Bab 10

123 29 16
                                    

Bersedia untuk konflik? Do vote and comment

"Manakala hati menggeliat mengusik renungan,
Berulang kenangan saat cinta menemui cinta,
Suara sang malam dan siang seakan berlagu...."

Lagu dan nyanyianku terhenti. Aku celikkan mata memandang Izard. Jahat!

"Kenapa matikan, saya nak nyanyi lah." Melihat siaran radio di kereta bertukar kepada lagu klasik aku mendengus. Pagi-pagi buat mood orang spoil. Ini lagu kegemaran aku paling Asia.

Radio klasik, menggamit kenangan

"Kaulah, melalak pulak. Menyampah pula aku." Izard meneruskan pemanduan masuk kedalam pintu gerbang gah Hospital Kuala Lumpur sebelum mencari tempat parkir keretanya.

"Lagu ni favourite saya tau since saya study dekat Melbourne dulu. Kena gila dengan jiwa."

Izard memandangku sambil mengherotkan bibir. Sebenarnya dia cukup terbuai dengan suara merdu Alisha. Apa sahaja yang tidak ada pada Alisha? Mempunyai suara yang memukau dan paras rupa yang menarik perhatian kaum Adam.

Tetapi ada satu yang selama ini Alisha tidak dapat merasakan, kasih sayang seorang ibu. Dia tidak sempat dibelai, disusui dan ditatang oleh ibunya. Oleh kerana itu Zulkarnain kerap menghantarnya pulang kekampung.

"Tak apalah kalau macam tu. Bak tangan." Aku terus menarik tangan Izard yang masih lagi memegang stereng kereta.

Cup!

Nah pakej cium tangan sekali. Aku tersengih tak bersalah. Izard mengerutkan dahi tak lama kemudian terasa seakan-akan bibir hangatnya menyentuh dahiku.

Auuu, he stole my second kiss again!

Buat pertama kalinya Izard tersengih tak bersalah pada aku. Bertambah comel sebaik sahaja melipat lesung pipitnya dikedua belah pipi. Auch, melting habis!

"Seronok pula cium-cium kau ni."

"Dahlah malas nak layan awak."

***

Urat badan aku regangkan memandangkan jam sudah menunjukkan hampir pukul 5. Aku bangun dari kerusi, mahu membuat tinjauan sebelum pulang.

Aku memandang sekeliling, kebanyakan pesakit yang lain sudah tidur dan kalau yang masih belum tidur mereka akan berbual dengan pesakit yang lain ataupun menghabiskan masa dengan berzikir. Subhanallah.

"Aku nak balik.... Aku nak baliklah!"

Aku merapati seorang wanita tua yang masih lagi berbaring tetapi seakan meracau-racau. Matanya tidak lepas dari memandang siling.

"Mmak cik? Ada apa yang boleh saya bantu?" Walaupun masih takut aku beranikan diri menghampirinya. Baru aku perasan branula di tangan wanita tua itu tercabut dan dia menyedari kehadiranku. Matanya mencerlung aku tajam. Aku datang menghampirinya dan memasang kembali branula yang tercabut.

"Woi, kau tak faham bahasa ke! Aku nak balik!" Jerkahnya kuat. Semua yang ada disitu memandang kearah wanita tua tersebut. Saat ini juga aku mengharapkan seseorang datang. Jururawat disekeliling tiada!

Wanita tua itu meringkis kesakitan sebaik sahaja branula ditangannya dicabut. Dia berdiri menghampiriku.

"Kan aku cakap aku nak balik. Kau tak faham bahasa ke!" Terkejut aku melihat wanita tua itu seakan-akan mahu menyerangku walaupun sudah berusia, dia kelihatan gagah.

"Mak cik, mak cik tak boleh macam ni. Mak cik kena berehat, mak cik sakit." Aku cuba memujuk supaya bertenang. Kekalutan masih menyelubungi fikiran memandangkan aku masih baru, ini kali pertama aku berhadapan dengan keadaan seperti ini.

[O-G] Alisha | Pengabdian CintaWhere stories live. Discover now