Prolog

262 49 16
                                    

Pagi-pagi lagi gadis yang bercermin mata bulat dan bertocang dua itu sudah bersiap-siap mengemaskan tempat tidurnya. Harini dia bangun awal dengan penuh ceria. Telefon pintar diatas meja lampu itu diambil. Lincah tangannya mendail nombor seseorang.

"Hello sayang!" dia tersenyum manis sebaik sahaja mendengar si empunya suara.

"Hello too, daddy."

"Anak daddy sihat ke kat sana?"

"Of course, daddy. Lisha rasa terlampau sihat sekarang ni. Nenek dan Mak Long tiap-tiap hari masak sedap-sedap. I can't daddy. Lisha rasa nikmat makanan kat sini." bersungguh-sungguh gadis itu bercerita kepada si bapa.

"Alhamdulillah. Gemuk la anak daddy ni nanti. Lisha ni rindu papa kan?"

"Yela daddy. Petang ni daddy jemput Lisha kan? Eee seminggu tak jumpa daddy."

"Petang nanti daddy ambik awak sayang. Rindu sangat ni, sampaikan tiap-tiap masa nak call daddy."

Dia tertawa kecil. Siapa sahaja yang tidak merindukan satu-satunya bapa, satu-satunya ibunya? Cincanglah selagi mana boleh, pertalian mereka tidak akan sesekali putus.

" Kak Lishaaaaa! "

" Aa daddy, nanti Lisha call daddy baliklah. Haifa panggil lah. "

"Ouh akak tengah call Pak Usu ke?" tanya Haifa dimuka pintu. Dia hanya mengangguk. "Hahah sorry."

"Ni Haifa nak bagitahu Haifa nak ikut nenek pergi gotong-royong kat surau. Ibu pun dah ada kat sana. Akak nak ikut sekali tak?".

"Hurm, nanti dah siap packing baju akak pergilah. Lagipun surau tu berapa meter je dari sini." Pelawa Haifa ditolak. Dia mahu mengemas pakaiannya sekarang. Beberapa jam lagi Zulkarnain akan menjemputnya.

"Okey baiklah. Nanti ingat, dah siap packing terus pergi surau." dia mengangguk lagi sekali.

Fuhhh, setelah 25 minit mengemas pakaiannya dia melentokkan badan diatas katil. Sebenarnya kalau diikutkan mengemas pakaiannya itu tidaklah terlalu lama hanya mengambil masa 10 minit, selebihnya dia berangan. Bukan sembarangan berangan tetapi berangan tentang si abang saudara pujaan hatinya.

Seusai mengemas dia keluar untuk pergi ke dapur. Mahu membasahkan tekak tetapi niatnya tergendala apabila melihat sosok tubuh seseorang terhuyung-hayang berjalan.

"Aabang Iz---"

Bukk!!!!

Pantas dia berlari mendapatkan sosok tubuh seseorang yang sudah jatuh memeluk lantai.

"Abang Izard, abang okey tak?" tanyanya sambil tangannya berusaha mengangkat tubuh sasa itu.

"Alishaa--- tolong aku, aku--- pening sangat ni." Dia terkaku melihat tangan kiri sasa itu memegang bahunya. Dengan kudrat yang ada dia cuba menarik badan sasa masuk ke dalam bilik. Memandangkan abang saudaranya itu sudah rebah dihadapan pintu biliknya

"Abang tunggu sini kejap ya, Alisha cari panadol kat dapur." berlari anak dia menuju peti sejuk. Habis diselongkahnya dari atas sampai bawah. Mana ubat panadol? Takkan tak ada. Hampir 15 minit dia mencari sebarang ubat di dalam peti ais tersebut. Tetapi hampa.

" Aduh, mana nenek letak ubat ni, takkanlah satu pun tak ada." dia pasrah, akhirnya terduduk dihadapan peti sejuk. Dia rasa seperti dirinya tidak dapat membantu abang saudaranya yang dalam pertolongan.

"Uh, tenang Alisha. Cari lagi sekali. Kau pasti jumpa." sekali lagi dia selongkah seluruh isi dipeti sejuk. Benar telahannya. Dia terjumpa sebungkus plastik berwarna putih. Sebaik sahaja melihat isi dalam, dia tersenyum. Akhirnya jumpa pun ubat.

Sambil membawa secawan air kosong dia hidangkan ditepi meja lampu katil.

"Kenapa lama sangat." balas si abang saudara sambil berhenti memicit dahinya. Barangkali keadaannya semakin stabil.

