Sebelum baca saya nak minta sikit je tak banyak pun, tekanlah vote tu. Tekan je tak susah pun ><.
"Pffffttttt!"
Humaira membulatkan matanya. What de heck! Dia baru jatuhkan saham dia bila percuma sahaja dia menyembur air liur kepada rakannya dihadapan. Boleh dirasakan saat ini dia mahu pitam kerana geli hati. Kalau boleh gelak memang dia nak gelak kuat-kuat sekarang ini juga. Tapi dia kenalah jaga penampilan sebagai Dr Humaira. Doktor yang dikenali dengan baik dan prihatin. Nasib baik tika dia menyemburkan semburan percuma hanya ada dia dan kedua orang rakannya. Siapa lagi kalau bukan Fahad dan Izard.
"Apa ni Mai, selekeh gila sembur-sembur saliva dekat orang. Kuman tahu!" Marah Izard geram. Dia paling pantang kalau saliva orang lain melekat dengan dirinya. Sumpah nak muntah!
"You, I tak tahanlah dengan cerita Fahad ni. But sorry, I rasa memang saliva I nak melepas tadi." Terkekeh-kekeh Humaira ketawa melihat Izard yang geli geleman itu.
"I rasa macam tak nak give up pulak nak mendekati junior doctor tu." Seperti seorang yang mabuk diawang-awangan, Izard mula terbayang saat dia bersama gelak tawa dengan Alisha. Hahahaha bangangnya!
"Ceh, menyampah gila I dengan you ni. Menyesal pulak I kenalkan dia pada you." Humaira menjegilkan matanya. Sumpah menyesal. Baik dia jodohkan Alisha dengan Izard. Sorang beku sorang lembut je perangai. Alahai!
"You tak payah kenalkan dia pada I pun I dah kenal dia, Mai." Fahad membalas jelingan mata Humaira. Maka bermulalah aksi jeling-menjeling antara mereka berdua.
Izard memicit dahi. Stres betul dengan kedua orang rakannya ini. Boleh dikatakan ada sahaja benda yang remeh mahu digaduhkan. Kali ini masalah apa pun dia tak tahu. Malas nak ambil tahu yang dia tahu sekarang ini...
"Dah Had. I rasa mesti Alisha rimas dengan you." Perli Humaira sambil mengibas rambutnya. Flip hair lah katakan.
"Malas I nak layan you. Better you tolong I cari maklumat tentang dia."
"What! I ni doktor okay bukan penyiasat upahan. You!" Jari ditudingkan kearah Fahad. Geram betul Humaira. Fahad ni muka je maskulin tapi perangai erh! Menyebalkan. Cepat-cepat fail dokumentasi pesakitnya diambil. Malas nak join diorang lepak. Sakit pula hati kita lama-lama tengok muka si sebal itu.
Sementara Izard pula terkedu. Alisha? Alisha mana yang mereka bualkan? Memandangkan disini ramai doktor pelatih dan jururawat yang kebetulan mempunyai nama seperti isterinya. Jadi dia tidak mahu salah anggap dan hanya menganggap Alisha yang dimaksudkan adalah bukan isterinya.
"Zard." Fahad menyenggolkan bahu Izard yang sedang menatap skrin telefon pintarnya.
"Hmm" balas lelaki itu pendek. Kalau kelakuan Fahad begitu mesti mahukan sesuatu.
"Tolong." Fahad senyum menyeringai.
***
Aku bangun dari perbaringan. Segala urat saraf aku betulkan. Memandangkan hari ini dapat balik awal, jadi aku dapat berpeluang untuk berbual dengan Rachel dan Deavina.
"Hai!"
"Hai!!!"
"Babe kau tak cakap pun dengan aku kau ada slave."
"Oh my god! Nasib baik kau hidup lagi. Aku mati-mati ingatkan kau kena makan dengan hantu dengan lelaki tu sekali."
"Hish. Itu bukan skandal or boyfriend aku lah." Ada ke patut tuduh aku ada skandal. Hish nasib baik kawan kalau tak dah lama kerat lidah atas bawah. Eh kejap, lidah ada satu je kan?
"Habistu? Wei aku rasa nak pergi Kuala Lumpur je sekarang ni." Deavina memicit dahi. Lagaknya seperti sekarang ini dia mahu pitam. Eleh, propa betul minah ni.
YOU ARE READING
[O-G] Alisha | Pengabdian Cinta
Romance⏪ ⏹️ ⏩ Ini kisah dia, Hanya kerana satu kesilapan lama hidupnya berubah murka. Kahwin, cerai, rujuk. Kisah dia bukan kisah klise. Inilah realiti yang berlaku dalam hidupnya. 🔁 "Every coincidence is fate." - Izard "Nonsene!" - Alisha 🔂 "Isteri yang...