6 0
                                    

"Sumayyah, macam mana sekolah tadi?"hampir tersedak Sumayyah apabila Haji Badrul menanyakan soalan yang satu itu.

Bukan abinya tak pernah menanyakan soalan tu, bahkan itulah soalan yang wajib ditanya setiap hari. Namun, tak tahulah kenapa hari ni rasa macam soalan tu soalan killer pula.

"Okay je, abi. Kenapa tanya?"eh, aduh terlepas pulak soalan tu. Nak kata lain, lain yang keluarnya. Sumayyah, Sumayyah.

"Lah, kan abi kamu selalu tanya soalan tu. Dah kenapa pelik pulak?"Hajah Mariyah memandang anak daranya itu dengan riak pelik. Kena sampuk ke anak kesayangan aku sorang ni?

"Ada apa-apa ke yang berlaku dekat sekolah?"Haji Badrul terus mengutarakan soalan itu. Ish, abi ni. Pandai pula serkap jarang!

"Errr..tak ada apalah abi. Semua okey je"senyuman tawar dihadiahkan buat abinya. Tipu sunat..tak apa kan? Janganlah abi dapat hidu apa-apa, masak aku nak jelaskan nanti.

"Iyelah, Sumayyah. Dah cepat habiskan makanan tu"umi telah pun melangkah ke singki untuk mencuci pinggan kotor. Abi pula mencuci tangan dalam mangkuk berisi air. Aku sorang je tak habis makan lagi? Lambatnya kau makan, Sumayyah oi!

Kunyahan dilajukan. Nanti aku nak ajak Aisyah study pula. Last minute cakap dekat dia, mahu melenting perempuan tu nanti. Baik aku cakap awal-awal.

Selesai makan, Sumayyah bergerak ke singki. Pinggan dan cawan kotornya dibasuh. Meja makan pula dilap sehingga hilang kotoran, makanan yang selebihnya ditutup menggunakan tudung saji berbentuk bulat dan besar.

Langkah terus diatur masuk ke bilik sebaik sahaja kelibat uminya ditangkap berada di ruang tamu bersama abinya. Malaslah nak kacau daun.

iPhone 11 Pro Maxnya dicapai dari meja solek, nombor rakan baiknya itu didail. Sumayyah melekapkan telefon itu rapat ke telinganya, menanti dengan penuh sabar.

"Assalammualaikum"Sumayyah terus memberi salam setelah panggilannya dijawab.

"Waalaikumussalam. Hah, apesal ni call aku petang-petang ni? Nak tidur pun tak boleh"

"Eh, tak baiklah anak dara tidur petang-petang ni"Sumayyah mengukir senyum. Selalu nak kenakan aku kan?

"Ish. Cakaplah, kenapa ni?"kedengaran Aisyah menguap kecil. Kesianlah pula.

"Aku nak ajak kau study ni. Boleh tak?"

"Ish, kau ni. Inilah, Sumayyah. Balik sekolah tadi, taknak bagitau pun nak study sama-sama. Ni, baru nak bagitau"walaupun Aisyah tidak berada di hadapannya, dia yakin Aisyah tengah memandangnya tajam.

Faham benar dengan sikap rakannya seorang ini. Memang tak gemar buat perkara kelam-kabut. Kalau nak pergi kemana-mana, mesti beritahu awal-awal. Kalau tidak, jadi macam sekarang inilah. Dibebel panjang.

"Hehehe, sorrylah Aisyah. Ala, bolehlah nak study sama-sama. Aku bosanlah nak study sorang-sorang"

"Ish, hah yelah. Datanglah rumah aku ni. Aku malas pulak nak bersiap pergi rumah kau"

"Yeay! Sekejap lagi aku datang"panggilan dimatikan.

Sumayyah bergerak ke arah almari bajunya. Sehelai kardigan hitam paras lutut diambil. Tudung sarung yang sentiasa berada diluar almarinya itu dicapai lalu disarungkan ke kepalanya.

Totebag diisi dengan buku latihan Fizik, Sains, Kimia dan Biologi. Bekas pensel dan beberapa buku rujukan kecil juga disumbat dalam beg itu.

Langkahnya diatur keluar daripada bilik. Laju anak tangga dituruninya. Langkah kakinya laju diorak ke arah umi dan abinya.

"Umi, abi"terus pandangan dikaca televisyen ditala ke arah belakang, mencari seraut wajah milik Sumayyah.

"Kenapa, Sumayyah?"dah siap pakai tudung ni, nak keluar kemana pula?

