Just continue your reading and enjoy, okay?
"Ya Allah bukan macam tulah abang." Geli hati aku melihat usaha Abang Aiden yang sedang melilit manggar walaupun sudah berapa kali ditegah olehku.
"Fade up!" Fuh, Aiden meniup jambul dikepalanya. Geramnya, asal aku nak buat ada je yang tak kena. Padahal benda tu nampak macam mudah, tapi sangkaannya meleset. Bila kena tangan dia, semua hancur. Tapi bila tengok Alisha buat, lincah sahaja.
Betul lahtu perempuan lebih teliti berbanding lelaki, sebab itulah perempuan ni complicated.
"Mehlah sini Alisha ajar." Aku ambil batang lidi yang baru. Batang lidi yang tadi sudah bengkok dek dikerjakan oleh Abang Aiden. Pelik memang pelik. Kita buat okay je takdelah sampai bengkok jadi huruf U. Apa kenalah abang Aiden ni. Tadi beria nak tolong. Tapi bila buat je mulalah dia mendecit.
"Abang lilit bunga ni pastikan jangan sampai lidi patah. Lilit kemas-kemas jangan nampak batang lidi tak cantik. Kita cover dia. Lilit dia sampai habis. Taraaa- dah siap."
Aiden ternganga.
Lajunya. Dia baru nak tangkap.
"Apa la yang riuhnya ni. Lah, Aiden dengan Alisha rupanya" Kak Aida melabuhkan punggungnya disebelahku. Sebenarnya abang Aiden dan Kak Aida ni kembar. Tapi lain jantina.
Lainnya Abang Aiden lebih kepada lelaki yang baik hati dan peramah manakala Kak Aida seorang yang lasak dan juga pendiam. Tapi diam-diam dia ni ada isi, dah nak kahwin dah pun. Isinya tu kita tunggu la lepas kahwin. Huhuhu tak sabar dapat newbie
"Hai Kak Ad." Sapaku teruja. Eee, tak sangka esok dah jadi isteri orang. Perangai pun dah behave takde nak sepak terajang abang Aiden macam dulu-dulu. Yelahkan, kalau tak hilang seri pengantin esok.
"Baru balik lah ni? Datang pun. Akak ingatkan Alisha tak datang."
"Lah of courselah kak, Lisha datang. Dahlah masa akak engaged Lisha tak datang. Nanti sedih pulak Lisha tak dapat join lepastu bila bergambar Lisha je yang tak ada."
Kak Aida tersenyum. Tangannya lincah mengelus badan kucing yang gebu dan automatik aku usap kepalanya kerana geram. Kalau kaulah tengok kucing terlajak gebas ni takkan nak biarkan je huish.
"Tak apalah, akak tak kisah. Akak faham kamu tu sibuk. Ni bila balik sana lagi?"
Aiden yang sejak lagi tadi menjadi pendengar perbualan kedua wanita itu berkerut dahi. "Apalah akak ni, Lisha baru je balik."
Aida memandang adiknya. Eh sibuklah dia ni bukan aku tanya dia sekali pun. "Kau sibuklah Den."
Aku senyum. Tiba-tiba terdetik pula hati ini nak merasai gurauan senda dengan adik beradik. Mesti seronok bukan? Sejak dari dahulu lagi aku sebagai anak tunggal merasa kesepian. Dan hanya menumpang kasih dari sepupu-sepupuku.
"Entahlah, kak. Tapi kan kak, Lisha rasa nak praktikal kat Malaysia lah."
"Praktikal apa?"
"Medic."
"Uwah. Eh samalah dengan Serri dan Izard. Tapi tak silap akak Serri ambil bidang fisioterapi dan Izard surgery." Kak Aida menepuk-nepuk bahuku. Dia tumpang gembira. Begitu juga dengan Aiden dia menunjukkan ibu jari yang ternaik. Good!
Izard? Dia doktor?
Aku tersenyum hambar.
"Comelnya!" Sekali lagi kucing tangan Kak Aida aku usap. Ni mesti kucing baka.
"Aiden rasa nak pergi luar lah. Tak manis pula join perempuan berbual." Ujar Aiden sambil bangun dari tempatnya. Bukan tak manis sebenarnya dia terasa seperti tunggul disitu. Kak Aida dan Alisha tidak menghiraukannya yang sedang menonong mendengar perbualan mereka.
YOU ARE READING
[O-G] Alisha | Pengabdian Cinta
Romance⏪ ⏹️ ⏩ Ini kisah dia, Hanya kerana satu kesilapan lama hidupnya berubah murka. Kahwin, cerai, rujuk. Kisah dia bukan kisah klise. Inilah realiti yang berlaku dalam hidupnya. 🔁 "Every coincidence is fate." - Izard "Nonsene!" - Alisha 🔂 "Isteri yang...