Bab ni mungkin panjang huaaa maybe pada korang membosankan aaah!
Me: dengan muka kentang saya nak wish,
ENJOY YOUR READING!!!!!
"Ya ibu, Aiden dah nak sampai ni. Ha ye ibu, Aiden kat masjid ni solat Asar. Ha? She's sleeping, ibu. Ya, ya. Aiden nak solat dulu." Aiden memberhentikan keretanya di perkarangan parkir masjid. Sebenarnya puas juga dia mencari masjid. Akhirnya jumpa juga.
Setelah mematikan enjin, dia memandang kearah Alisha yang berada disebelah. Wajah ayu Alisha ditatap lama. Jujur dia katakan gadis itu sangat cantik. Mempunyai kulit yang putih mulus, dagu yang runcing dan bebola mata yang dapat memukau pandangan.
Aih, Aiden.
Cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya. Niat mahu kejutkan tapi nanti kalau renung lama-lama boleh jadi lain pula.
"Alisha, Alisha. Bangun."
Mata aku celik. Terbangun sebaik sahaja mendengar suara Abang Aiden memanggilku.
"Kkita dah sampai ke abang?" Tanyaku sambil memandang sekeliling. Eh, ni macam tempat masjid je.
"Masjid. Abang Aiden nak solat kejap ya, Alisha tunggu dalam kereta diam-diam. Tu tadi abang ada order makanan kat pandu lalu. Kalau lapar makanlah ya." Aku memandang di tempat duduk belakang. Ada bungkusan plastik berlogo McD.
Abang Aiden sudah keluar dari kereta. Dan mata aku hanya memerhati gerak-gerinya.
Berkeroncang pula perut ini. Sebenarnya tadi tengahari sebelum Zohor kami ada juga berhenti di restoran. Maksudnya aku sudah menjamah makanan tapi kali ini perut masih lapar. Biasalah kalau dah namanya perempuan, macam-macam mood ketika datang bulan. Ada yang cepat marah, ada yang meroyan ada yang kuat makan macam aku, huhuhu. Tetapi tak semua begitu, ikut hormon badan masing-masing.
Terus plastik bungkusan di seat belakang aku capai. Aduh, Abang Aiden ni pun, tahu sangat aku akan lapar. Thank you so much abang! Always care about me, double love!
Buuurkk!!
"Alhamdulillah hahah kenyang pun." Sambil menggosok-gosok perut aku ketawa kecil. Hahah tak malunya boleh pula sendawa sebelah Abang Aiden. Kebetulan Abang Aiden baru selesai solat.
Abang Aiden memandang ku pelik lalu berkerut dahi.
"Bukan dah makan ke tadi? Siap bertambah lagi nasi ayam tadi. Kali ni makan lagi."
Aku tersengih seperti kerang busuk. Alah abang Aiden ni pun.
"Hehehe, Lisha dah lama tau tak makan junk food kat sini. Especially Nasi Lemak McD. Rasa laziz sangat" omelku sambil memintal-mintal rambut. Alahai gedik naww.
"Itulah lama sangat duduk negara orang. Entah-entah selera tekak pun dah bertukar." Abang Aiden memerliku sambil matanya fokus ke pemanduannya.
"Ish, mana ada. Masa Lisha dekat Melbourne dulu. Lisha dengan roomate Lisha selalu tau masak makanan Malaysia. Selalu eh abang, bukan kadang-kadang." Ujar aku tegas. Huaaaa. Kebiasaannya Rachel akan berkongsi resepi makanan baba dan nyonya dan begitu juga dengan Deavina yang merupakan anak Siam. Walaupun begitu, dia tetap tidak pandai masak.
"Eh abang lama lagi ke kita nak sampai ni?" Sebenarnya aku sudah lupa jalan hendak pulang ke kampung halaman. Jika dahulu sewaktu kecil selalu aku minta daddy menghantarku pulang ke kampung.
"Lisha rasa?"
Aduhai, kita tanya dia, dia tanya kita pula. Aku hanya menggeleng.
Abang Aiden ketawa perlahan. Pertanyaanku dibalas dengan pertanyaan. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Memandang kehadapan seperti mana Abang Aiden fokus kepada pemanduannya.
YOU ARE READING
[O-G] Alisha | Pengabdian Cinta
Romance⏪ ⏹️ ⏩ Ini kisah dia, Hanya kerana satu kesilapan lama hidupnya berubah murka. Kahwin, cerai, rujuk. Kisah dia bukan kisah klise. Inilah realiti yang berlaku dalam hidupnya. 🔁 "Every coincidence is fate." - Izard "Nonsene!" - Alisha 🔂 "Isteri yang...