Aku hela nafas lega. Majlis sudah pun selesai dan tetamu pula beransur pulang ke rumah. Akhirnya setelah beberapa jam jadi dayang kepada raja sehari dapat juga berehat. Tumpuanku melilau kearah Aidel yang dipaksa oleh Haifa bergambar diatas pelamin. Yang sorang beria, yang sorang pula membantah. Alahai, kontranya perangai mereka.
"Berangan apa tu, sayang?"
Cis, siapa pula yang berani kacau daun ni. Ouh, daddy. Aku tersengih.
"Daddy, Alisha bukan beranganlah. But, tengoklah Aidel dan Haifa tu, macam anjing dan kucing." Aku tergelak kecil memandang mereka. Kalini Haifa menang, Aidel pula kelihatan pasrah sambil menayangkan muka malas.
"Alisha dah jumpa Izard?" Aku terus mematikan sengihanku. Tiba-tiba sahaja daddy mengajak aku bercakap tentang Izard, mana taknya semua benda terus mati.
"Hah? Daddy asking me about Izard?" Pertanyaan dibalas dengan pertanyaan. Bukan apa, semenjak aku pulang ini kali kedua dapat berbual dengan daddy. Selebihnya daddy akan meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk kampung yang lain. Kata daddy, penduduk disini peramah dan mudah bertolak ansur.
"Daddy atau kamu yang tanya soalan sekarang ni?" Aku cebirkan bibir. Daddy pun tak kurang juga tak nak mengalah.
"Dah, daddy." Sebenarnya bukan jumpa tapi terjumpa. Sambungku tetapi dalam hati.
"Dah berbincang tentang hubungan kamu berdua?" Pffftt, aku memang dah agak. Daddy pasti akan tanya aku soalan ini. Tipikal soalan KBAT sikit.
"Macam yang daddy tengoklah sekarang." Tak naklah cakap banyak-banyak. Tak ada gunanya sekalipun.
"Alisha, kamu kena ingat kamu ni isteri dia. Takkanlah kamu nak biarkan hak kamu ditindas macam ni? Daddy hantar kamu 7 tahun belajar disana untuk belajar berdikari belajar jadi matang, sayang. Bila kamu balik je sini, daddy nak kamu jadi orang berguna." Kepala Alisha diusap perlahan. Dalam hati terbit rasa syahdu. Anak yang dijaga dari lahir sudah besar panjang. Macam tidak percaya sepertinya baru semalam arwah isterinya melahirkan anaknya. Iyalah 3 tahun dia menemani Alisha menetap di Melbourne, bila sudah genap 20 tahun. Dia pulang ke Malaysia meninggalkan Alisha belajar berdikari tanpanya selama 4 tahun. Tapi dia tidaklah sekejam mana, sebulan sekali dia ada juga melawat Alisha.
"Daddy, kami dalam hubungan yang baik. Lagipun takkan daddy lupa perkahwinan antara Alisha dan Izard atas kertas je."
"Janganlah macam tu. Daddy tengok Izard tu okay je kamu ni keras sangat kepala. Sekarang kamu dah besar dah matang boleh hidup berdikari. Legalah daddy. Sekurang-kurangnya bila daddy dah tak ada nanti boleh lah tahu nak survive diri."
Aku menjeling tajam kearah daddy. Apa benda cakap macamtu pula. Ingat ini skrip drama sebelum nak mati ke.
Daddy tergelak. "Betul lah tu. Ni bukan skrip, kita bercakap tentang masa akan datang. Macam mana Alisha nak hidup tanpa daddy?"
"Of course I need someone. Yang boleh jaga Alisha, bimbing Alisha selalu ada untuk Alisha and then, boleh dengar apa yang Alisha akan luah. Something like that." Aku tarik sengih. Hihihi semestilah orang yang aku harapkan itu adalah orang yang sama-sama mencintai kami antara satu sama lain. Tapi bagaimana dengan Izard? Ah, persetankan dia.
"Dan itulah yang daddy maksudkan. You need Izard sayang."
Jawapan yang sama. Aku mengeluh perlahan. Kenapa daddy nak sangat aku jadi isteri yang baik untuk Izard? Sedangkan kami tak pernah menganggap hubungan kami ini sedemikian.
"Alisha dah tinggalkan Izard 7 tahun daddy. Dalam masa itu juga, mustahil tak ada seorang pun yang dah miliki hati dia. Alisha yakin, dia pasti ada seseorang dalam hidup dia selain Alisha." Seratus peratus aku meletakkan keyakinan ini dihatiku. Dia berhak atas semua dan tak lama lagi, kami akan bebas.
YOU ARE READING
[O-G] Alisha | Pengabdian Cinta
Roman d'amour⏪ ⏹️ ⏩ Ini kisah dia, Hanya kerana satu kesilapan lama hidupnya berubah murka. Kahwin, cerai, rujuk. Kisah dia bukan kisah klise. Inilah realiti yang berlaku dalam hidupnya. 🔁 "Every coincidence is fate." - Izard "Nonsene!" - Alisha 🔂 "Isteri yang...