"Thanks tau. Sambil kau bekerja sambil berbual dengan aku, hihihi."
Aku hanya tersenyum memgangguk. Tidak sangka niat nak mengambil sampel urin dari pesakit dan ternyata pesakit itu sendiri merupakan ibu kepada Rachel yang dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas.
Sebenarnya aku turut terkejut, Rachel sepatutnya berada di Singapura dan tak sangka dia sudah berhijrah ke sini. Alasannya adalah hal keluarga.
Macam mana dengan bapa dan adik-beradiknya yang lain?
Bukan masalah kau, Alisha!
***
"Nadia? Serius lah?" Mata Najjah dikerdipkan berkali-kali. Sungguh dia tidak percaya dengan niat berani mati adiknya ini.
Nadia mengangguk perlahan. Dia tidak gentar walaupun sedikit. Apa yang perlu dia lakukan saat ini hanyalah untuk kebaikan masa hadapannya. Dia bukanlah jenis hendak merosakkan rumah tangga orang tapi memang dia perlu lakukan sesuatu.
Sesuatu yang tak mustahil untuknya.
"Lantaklah. Akak doakan niat kau ni tak kesampaian." Najjah menggeleng kepala sendiri. Penat lelah dia berleter setiap hari bukan dicerna sekalipun. Apa yang dia cakapkan kepada Nadia seperti mencurah air ke daun keladi.
"Ni dah berbincang ke dengan Izard pasal hal ni?"
"Buat apa nak berbincang dengan dia? Inikan urusan Nadia dan isteri dia. Rasanya tak perlulah Izard nak tahu."
"Haish, lantak awaklah Cik Nadia oi! Suka sangat buat keputusan sendiri. Nanti padahnya sendirilah merasa, ya?"
Nadia memekakkan telinga. Masalahnya sekarang bukan kakaknya yang akan menentukan hidupnya tetapi dia. Jadi biarlah dia buat keputusan. Manusia mampu merancang dan hanya Allah yang akan menentukan.
***
"Fuhhh!" Seperti biasa waktu petang sekarang ini akulah yang akan pulang dulu kerumah. Izard pula seperti rutinnya, dia akan pulang lebih lewat dari aku dan jarang sekali untuk pulang awal.
Dia memang sibuk sehinggakan sudah hampir 2 bulan kami tidak menziarahi atuk dan nenek di kampung.
Walaupun Izard hanyalah ada Uncle Amirul.
Ding! Dong
"Masuk," laungku dari sofa. Siapa sahajalah yang selalu menjenguk kerumahku kalau bukan Haifa ataupun Intan. Hmm----
Aku celikkan mata. Hairan juga tadi aku sudah pelawa masuk tapi dah lebih 15 minit tak masuk-masuk? Kot-kotlah yang tekan loceng tadi bukan manusia.
Eyyyy
Terus aku jadi gelabah. Nak buka pintu ke tak nak ni? Takut-takut pula nak pegang tombol. Aish, seram!
"Bismillah."
"Assalamualaikum,"
Terbuntang terus mataku sebaik melihat empunya sosok tubuh dihadapanku.
Termasuk kali ini adalah kali kedua aku menerima kejutan tentang orang luar datang kerumah ini.
"Wa...waalaikumussalam," liur aku teguk. Matilah aku, kalau dia tanya kenapa aku ada disini.
"Cik ni, urm cik cari siapa?" Aku garu kepala seolah-olah kami baru pertama kali bertemu.
Kejap, kalau dia ada disini mestilah cari Izard, kan?
"Saya cari...."
"Izard.... Izard tak ada, dia belum balik lagi. Kalau cik nak tunggu dia masuklah dalam dulu." Pintu aku buka lebih luas. Mempelawa gadis yang manis berhijab itu masuk.
YOU ARE READING
[O-G] Alisha | Pengabdian Cinta
Romance⏪ ⏹️ ⏩ Ini kisah dia, Hanya kerana satu kesilapan lama hidupnya berubah murka. Kahwin, cerai, rujuk. Kisah dia bukan kisah klise. Inilah realiti yang berlaku dalam hidupnya. 🔁 "Every coincidence is fate." - Izard "Nonsene!" - Alisha 🔂 "Isteri yang...