"Maaflah. Tadi Lisha tak jumpa. Ubat ni pun Lisha jumpa kat tempat tersorok."

"Hah?"

Dia berkerut dahi apabila melihat satu tangan sasa menghulurkan pil yang telah dipatahkan itu.

"Ke-kenapa?" Takut-takut dia berkata.

"Kau ambil separuh, aku ambil separuh. Nah ambillah." Kali ini ubat yang dihulur itu diletakkan ditelapak tangannya.

"Tadi kata panadol, kalau panadol takkan ada effect kalau kau makan sekali. Come on, Alisha."

Lama dia berfikir, lalu diturutkan sahaja apa yang diperkatakan si lelaki itu.


Seperti dilekatkan gam, perlahan-lahan matanya dibuka. Entah kenapa matanya seperti susah sangat hendak dibuka. Dia memandang syiling. Haih agaknya selepas dia mengemas pakaiannya dia terlelap hingga jam menunjukkan pukul 2 petang. Alamak belum solat zohor lagi mana tidaknya dia sudah tidur sejak dari pagi tadi lagi. Cepat-cepat dia bangun.

Seakan-akan dunianya terhenti seketika, nafasnya tersangkut-sangkut mahu dihembuskan.

"Ab-abang mma-macam mana abbang bbole ada da dalam bilik Alisha?"

"What!" teriak si lelaki sambil mengambil baju kemeja yang terabur dilantai.

"Helloooo, Akak mana akak ni lama sangat tid--"








Dari tadi lagi suasana ruang tapi menyepi. Walhal bukan tiada penghuninya. Satu persatu punggung telah dilabuhkan diatas sofa.

"Apa semua ni Izard? Alisha?" Sekian lama suasana menyepi, kini atuk mula bersuara.

Izard hanya membisu sementara dia menangis terhinjut-hinjut bahu bapanya.

"Atuk tak sangka betul dengan kau orang berdua ni." riak nada hampa dan kecewa atuk hamburkan. Dahinya diletakkan ditangan kirinya yang memegang tongkat.

"Atuk, Izard boleh jelas--"

"Kamu nak jelaskan apa lagi Izard? Kamu tahu tak, Alisha masih lagi kecil. Kamu tahu berapa umur dia? 17 tahun Izard. Atuk tak nak cakap banyak, atuk nak kahwinkan kamu berdua sekarang jugak. Cukuplah dengan apa yang kau orang berdua dah buat ni."

"No, atuk. Ini semua bukan apa yang atuk fikir. Izard tak sentuh dia pun, atuk. Percayalah!"

"Memang tak buat apa-apa. Tapi ini semua demi maruah kamu berdua. Keputusan atuk muktamad. Long kau telefon suami kau sekarang panggilkan imam Malik."

Zulkarnain bangun dari sofa. Dia mengeluhkan nafas kesal. "Abah, abah tahu tak saya dah kehilangan Ashikin, takkan saya nak lepaskan satu-satunya anak saya? Mereka berdua masih muda, abah. Alisha, masih belajar dia baru 17 tahun abah. Izard pula, dia terlalu muda untuk jadi suami Alisha. Untuk remaja 19 tahun apa yang boleh dia bagi pada Alisha?"

"Zulkarnain, keputusan abah muktamad. Setiap kebetulan itu takdir."



Pintu kereta ditarik dengan kuat dari dalam. Punggungnya dihenyak di seat belakang.

"Alisha" dia memandang kearah si bapa.

"Ya, daddy?"

"Izard." Matanya yang sembap itu mencari si empunya nama.

Ya, Izard.

Dia sedang berdiri diluar kereta.

"Daddy---"

"Pergilah jumpa abang Izard. Sekejap pun tak apa. Daddy tunggu." Dia akur. Pintu kereta dibuka.

"Abang Izard." Panggilnya perlahan semasa menghampiri jejaka itu.

"Abang, Lisha minta--"

"Stop, benda dah terjadi."

"Lisha cuma nak minta maaf." Balasnya sambil menundukkan kepalanya. Tidak berani menatap lama jejaka itu. Apatah lagi renungan matanya. Tidak dinafikan Izard memang sempurna. Mempunyai badan yang tegap dan raut wajah yang mampu menggiurkan kaum hawa.

"Kau takpayah risau. Ini semua tak lama, kau dan aku akan bebas kembali seperti biasa, tapi bukan sekarang. Ingatan untuk kau, jaga diri kau. Mulai saat ini, apa yang kau buat, aku yang tanggung tolong jangan bebankan aku."








Haluuu

[O-G] Alisha | Pengabdian CintaWhere stories live. Discover now