25/4/1999, di sebuah rumah agam yang besar di tengah-tengah hutan.
‘’ Abang, guess what? ‘’ kata isterinya sambil tersenyum ke arah suaminya.
‘’ Hmmm, apa dia sayang? ‘’ kata suaminya yang sedang membaca surat khabar dengan acuh tak acuh.
‘’Alaaaa teka laaa..” isterinya merayu sambil membuat muka comel.
‘’ ha apa? Awak turun berat badan ke hari ni? Berapa kg? ‘’ soal suaminya.
‘’ haish abang ni! Bukanlah! Ni nak bagitau something ni.’’
‘’ye apa dia?’’
‘’ saya mengandungg!!! ‘’ mata suaminya membesar setelah mendengar berita itu.
‘’ Eh seriuslah?!!! Syukur Alhamdulillah. Dapat jugak kita anak. Laki ke perempuan?’’ Tanya suaminya dengan penuh keterujaan.
‘’ eh tadi macam tak kisah. Tiba-tiba dia yang exited lebih. Ntah la abang. Mungkin laki. Mungkin perempuan.’’
‘’abang harap dia lelaki. Boleh jadi pandai macam abang. Hahaha’’
‘’ eh pastu kalau perempuan dia tak boleh jadi pandailah? Gitu? ‘’ isterinya mula merajuk.
‘’ eh eh takdela. Abang gurau je.. hahaha. Dah dah nanti abang belanja semua benda yang awak nak.’’
Isterinya menjerit keseronokan. Kata-kata suaminya tadi benar juga. Suaminya merupakan seorang yang genius, mungkin yang paling pandai dalam negara ini. Dia mempunyai beberapa PhD antaranya dalam bidang genetik manusia. Tesisnya telah merubah kajian genetik manusia di dunia ini. Kesemua ini diperolehinya pada usianya baru 23 tahun! Hidupnya juga mewah. Rumah agam besar itu dibelinya di tengah-tengah hutan supaya tiada sesiapa yang mengganggu kajian peribadinya. Ianya juga bagi mengelakkan orang awam datang ke rumahnya.
9 bulan kemudian. 1/1/2000
‘’lagi sembilan hari sahaja lagi untuk akhirnya abang akan dapat pegang anak abang ini.’’ Katanya sambil menggosok lembut perut buncit isterinya itu.
‘’ yela bang. Tak sabar rasanya.’’
‘’ dah dah. Kamu kena tidur. Dapatkan tidur yang secukupnya. ‘’ kata si suami, atau namanya Zikri.
Setelah memastikan yang isterinya benar-benar telah tidur, dia pergi ke luar rumah, atau lebih tepat lagi, halaman rumahnya. Memerhatikan bintang merupakan aktiviti kegemarannya. Dia tidak pernah jemu memandang ciptaan Tuhan yang hebat itu. Namun,
Dia ternampak bintang yang agak besar saiznya daripada bintang yang lain. Tapi bintang itu bergerak! Ye, bergerak. Atau lebih tepat lagi, bergerak ke arahnya! Dia terkejut lalu terus berlari ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri. namun dia masih memerhatikan bintang itu daripada tingkap rumahnya. Setelah diperhatikan betul-betul, ianya bukan bintang, tetapi lebih kepada serpihan meteor. Berwarna hitam gelap. Setelah memastikan bahawa serpihan meteor itu tak akan jatuh ke rumahnya, dia keluar dari rumah. Meteor itu terhempas di bukit tak jauh dari rumahya. Dia masuk ke rumah dan melihat isterinya masih tidur, lalu dia mengambil kunci motosikalnya untuk menuju ke tempat meteor itu terhempas.
Sesampainya dia di sana, pokok-pokok sekeliling masih terbakar akibat hentaman meteor itu. Dia cuba mendekati serpihan meteor itu, dengan berhati-hati. Tak semena-mena serpihan meteor itu retak. Dia berundur sedikit daripada situ. Namun apa yang dilihatnya hanyalh seketul logam berwarna hitam legam. Berkilau. Dia cuba mendekati logam itu untuk mengambil sampel. Mungkin dia boleh membuat penemuan unsur baru. Saat dia mendekati logam itu, kepalanya mula berpinar-pinar. Matanya semakin kabur. Dia semakin tidak dapat merasakan kakinya. Seluruh badannya berasa sakit. Dia menjerit kesakitan. Perlahan-lahan dia jatuh. Mata tertutup. Tak dapat menanggung kesakitan. Pengsan.

ANDA SEDANG MEMBACA
X2
БоевикSinopsis X2 Malaysia sudah tak seperti dulu. Kejayaan yang telah dicapai telah menjadi buah mulut seantero dunia. Serpihan meteor yang telah jatuh di Malaysia menjadi sebab segalanya berlaku. Dengan kerajaan yang sudah korup yang ingin merampas aset...