Epilog

324 54 41
                                    

Kelihatan didalam sebuah kelas yang diberi nama 4 Dreams.Beberapa orang pelajar lelaki sedang berkumpul berbincang tentang projek sekolahnya.

Sekarang sudah masuk waktu rehat..jadi mereka ambil masa rehat itu sebentar untuk berbincang.

"Yahhh Jaemin? Macam mana ni dengan projek sekolah tu?"soal lelaki yang bername tag Zhong Chenle iaitu seorang pelajar dari China.

Lelaki dipanggil sebagai Jaemin tadi hanya menggedikkan bahunya menandakan dia tidak tahu.

Kemudian tiba-tiba muncul seorang lelaki yang datang dari luar kelas terus menyertai mereka.

"Korang...korang...korang?!!"panggilnya. Dia terlihat seperti baru menyertai aktiviti larian maraton sahaja. Iyalah manakan tidak wajahnya berpeluh dan nafas pun termengah-mengah.

Seorang lagi pelajar lelaki yang berasal dari China terus bertanya padanya.

"Yahh Haechan kau pahal? Tiba-tiba lari masuk kelas macam tu? Cuba bagitahu kitorang?"soal pelajar lelaki itu yang bernama Huang Renjun.

Haechan lelaki yang di panggil itu terus duduk dikerusi dan menghela nafasnya.

"Okay macam ni...aku rasa aku dah jumpa tempat untuk kita buat projek kita tu..."katanya membuatkan beberapa lagi pelajar lelaki terus berkumpul mengelilinginya.

"Dekat mana?"soal lelaki yang bernama Lee Jeno.

"Kalau tempat tu seram Sung taknak ikut..."kini pelajar lelaki bernama Park Jisung pula bersuara.

"Boleh tahan lah...dia dekat kedai makanan kucing yang lama tu..."kata Haechan lalu dua pelajar asal China itu berpandangan.

"Weyh bukan tempat tu dah pernah terjadi satu kes orang hilang ke?"soal chenle pada Haechan.

"Haah lah weyh chan...bahaya lah kalau kita pergi sana..."kata renjun pula.

"Tapi aku dengar lapan orang lelaki yang kena culik tu dah selamat...maknanya takde apa-apa pun yang ada dekat situ...pemilik dia pun dah lama mati..."beritahu haechan.

"Kalau kau nak pergi pun...sapa nak teman kau? Aku taknak okay..."kata kata renjun.Dia tidak mahu berlaku sesuatu buruk pada dirinya sendiri.

"Aku pun taknak...

"Sung pun taknak pergi...

Chenle dan jisung juga tidak mahu mengikuti haechan pergi tempat bahaya seperti itu.

"Okay jadi...kalau Chenle,Jisung dan Renjun taknak ikut...Jadi yang pergi cuma aku,Jeno dengan Jaemin je lah ni kan? Macam mana setuju tak? Malam ni kita pergi"soal Haechan lalu memandang Jeno dan Jaemin.Mereka berdua mengangguk menandakan mereka setuju untuk ikut.

Malam pun tiba...Haechan bersama lima rakan sedang berdiri dihadapan kedai makanan kucing itu.

Kenapa lima? Sebab Jisung, Chenle dan Renjun terpaksa mengikuti mereka untuk mendapatkan markah daripada projek berkumpulan mereka ini.

Jika mereka tidak ikut sekali, markah untuk projek kumpulan mereka mungkin tiada.Dan ibu bapanya mesti akan memarahi mereka.

Sekarang mereka hanya membawa sepasang lampu suluh masing-masing.Sebelum mereka masuk kedalam Haechan mula bersuara-

"Okay korang...sebelum kita masuk...aku nak bagitahu yang kalau salah seorang dari kita perasan ada sesuatu yang bahaya...cepat-cepat bagitahu jangan lari dulu faham?"beritahu haechan pada kawan-kawannya.Mereka pun mengangguk faham.

"Kejap...kalau ada hantu keluar macam mana?" Soal jaemin tiba-tiba membangkitkan soal hantu.

"Yahh jaemin takyah lah sebut benda tu kat sini! Nanti dia datang lah!" Marah jisung.Jaemin hanya ketawa sahaja.

"Dah lah jom masuk?" Kata Haechan lalu mereka pun melangkah masuk kedalam kedai itu.Haechan mengetuai mereka.

Suasana didalam kedai itu sangat gelap dan senyap sunyi.Sedang mereka berjalan didalam kegelapan dengan hanya bercahayakan lampu suluh tiba-tiba lampu suluh Haechan malap dan mati.

"Yahh lampu suluh aku mati! Jeno bagi aku lampu suluh kau?"kata haechan lalu jeno yang berada dibelakang terus menghulurkan lampu suluhnya.

Namun tidak sempat Haechan ingin memegangnya ia terus jatuh dan bergolek mengenai sesuatu.

Haechan terus berjalan untuk mengambil lampu suluhnya.Dia membongkok sedikit dan terus mencapai lampu suluh itu.


Tiba-tiba suluhan cahaya dari lampu suluh itu terus menerangi dua sosok misteri yang sedang berdiri dihadapan Haechan sambil tersenyum misteri.

"Warghhhh hantu!! Korang lari!! "jerit haechan lalu melarikan diri sambil diikuti kawannya yang lain.

Apabila mereka semua sudah berada diluar kedai.Mereka semua pelik melihat wajah Haechan yang bertukar pucat.

"Weyh chan kau okay tak?"soal jeno pada haechan.Mereka semua kelihatan risau melihat Haechan.Haechan senyap sahaja.

"Weyh korang aku rasa lebih baik kita balik...aku rasa tak sedap hati ni...tengok muka haechan pun dah boleh agak apa yang nampak tadi..."kata jaemin lalu mereka semua pun pulang kerumah.

Mereka bernasib baik kerana tiada perkara bahaya yang berlaku pada mereka...

Sebaik sahaja mereka pulang, kelihatan dua sosok misteri yang terlihat seperti seorang ibu dan anak sedang sedang tersenyum misteri memandang mereka berenam.

"Aik? Dah pergi ingatkan nak beli makanan kucing tadi.... hehehehehehehehe

Tiba-tiba sahaja kedengaran suara ngilaian seorang perempuan yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarkannya akan ketakutan dan lari pulang kerumah.

End epilog~

BERAKHIRLAH SUDAH KISAH DARI FANFICTION KUCING JADIAN INI.

CREAT BY @umiraihana1901

So ff ini sudah pun tamat yeahhhhh🎉🎊

Baksu👏👏👏

Author memohon maaf sekiranya ada tersalah kata atau ada buat korang sakit hati ke maaf ya🙏

Enjoy vomment❤

Dan ILYSM ❤❤

Tag🌸

nadyabeomgyu_ Yunnisss ryntz_ armyzen_yana Intan_Jojin aqilahly powerjonghoiamzwaDannie250805dreamyboylixIntan_Jojin jzmnnurddaniabyunbaekhyuniee04daydream_skycloudyvxi

🎉 You've finished reading 𝙺𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐 𝙹𝚊𝚍𝚒𝚊𝚗~𝙹𝚎𝚘𝚗𝚐 𝚢𝚞𝚗𝚑𝚘✔ 🎉
𝙺𝚞𝚌𝚒𝚗𝚐 𝙹𝚊𝚍𝚒𝚊𝚗~𝙹𝚎𝚘𝚗𝚐 𝚢𝚞𝚗𝚑𝚘✔Where stories live. Discover now