"Weh, aku nak baliklah tukar baju"Aisyah merengek. Sumayyah dah agak dah, bila bertugas mesti ada je benda yang buat kawan dia seorang ni nak balik.
"Ish, kau ni. Pakai jelah uniform sekolah tu"
"Taknak. Panaslah. Aku nak balik, nak simpan beg lepas tu nak ambil powerbank. Bateri phone aku dah nak habis ni"Sumayyah mengeluh.
"Kau nak balik, baliklah"
"Ala, kau ikutlah. Aku takutlah"Sumayyah menarik nafas dalam-dalam. Susah betul ada kawan mengada-ngada ni.
"Yelah, yelah. Bagitahu yang lain"kasut disarung lalu talinya diikat longgar. Begnya digalas.
"Fasya, kitaorang nak balik kejap. Nak tukar baju"Fasya hanya mengangguk dengan kata-kata Aisyah.
——
"Kejap je dah pukul 2.15"Sumayyah mencapai iPhonenya, lalu dia bergegas ke rumah Aisyah.
"Bukan main senyum sampai ke telinga"Sumayyah tergelak melihat Aisyah seperti kanak-kanak riang. Sukalah tu, dah mandi wangi-wangi. Nak buat apa wangi-wangi pun tak tahu.
"Sukalah. Ni dah lawa senanglah nak usha-usha junior"Aisyah tersengih seperti kerang busuk. Gatalnya kawan aku sorang ni.
"Apa-apalah, Aisyah oi"
"Eh, hampir aku terlupa. Cikgu Julia cakap, Isnin minggu depan semua Ahli Kelab Koperasi kena berkumpul dekat dataran berbumbung"
"Kenapa Isnin? Jumaat kan ada?"Sumayyah pelik. Kenapa nak selang-selang hari pula?
"Cikgu Julia ada hal hari Jumaat, so dia decide nak jumpa kita semua hari Isnin"terang Aisyah.
"Cikgu nak cakap pasal apa?"
"Entahlah. Aku tak tahu pulak. Cikgu pun tak cakap"sejujurnya memang Aisyah tak tahu. Cikgu Julia memanggil dia untuk memesan kepada ahli kelab bahawa Isnin nanti ada perjumpaan. Tak kata pula perjumpaan untuk apa.
Sampai di sekolah, mereka bergegas berjalan masuk ke dalam koperasi. Terkejut mereka apabila tinggal Fasya je dalam koperasi tu, sorang-sorang susun stok yang dah lopong-lopong.
"Eh? Mana Riana dengan Diana?"Aisyah mendekati Fasya. Sumayyah hanya memasang telinga sambil membantu susun-susun mana yang perlu.
"Riana tiba-tiba demam. So, dia baliklah. Diana pun ikut sekali since diaorang tu kembarkan"Fasya tersenyum nipis. Aisyah hanya mengangguk.
"Erm, kita boleh manage ke tiga orang je?"Aisyah memandang kedua-dua perempuan yang sedang menyusun barang itu.
"Aku rasa tak"
"Aku rasa boleh"
Aisyah memandang Fasya dan Sumayyah silih berganti. Seorang kata tak, seorang kata boleh. Yang mana satu ni?
"Erm, aku rasa boleh je kot kalau kita tiga orang"Sumayyah melipat kotak yang dah kosong itu.
"Tapi, aku tak rasa kita boleh. Sesi petang ramai tau"Fasya membantah kata-kata Sumayyah.
"Form 1 dengan Form 2 je. Ramai apanya?"Sumayyah mengerutkan dahi.
"Okay, look. Biar aku cari member koperasi yang still ada dekat sekolah ni. So, bolehlah tolong kita"Aisyah memandang mereka berdua lagi.
"Eh, biar akulah cari. Aku ada nampak sorang dua tadi dekat library"Fasya terus bangun dari duduknya. Tinggalkan makanan ringan yang masih belum disusun habis.
YOU ARE READING
[H] Cinta Novel™
Teen Fiction"Bak balik novel akulah"-Max Darwish "Eh, saya dah belikan? Apahal saya nak kasi awak balik?"-Sumayyah - "Weh, aku minta maaf"-Max Darwish "Minta maaf pasal apa?"-Sumayyah ...