Vicious 3 | Ruin you

4.4K 419 62
                                    


❝ Jangan bagitahu aku yang kau dah
lupa apa yang dia dah buat dulu ❞

 

➽───────────────❥

 

"What the hell?!"

Tubuh wanita yang lembik umpama jeli dan melekat di dadanya itu ditolak deras.

Kepala Rain pula terliuk-lentok dalam pegangan lelaki itu umpama sotong.

Hhell?

Dia tak salah dengarkah?

Adakah dia akan masuk neraka selepas ditarik nyawanya?

Fikiran Rain yang ternyata miring itu seperti tiada petanda mahu lurus, semuanya akibat segelas wain merah yang diteguknya tadi.

"Hey, watch you words." Telunjuk Rain tergoyang-goyang di depan muka malaikat mautnya dengan tubuh yang terhuyung-hayang cuba mengimbangi.

Malaikat maut?

Mata kuyu Rain meliar atas dan bawah memerhati susuk tubuh lelaki yang berdiri di depannya itu. Memang lelaki itu mengenakan sut berwarna hitam, namun betulkah ini malaikat maut yang datang untuk mencabut nyawanya?

Mata dikelipkan beberapa kali untuk memastikan pancainderanya tidak menipu, sebelum Rain menatap terus ke dalam anak mata sang lelaki.

Rupa yang tegang dan anak mata dingin itu penuh memancarkan aura kegelapan, sekaligus menggerunkan. Merinding bulu romanya direnjat elektrik dari panahan anak mata lelaki itu.

Rain tiba-tiba mencantumkan kedua tapak tangannya.

"Please, take my life away. I'm so sick of this. Please—" beria-ia dia merayu agar dicabut nyawanya oleh si malaikat maut.

"Ruin me, please."

Kening lelaki itu hampir bertaut. Wanita kemabukan yang meliuk lentok di depannya itu ditatap dengan teliti. Ada sesuatu di wajahnya yang menarik perhatian si jejaka. Walau dalam keadaan yang sedikit gelap, kulit wanita itu yang cerah cukup menyerlahkan apa yang berbekas di pipi dan pinggir bibir.

Lebam dan luka yang jelas masih segar.

Terpicing matanya, hairan dari mana datangnya wanita itu.

Secara tiba-tiba muncul di depannya.

Makin dia pelik melihat wanita itu tiba-tiba menangis teresak-esak. Kolar sutnya tak semena-mena digenggam dan ditarik. Tersembam lagi kepala wanita itu ke dadanya. Dia tiada pilihan selain memaut pinggang wanita itu sebelum jatuh melorot ke tanah.

Kalau dibiarkan wanita itu jatuh, alamatnya dia sendiri akan ikut serta menyembah tanah, mengikut tarikan wanita itu yang tak terkawal.

"Urghhh! Shit!" carut dia, kasar. Dia benar-benar tiada masa melayani seorang wanita mabuk ketika itu.

Melihat dari pemakaian wanita itu, entah pelacur atau wanita simpanan siapa-siapa yang dibelasah sebegini rupa. Dia tak mahu campur tangan dengan hal yang remeh. Banyak lagi perkara penting yang harus diselesaikan.

Melihat kolar kemeja putihnya yang berbekas pemerah bibir wanita itu lebih mengundang amarah.

"Hey," ditolak lagi bahu wanita itu.

"Please, take my life away. I hate those hypocrites"

"Hey, wake up!"

Wake up?

His Broken Vow | Ikrar Dusta | His Deceit Series #1Where stories live. Discover now