Bab 12

96 23 17
                                    









"Kak Marina, ada tak rekod pesakit perempuan yang baru masuk malam tadi?"

Marina merapatkan kedua belah keningnya. Cuba memproses apa yang diperkatakan oleh doktor kacak dihadapannya ini.

"Yang mana ya doktor? Semalam macam ramai juga yang baru masuk."

"Erm, wanita Indonesia umur dia dalam pertengahan 30an. Saya rasa nama dia Kasrina. Saya nak semak."

"Rasanya ada tapi bukan pada saya, mungkin doktor boleh cari di kaunter."

Izard mengangguk. Seraya mengorak langkah menuju ke kaunter yang tidak jauh darinya. Kalau diikutkan dia malas mahu menjejakkan kaki ke sana mana tidaknya tempat semua jururawat bergosip lah bergayutlah baik lelaki mahupun perempuan.

Nak-nak yang sudah berumur, macam-macam koleksi cerita dia boleh dengar. Kadang sampai bergenre.

"Hai doktor. Jarang turun ke sini. Kenapa ya?" Sapa satu suara.

Izard diam tidak membalas. Malas nak melayan kerenah mak cik bawang. Tak pasal-pasal nanti dia dah join Persatuan Onion Ring.

"Jue, pass pada saya rekod Puan Kasrina Maria"

Jururawat yang bernama Jue itu mengangguk. "Oh, usahawan produk kosmetik Indonesia yang baru masuk malam tadi kan? Baiklah tunggu sekejap ya, doktor."

Sementara menunggu Jue mencari fail yang dimintanya itu, Izard sempat berbalas sembang di sosial medianya.

"Eh Kak We tahu tak, Doktor Fahad sekarang ni dengan siapa?"

Izard gelengkan kepala, dah mulalah diorang tu. Tapi kali ini nama Fahad pula. Hurmm, cerita apa yang menyebabkan nama rakannya itu disebut-disebut?

"Hah!? Siapa?" Balas mereka berdua serentak tetapi cukup perlahan. Bimbang pesakit disekitar turut terganggu dengan perbincangan hangat mereka.

"Sebelum ni saya nampak dia ada duk try-try satu houseman perempuan ni, cantik kot siapa je tak nak kan? Saya ada nampaklah houseman perempuan tu buat bolayan je dekat Doktor Fahad. Saya fikir dah sampai situ hubungan diorang tapi semalam, siap bergelak tawa lagi saya nampak diorang dengan budak kecil."

Penuh semangat jururawat yang memakai tag nama Anum itu bercerita. Masing-masing mendengar penuh minat. Tapi lain pula Izard, dia semakin tertarik untuk mendengar. Serasa seperti ada yang tidak kena dengan houseman yang dimaksudkan mereka.

"Wah, siapa nama houseman tu, Kak Num?"

"Doktor Alisha. Haritu akak terselak profil dia, nama dia panjang, sedap pulak tu Adiratna Alisha."

"Hebatlah Kak Num. Awe tak sangka siap penuh dia lagi Kak Num tahu."

Tak semena-mena wajah Izard berubah tegang. Sah, selama ini dia memang dah agak ada sesuatu dengan Alisha. Jadi selama ini Alisha lah gadis yang Fahad maksudkan. Rahangnya diketap kasar. Telefon ditangan diseluk kasar ke dalam kocek seluar.

"Lah, Doktor Alisha tu ke? Dia memang ada rupa pun. Patutlah Doktor Fahad minat. Lagipun saya rasa diorang berdua macam pinang dibelah dua, dua-dua sama padan." Wah, rasanya topik hangat mereka bertukar kepada pujian yang menyakitkan hati pada telinga Izard.

Dia rasakan semakin berasap-asap kepalanya mendengar pujian mengenai Fahad dan Alisha. Nak menyampuk lagikan bertambah sakit hati nanti.

"Ha nah, doktor."

Fail di tangan Jue bertukar tangan. Tanpa sebarang ucapan terima kasih Izard berlalu pergi. Jujur api kemarahannya semakin mencanak naik saat ini. Lebih baik dia berdiam diri.

[O-G] Alisha | Pengabdian CintaWhere stories live. Discover now