Chapter 1

33 2 0
                                    


20/1/2000 , 3:45 a.m. , Ibu Pejabat NASA.
"Professor, kita kena letupkan meteor itu daripada jauh! Jika tidak, ianya akan jatuh ke bumi dan mengakibatkan bencana yg besar!." Kata seorang pembantu makmal kepada professornya. Professor Zack hanya mengangguk kepala sambil memerhatikan skrin gergasi di depannya yang memaparkan sebuah asteroid yg agak kecil saiznya namun jika ianya jatuh di bumi, boleh menyebabkan berlakunya malapetaka yang boleh mengorbankan jutaan orang. Keputusan yang bakal dibuat olehnya bakal menentukan hidup mati rakyat bumi. Professor Zack melepaskan keluhan. "Hancurkan meteor itu menggunakan laser kita yang paling kuat dan paling senyap. Kita tak mahu orang ramai berasa panik dengan apa yang kita lakukan." Para pembantu makmalnya segera menyiapkan laser itu. "Okey, tembak." Laser berkuasa tinggi itu mengeluarkan pancaran laser yg sangat kuat namun ianya tak dapat dilihat dengan mata kasar. Meteor itu meletup apabila terkena laser itu. Serpihan meteor itu akan tetap jatuh di bumi namun ianya tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Nampaknya para saintis di NASA boleh tidur dengan tenang malam.

6/1/2020 , 11:30 p.m. , Kuala Lumpur
"Fuh, nasib baik korang takde buat benda yang tah apa-apa kat aku." Kata Aniq. Walaupun hari lahirnya esok, namun rakan-rakannya bercadang untuk menyambutnya pada malam itu. "Hahaha, rileks ah." Sahut Iman. Iman ialah kawan Aniq semenjak kecil lagi. Walaupun mereka berlainan jantina, namun itu tidak menghalang mereka daripada menjadi kawan baik asalkan mereka tahu batas mereka untuk bergaul.

"Jadi esok aku dah 20 tahun hidup atas muka bumi ni, 20 tahun juga aku hadap muka kau tu haha." Aniq sedang memikirkan cara yg terbaik untuk memberitahu perasaannya yg sebenar kpd Iman.

"Haha, betullah tu. Dah besar dh kau tu. Tapi ingat la tanggungjawab kau kat negara ni pun semakin besar."

"Hah? Apa maksud kau? Aku still belajar lah, belum kerja lagi. Tanggungjawab apa lak? Hahaha."

"Hahaha. Takde apa lah. Saje gurau." Balas Iman.

Mereka menghabiskan masa dgn bersiar-siar di Bandar Pintar Kuala Lumpur. Pada tahun 2020, Malaysia telah diisytiharkan sebagai negara yg paling maju di Asia. Malaysia telah sama tarafnya dengan negara-negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Di Kuala Lumpur juga, telah terbinanya satu menara yg menjadi kebanggaan rakyat Malaysia kerana menara tersebut ialah menara yg tertinggi di dunia. Diberi nama Menara RAHMAN. Dibina oleh 10 orang sahabat yang telah mencipta nama di seantero dunia dengan dunia bisnes mereka. Menara RAHMAN dikuasai oleh satu sumber kuasa yg tiada sesiapa pun tahu apakah sumber tersebut. Sumber tersebut mampu menghasilkan tenaga yang cukup kuat untuk menerangkan Bandar Kuala Lumpur selama dua bulan. Ramai pihak termasuklah perdana menteri juga mahu mengetahui apakah sumber tersebut namun 10 orang sahabat itu tetap merahsiakan perkara itu. Perilaku mereka telah menjadikan Perdana Menteri bengang dengan mereka namun dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa kerana 10 orang sahabat itu merupakan aset paling penting buat negara.

"Weih, kalau takde 10 orang sahabat tu. Apa la jadi kat Malaysia sekarang ni." Kata Aniq yang kagum melihat keindahan Bandar Kuala Lumpur walaupun sudah hampir tengah malam.

"Haah, jasa mereka kat negara ni sememangnya besar. Sebab itu kita pun kena ikut jejak langkah mereka. Bandar Kuala Lumpur ni mesti kita lindungi daripada mereka yang cuba untuk merampasnya."

"Apa benda la kau merepek ni. Sapa je yang nak rampas bandar ini? Aku tengok malam ni kau pelik betul........"

"Weih aku rasa pening kepala do." Ngadu Aniq.

Iman melihat jam pada handphonenya. Tepat pukul 12 tengah malam. Iman tersenyum sinis.

Aniq cuba untuk bercakap namun sakit kepalanya begitu kuat. Dia bangun cuba untuk berdiri. Niat di hatinya ingin kembali ke rumah dan berehat. Dia berjalan beberapa tapak sebelum jatuh tersungkur

Dia pengsan

Iman hanya melihat dari jauh sambil tersenyum. "Apelah kau ni. Lemah."

X2Where stories live. Discover now