Sambungan chap12
Dirumah~
Kereta yang dipandu oleh yunsoo selamat sampai dirumahnya.Kereta itu di parking dihadapan halaman rumahnya.
Mereka berdua pun keluar dari kereta.Barang-barang yang dibeli tadi dikeluarkan dan diberi pada yunho.
Yunsoo terus memasukkan kunci dalam lubang kunci pintu dan memusingnya.
Klek!
Pintu rumah dibuka.
Yunsoo memanggil yunho yang sedang memegang barang-barang.
"Yunho shii? Masuklah dulu letak semua barang-barang tu dalam bilik kau..."kata yunsoo lalu yunho pun masuk kedalam rumah sambil memegang barang-barang itu.
"Ah nae..."kata yunho terus naik kebiliknya meninggalkan yunsoo dibawah.
Selepas sahaja yunho pergi kebiliknya yunsoo terus menutup pintu dan menguncinya lalu terus dia masuk kebiliknya.
Takdelah penjahatkan sekarang berlambak dia masuk rumah kang bahaya.🌚
Baru sahaja yunsoo mahu masuk kebiliknya yunho keluar dan memanggilnya.
"Yunsoo shii?"panggil yunho yang berada diluar pintu biliknya.
Yunsoo menoleh memandang yunho yang memanggilnya.
"Apa?"jawab yunsoo.
"........"tiada soalan diberi oleh yunho pada yunsoo. Namun yunho yang sedang berdiri dihadapan yunsoo dengan tiba-tiba sahaja merapatkan wajahnya pada yunsoo.
Bahu yunsoo dipegang erat,yunho mula berkata sesuatu pada yunsoo dalam nada suara seperti membisik.
"Saranghae yunsoo shii......
Yunsoo terkedu,jantungnya berdegup dengan laju bagaikan mahu meletop sahaja...
Yunsoo memandang wajah yunho.
Yunho berdiri seperti biasa dihadapan yunsoo dengan riak wajah yang serius dan tidak bersuara.Disebabkan situasi sekarang terlampau awkward baginya,yunsoo terus ketawa untuk menghilangkan rasa awkward itu.
"Hahaha.....yah! Yunho kau merepek apa hah? Dah lah kau pi masuk bilik kau balik.....aku nak bersihkan diri aku ni.....lepastu nak masak sebab kau mesti dah laparkan.....dah okay byeeee!"kata yunsoo terus masuk kedalam menutup pintu bilik terus ditutup serta dikunci sekali.
Yunho pula yang berdiri dihadapan pintu bilik yunsoo hanya mengeluh perlahan.
"Yunsoo shii....saya betul-betul cintakan awak..."selepas mengungkapkan ayat itu yunho terus balik kebiliknya kembali.
Yunho tidak tahu kenapa dia seakan-akan merasa seperti sesuatu yang bahaya akan berlaku pada yunsoo ataupun dirinya.
Jadi dia membuat keputusan untuk luahkan perasaannya pada yunsoo.
Namun mungkin ini mengambil masa yang lama untuk menunggu jawapannya kerana yunsoo mungkin takkan senang hatinya jatuh cinta pada seseorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Yunsoo pula yang berada didalam biliknya terus terjun ke atas katil dan menutup wajahnya menggunakan bantal dan menjerit kuat.
Sungguh dia merasa lemas dengan situasi tadi apabila yunho berbuat demikian pada dirinya dan ayat yang diungkap oleh yunho masih sangat segar dikepalanya.
Yelahkan baru beberapa minit yang lalu kan🌚
"Takkkkkkkkkkkkkkkk......tolonglah takkkkkkkk...... mungkin"Wajah yunsoo masih lagi ditutup menggunakan bantal. Dia menjerit sepuas hatinya.
YOU ARE READING
𝙺𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐 𝙹𝚊𝚍𝚒𝚊𝚗~𝙹𝚎𝚘𝚗𝚐 𝚢𝚞𝚗𝚑𝚘✔
Fanfiction𝑫𝒊𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒖𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒊𝒉𝒂𝒓𝒂𝒂𝒏 𝒏𝒚𝒂.𝑺𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒆𝒐𝒋𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒍𝒊 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒌𝒖𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒆𝒏𝒂𝒎𝒂 𝑷𝑶𝑾𝑬𝑹 𝑪𝑨𝑻 𝒖...