Sudah hampir seminggu berlalu. Semenjak tempoh hari itu hubungan aku dan Izard juga tidak baik. Kami langsung tidak bertegur sapa.
Dan nampaknya aku tidak ada harapan untuk berbaik semula dengannya. Dia terlalu ego untuk aku dan agak sukar untuk aku tundukkan.
Aku mengeluh. Apa harus aku lakukan saat ini? Walaupun kami berdua didalam rumah ini tetapi seolah-olah aku keseorangan di sini.
Selain rumah ini juga, rutin harian aku semenjak pulang dari Melbourne adalah hospital dan jika ada kelapangan aku akan ke rumah banglo daddy. Itupun dengan niat untuk menziarahi keadaan rumah dan Pak Lan sekeluarga.
Sedihnya hidup begini,
Hari ini aku mengambil keputusan untuk cuti khas. Sesekali-sekala mengambil peluang untuk rehatkan badan dan minda dengan rawatan dan urutan refleksologi. Badan pun sejak kebelakangan ni rasa sakit-sakit mungkin juga ia disebabkan aku kuat bekerja.
Ding!
Bunyi loceng rumah kedengaran menyapa gegendang telinga. Aku sudah berkerut dahi...
Dan
"Akakkk!"
Mahu putus segala urat saraf ku tiba-tiba sahaja Haifa datang menerjah aku. Aku menggeleng kepala melihat telatahnya yang seperti keanak-anakan.
"Sorry masuk rumah macam rumah sendiri. Haifa ingat akak tidur tadi tu yang main terjah je." Ujarnya bersama mimik muka comel.
"Akak tengah tengok televisyen tadi. Ingatkan siapalah tadi." Tangan aku hulur menyambut salam dari Haifa a.k.a adik ipar ku.
"Ouh, hehehe. Haifa datang sini nak tengok akak lagipun dah lama kita jumpa. Rindu." Tangannya didepakan kearahku.
"Eee, tak naklah kakak rindu konon. Padahal baru beberapa minggu lepas keluar dengan dia. Ni macam mana boleh ceroboh rumah ni? Nasib baik Haifa kalau pencuri dah lama akak lesung kepala dia sampai lumat."
Haifa ketawa kecil. "Akak ni jadi kes polis tahu tak kalau akak lesung dia. Macam ni, Haifa ponteng kelas hari ini lepastu abang call and then, dia suruh Haifa temankan akak, so macam itulah ceritanya. "
Aku mengangguk faham. Terbit juga rasa gembira di hati bila melihat sifat keprihatinan Izard padaku. Walaupun dia masih marah padaku.
Tapi apa pula aku?
Melihat dia bersama orang lain selain aku.
"Ouh, abang call. Terima kasih tau teman akak. Akak sakit badan sikit ini. Tapi kenapa ponteng kelas? Rugi tau. Masa akak study dulu cuti separuh hari macam-macam benda terlepas."
"Ish akak lainlah. Study sampai ke oversea banyak pengalaman nak dapat ilmu."
"Macam tu pulak. Ilmu ni semua sama je cuma yang membezakan adalah cara."
Haifa mengangguk faham. "Iyalah kakak. Kakak dengan abang macam mana sekarang?"
Aku terdiam buat seketika. "Entahlah. Kakak rasa kami ni dah macam rakan serumah yang yang jarang sekali bertegur sapa." Ujarku kesal.
Kesal kerana hubungan kami ini seperti tiada sebarang ikatan.
Haifa merenung aku simpati. "Haifa pun tak faham dengan abang. Penatlah cakap dengan dia berkali-kali bukan nak dengar. Ikut kepala sendiri je."
Kepalanya digeleng-geleng sebelum dipicit. Kalau bercakap mengenai hal abangnya daripada normal boleh jadi gila dia.
"Hmm. Tak apalah Haifa. Akak okey je."
Haifa berkerut dahi. Okey dia kata?
"Akak serious lah?"
Aku mengangguk sebelum menghadiahkan senyuman manis.
YOU ARE READING
[O-G] Alisha | Pengabdian Cinta
Romance⏪ ⏹️ ⏩ Ini kisah dia, Hanya kerana satu kesilapan lama hidupnya berubah murka. Kahwin, cerai, rujuk. Kisah dia bukan kisah klise. Inilah realiti yang berlaku dalam hidupnya. 🔁 "Every coincidence is fate." - Izard "Nonsene!" - Alisha 🔂 "Isteri yang...