Flashback
Selepas yunsoo dibawa pergi begitu sahaja oleh lelaki misteri itu.
Beberapa minit kemudian,yunho turun ke bawah dengan niat ingin membantu yunsoo memasak.
Sampai sahaja dibawah,yunho terus memandang ke arah dapur.
Gelap.Senyap sunyi.
Dia terus ke dapur.Tangannya mencari suis lampu yang berada di dinding.Klek! Lampu dapur dibuka.
Pelik? Batang hidung yunsoo langsung tidak kelihatan.Dia terus memanggil yunsoo.
"Yunsoo?! Awak ada dekat mana? Yunsoo shii?"tiada sahutan hanya bunyi cengkerik yang lalu.
Krik! Krik! Krik!
OKAY CENGKERIK MENGHANAT LAGI 🌚
Yunho mula rasa tidak sedap hati seperti ada sesuatu berlaku....
Tapi dia cuba berfikiran positif.Mungkin yunsoo didalam bilik...
Tanpa menunggu lama,yunho terus menuju ke arah tangga untuk naik ke bilik namun sekeping kertas kecil dilihat terselit pada magnet yang dilekat pada peti sejuk menarik perhatiannya.
Kertas itu diambil dan dibaca.Didalam kertas itu tertulisnya sesuatu.....
Iaitu FOOD CAT SADO....
Yunho berasa pelik selepas membaca kertas itu.Kemudian dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu...
Kertas yang berada ditangannya terus dikonyok dan segera dia berlari kebilik yunsoo.
Pintu bilik yunsoo terus dibuka.
Yunho melangkah masuk ke dalam bilik yunsoo.
"Yunsoo shii?....yunsoo?"masih lagi tiada sahutan.Yunho terus mencapai beg tangan yunsoo yang berada diatas meja sebelah katilnya.
Kunci kereta diambilnya dan tidak lupa juga telefon pintar yunsoo.Dia terus berlari ke bawah.Pintu rumah dibuka dan dia keluar.Pintu rumah dikunci semula.
Dia pun masuk kedalam kereta dan duduk di tempat pemandu.Pintu ditutup.Dia mahu pergi ke sesuatu tempat.Tempat yang dia fikir yunsoo berada di situ iaitu kedai makanan kucing Food Cat Sado.
Sejam kemudian,dia sampai dihadapan kedai itu.Yunho terus berlari ke belakang kedai.
Dia mahu masuk dari pintu belakang.
Yunho membuka pintu itu sedikit dan terkejut apabila melihat seorang lelaki yang amat dikenalinya sedang meriba seseorang.Dia Park Seonghwa...
Yunho mahu masuk ke dalam tetapi dia terlihat seorang wanita berumur yang pastinya dia amat kenali.Wanita itu memegang picagari yang berisi cecair dan berdiri dibelakang seonghwa.
Seperti ingin mencederakan seonghwa dengan segera yunho masuk ke dalam.Dia sempat mencapai sebilah pisau yang berada di atas meja dan berjalan ke arah wanita itu.
"Arghhh..."yunho menikam wanita itu pada bahagian belakangnya.Dan wanita itu rebah ke lantai.
Pisau yang berada ditangan yunho terlepas dan jatuh ke bawah.Dia melihat seonghwa yang berada dihadapannya sedang terkejut melihat dirinya.
End flashback
Kelihatan seorang lelaki dan wanita yang berumur berlari disepanjang koridor hospital menuju ke ruangan ICU.
Sampai sahaja disana,mereka terlihat seorang doktor keluar dari ruangan ICU dengan segera mereka menghentikannya.
"Doktor?! Macam mana dengan anak kami Han Yunsoo?!! Doktor anak kami?!!"kata mereka berdua.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝙺𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐 𝙹𝚊𝚍𝚒𝚊𝚗~𝙹𝚎𝚘𝚗𝚐 𝚢𝚞𝚗𝚑𝚘✔
Fanfiction𝑫𝒊𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒂𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒕𝒆𝒓𝒉𝒊𝒏𝒈𝒈𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒖𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒑𝒆𝒓𝒍𝒊𝒉𝒂𝒓𝒂𝒂𝒏 𝒏𝒚𝒂.𝑺𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒆𝒐𝒋𝒂 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒍𝒊 𝒎𝒂𝒌𝒂𝒏𝒂𝒏 𝒌𝒖𝒄𝒊𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒆𝒏𝒂𝒎𝒂 𝑷𝑶𝑾𝑬𝑹 𝑪𝑨𝑻 𝒖...