Hambar wey!!!😭
Air mata menjadi peneman saat ini. Aku takut jika aku kehilangan seorang lagi satu-satunya yang aku ada dalam dunia ini. Fikiranku jadi tak tentu arah saat ini.
"Minumlah air ni dulu." Izard menghulurkan aku sebotol air mineral. Aku memgambil tanpa berkata apa-apa. Pagi tadi aku telah menerima panggilan dari Intan yang mengatakan daddy mengalami sesak nafas yang teruk dan tidak seperti kebiasaannya. Cepat-cepat aku memberitahu hal ini kepada atuk dan nenek. Dan kebetulan juga ketika itu Izard terbangun dan dia menawarkan diri untuk menghantar aku ke hospital.
"Alisha, dah subuh dah ni. Kau tunggu sini ya, aku nak solat dulu."
Angguk.
Buat masa sekarang ini aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku benar-benar buntu. Takut-takut kalau daddy akan meninggalkan aku. Patutlah semasa dimajlis perkahwinan Kak Aida daddy nampak sangat lain dan pelik. Banyak kali dia berkata tentang aku jika ketiadaannya.
Tak, tak! Daddy tak boleh tinggalkan aku dia adalah satu-satunya lelaki yang setia disisiku selama ini. Ya Allah, kali ini cecair hangat mengalir laju dipipiku.
Ya tuhan, janganlah rampas orang yang aku sayang."Sha, kau okey tak?" Selepas Izard pergi Intan mengambil tempat duduk Alisha.
"Intan, kau cakap dengan aku kau tahu kan semua ni?" Pertanyaan Intan aku tidak jawab. Aku rasa seperti ada sesuatu yang mereka sembunyikan tentang daddy.
"Alisha, aku-, aku bukan tak nak bagitahu. Tapi uncle, dia tak nak kau tahu dan dia tak nak susah hati."
Aku ketap bibir. Menahan sabar. "Perlu ke kau berahsia hal ni dari aku? Aku ni anak dia. Bila dah jadi semua, kau tahu tak apa aku rasa? I feel like a useless."
Intan serba salah. Dia mengusap belakang badan Alisha perlahan. Kalau dia tahu hal ini akan terjadi, tidak akan sekali dia bersekongkol dengan ibubapanya.
"Aku minta maaf. Selama ni bukan aku tak nak cuba bagitahu kau tapi aku tak nak sebab aku terhutang budi pada keluarga kau. Kalau tak ada kau dan uncle, mungkin kami dah merempat tepi jalan suatu ketika dulu."
"Tak apalah Intan. Tak perlu kau nak rasa bersalah. Benda dah jadi, dan aku akan cuba terima hakikat kalau semua ni akan terjadi."
Bunyi pintu dibuka kedengaran. Aku dan Intan memandang kearah seorang doktor wanita muda yang menghampiri kami
"Errr, cik. Maaf. Waris Encik Iskandar?"
Aku mengangguk. Doktor wanita itu tersenyum kelat. Seperti cuba menyampaikan khabar duka. Air mata aku bertambah mengalir deras.
"Is that a bad news?"
Doktor muda itu mengangguk. Dia tarik nafas dalam-dalam. "Kami tak dapat nak selamatkan Encik Iskandar, semasa dia dimasukkan hospital pagi tadi pun kondisi dia dah kritikal. "
Saat itu, dapat aku rasakan duniaku kelam. Pandangan semua jadi hitam dan aku bukannya pengsan. Saat ini aku rebah. Terduduk. Tak kuat ya Allah.
"Dadddddddddyyyyyyy!!!"
Mulai saat ini, aku adalah seorang gadis yatim piatu.
***
Sudah sebulan semenjak kematian daddy. Kini aku boleh menyesuaikan keadaan dengan baik. Walaupun kadangkala kenangan lalu masih terngiang-ngiang.
Pintu bilik daddy terbuka sedikit. Niatku hendak turun kebawah terhenti. Perlahan-lahan kaki ini melangkah. Bersama titisan air mata. Aku tak tahu kenapa air mata ini mengalir tanpa aku sedari. Aku pandang sekeliling. Sangat sebak.
YOU ARE READING
[O-G] Alisha | Pengabdian Cinta
Storie d'amore⏪ ⏹️ ⏩ Ini kisah dia, Hanya kerana satu kesilapan lama hidupnya berubah murka. Kahwin, cerai, rujuk. Kisah dia bukan kisah klise. Inilah realiti yang berlaku dalam hidupnya. 🔁 "Every coincidence is fate." - Izard "Nonsene!" - Alisha 🔂 "Isteri yang...