Bab 5

142 33 15
                                    

Media tu ala ala cast Izard. Encem an!





"Siapa pula--"

Bermula pandang pertama,

Terlihat kamu di depan mata,

Terasa debar di dada,

Menahan rasa bila kau ada,

Mata aku.

Ouh tuhan. Hati ini kelu. Lidah pula seakan - akan terkunci. Mata ini sudah lama tidak melihat wajah itu. Wajah yang mampu mencairkan hati kaum hawa. Tetapi berbeza pula dengan aku, aku tidak tahu pandangan ku mengenainya. Tiada jawapan kerana jantung aku seakan mahu putus saat ini. Berdebar mengikut rentak nafas. Nafas yang tersangkut-sangkut.

Ha, ha, ha,

Aku ketawa,

Terasa aku tak tentu arah,

Kau buat ku terpaku,

"Ehem."

Dia berdehem setelah beberapa saat kami kaku seperti patung cendana.

"I-izard?" Aku jauhkan badan ke belakang. Entah mengapa saat ini kami seakan-akan dekat walaupun dia di luar dan aku di dalam rumah.

"Aku, aku bukan hantu. Kau takpayah lah nak buat muka macam tu sekali." Balasnya sambil mengalihkan pandangan kearah lain.

Buat muka? Tak, sekarang ni award cucu paling hot atuk aku tolak tepi. Tak kisahlah muka aku sekarang ini seperti badut sarkas ataupun beruk sekalipun.

"What you doing here?" Walaupun wajahnya berpaling dariku, aku tetap pandang dia.

Kenapa aku boleh lupa? Izard juga cucu atuk. Memang patutlah tika ini dia berada di sini. Ouh tuhan, kenapa terlalu kecil untuk aku bersembunyi tika ini? Dan tadi, aku bercakap dengan dia?

Aku tidak tahu apa yang aku lakukan. Bukankah selama ini aku mahu mengelak dari berjumpa dengannya? Tetapi lain pula ketika ini, dia seakan-akan ada magnet yang menyebabkan semakin aku tertarik untuk mendekatinya.

Sepertinya diri ku yang mahu,

Diri kamu,

"Bukan masalah kau."

Kali ini aku tersentak. Matanya tepat memandang retina mataku begitu juga dengan aku. Eye to eye. Tak betah dengan renungannya, aku mengeluh sambil berjalan menuju ke kerusi di meja makan.

Duduk.

Izard juga duduk didepan aku.

Suasana sepi. Aku tidak tahu mahu berkata apa. Jujur aku rasakan saat ini aku menyesal pulang awal dan aku berharap sepupuku yang lain pulang.

"Long time no see." Sarkastik. Dengan selamba dia mengambil gelasku yang masih ada baki yang aku minum tadi.

Aku pandang Izard tidak puas hati. Eee, tak malunya ambil gelas orang sesuka hati dia. Tapi aku masih lagi was-was. Benarkah didepan ku ini Izard? Bukankah dia memang dari dahulu lagi tidak sukakan aku. Sejak dari kami kanak-kanak.

Entahlah aku pun tidak tahu motif dia membenciku. Rasa menyesal pula dulu aku terkinja-kinja dengannya.

Budak perempuan kecil itu terkedek-kedek berlari kearah 3 orang budak lelaki yang sedang bermain di pokok yang rimbun dan renek itu.

"Hai abang Izard." Sapanya mengharapkan abang saudaranya itu membalas. Dia sebenarnya bosan bermain dengan si anak patung seorang diri. Mahu mengajak Haifa gadis itu juga mengikut sepupu perempuan yang lain teman neneknya bercucuk tanam di kebun. Iyalah hari ini cuti disember. Semua saudara mara dia balik.

[O-G] Alisha | Pengabdian CintaWhere stories live. Discover now