"Sumayyah nak pergi ke rumah Aisyah. Nak study sikit pasal Sains. Boleh umi, abi?"wajah tua milik kedua ibu bapanya dipandang dengan pandangan berharap.

"Pergilah, Mayyah. Balik sebelum pukul 6"setelah lama berjeda, akhirnya Haji Badrul membenarkan anak perempuannya pergi ke rumah Si Aisyah. Anak sahabatnya juga, Mat Amin. Tak adalah dia risau sangat memandangkan jarak rumah mereka hanya berselang 3 buah rumah sahaja.

"Terima kasih, abi. Sumayyah pergi dulu ya, umi abi"tangan tua kedua umi dan abinya dikucup sekilas sebelum menapak keluar rumah.

——

"Assalammualaikum, Aisyah!"Sumayyah menekan loceng rumah Aisyah. Perempuan ni tertidur ke apa? Dah tiga kali aku bagi salam, tak menyahut pun.

"Waalaikumussalam, kejap!"baru terdengar sahutan dari dalam rumah. Sumayyah sabar menunggu tuan rumah mengalu-alukan dia untuk masuk.

"Hah, masuklah Mayyah"Aisyah membuka pintu, membenarkan Sumayyah masuk.

"Mana ibu dengan ayah kau?"Sumayyah terjenguk-jenguk ke arah dapur. Biasanya, Puan Amina ada je dekat dapur. Harini, gelap je dapur rumah Aisyah ni.

"Oh, ibu dengan ayah aku keluar. Dating agaknya"Sumayyah tergelak mendengar penjelasan Aisyah. Biarlah, sekali-sekala ibu dan ayah kita nak juga meluangkan masa bersama.

"Eh, kau tau tak?"inilah Aisyah. Semua benda dia tahu. Benda yang aku taknak tahu pun tiba-tiba tertahu disebabkan perempuan seorang ni. Asyik bercerita je.

"Tak tahu"Sumayyah mengeluarkan buku latihan Sainsnya. Mula menjawab beberapa contoh soalan peperiksaan.

"Kalau tak tau, biar aku ceritakan"Aisyah mengeluarkan telefon pintar dari saku seluarnya.

Sumayyah memandang pelik. Nak cerita tapi keluarkan phone? Cerita apa ni?

"Kau nak cerita apa benda, Ecah?"

"Tadi, aku scroll instagram tau"Aisyah memulakan ceritanya sambil menilik skrin telefonnya.

"Hah, lepas tu?"

"Lepas tu, tengah aku scroll-scroll dekat explore, aku ternampak post dari account seseorang ni"Aisyah mengalih pandangannya ke arah Sumayyah. Sumayyah masih menjawab soalan, nampak macam tak endah pun pasal cerita dia.

"Siapa dia? Ex kau?"terburai ketawa Sumayyah. Aisyah menayangkan muka cemberut. Cerita lama jangan diungkit!

"Ish, ada pulak mamat buaya darat tu. Bukanlah! Orang lain. Cuba teka"Aisyah meleretkan senyumannya. Kalau Sumayyah tahu ni, mesti seronok bukan main.

"Kau ni, kalau nak bercerita jangan suruh aku meneka. Kau tahu kan aku ni tak reti main teka-teka ni?"Aisyah mengangkat tinggi kening kirinya, masih menyuruh Sumayyah meneka.

"Erm.. account... Cikgu Maimon?"Aisyah menayangkan muka cemberut. Kenapa lembab sangat kawan dia yang seorang ni?

"Bukan. Aku jumpa account Max"Sumayyah terhenti menulis apabila mendengar perkataan terakhir dari mulut Aisyah.

Namun, perasaan ingin tahu itu ditolak ketepi. Sumayyah menayangkan muka selamba. Aku tak nak ambil tahu, aku tak nak ambil kisah.

"Lepas tu? Kau nak aku buat apa?"Sumayyah menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"Kau nak tahu ke tak?"Aisyah menyenggol-nyenggol lengan Sumayyah. Terganggu gadis itu ingin menulis.

"Buat apa aku nak tahu? Dia tu tak penting pun"

"Dekat mulut kata tak mahu, dekat hati kata mahu"Aisyah mengusik sahabatnya itu. Memerah habis muka Si Sumayyah.

"Sudahlah kau. Spm dah nak dekat, takkan sibuk nak main-main lagi"Sumayyah membiarkan Aisyah yang mencebik tu. Spm perlu diutamakan. Cita-cita harus dicapai.

-To Be Continued-

—jia

[H] Cinta Novel™Where stories live. Discover now