"Bang, apa kita nak buat ni bang?" Tanya si isteri.
"Hmmm, kita hanyutkan dia kat sungai." Jawab si suami.
"Abg ni dh gila ke? Nanti dia mati lepas ke apa ke?"
"Habis tu, awak nak jaga dia? Ha jaga lah!"
Si isteri mengalirkan air mata. Sungguh dia tak tertahan dgn ujian ini. Walaupun anaknya itu keadaannya tidak normal, dia masih menyayanginya sebagai ibu.. ibu mana yg tidak syg anaknya. Dgn takdir Tuhan, anaknya itu lahir dgn tgnnya yg agak luar biasa saiznya. Walaupun dia masih bayi, namun tgnnya bersaiz seperti org dewasa. Bukan dia tidak mahu menjaga anaknya itu, namun keadaan dirinya yg tidak mengizinkan dia berbuat demikian. Hidupnya sgt susah. Ditambah lagi dgn suaminya yg sakit, kos rawatan sgt tinggi. Dia tak mahu anaknya itu hidup dlm kesusahan.
"Kita tak ada cara lain. Mungkin org lain yg lebih layak utk menjaganya. Kita doakan dia selamat." Kata si suami.
Kemudian, si suami membina satu rakit utk menempatkan anaknya itu,. Dia yakin anaknya akan ditemui org.
"Selamat tinggal anakku. Ibu mendoakan kau besar dgn sihat dan menjadi org yg berbakti kpd ibu ayah angkatmu nanti." Kata si ibu smbil membelai kepala anaknya.
Lalu ciuman diberikan di dahi. Kemudian anaknya itu dilepaskan. Tangisan kedengaran dari dlm rakit yg kecil itu, namun mereka tak mampu berbuat apa2. Itu sahajalah cara yg ada.
*
Seorang lelaki sedang berkebun di kebunnya bersebelahan sungai. Tiba2 kedengaran suara tangisan bayi. Dia terkejut, seraya berasa seram. Lantas dia teringat, sekarang waktu siang.. mana ada hantu siang-siang. Dia pergi ke sungai kerana menyangka bahawa bunyi tangisan itu dtg drpd sana. Lalu dia ternampak sebuah rakit menuju ke arah nya. Dia dgn cekap menangkap rakit itu.
"Masya Allah bayi siapa ini?!!"
Dia cuba utk berhusnuzon. Mungkin ibu bapa kpd anak ini tidak mampu utk menjaganya. Dia memandang bayi itu. Bayi itu tersenyum melihatnya. Kelihatan tgn bayi itu agak besar. Namun dia tidak kisah. Dia berjanji dgn nyawanya sendiri bahawa dia akan menjaga anak ini sehingga dia menemui ajalnya.
Mulai hari itu, dia menjaga anak itu dgn penuh kasih syg. Dia tidak kisah lagipun dia hidup berseorangan. Nama diberi ialah Disma. Setelah anak angkatnya itu menginjak ke alam remaja, dia mula mengajarkan kpdnya bermacam-macam seni tempur mempertahankan diri. Dia mula melihat keajaiban yg berada dlm diri anaknya itu. Dgn tgnnya yg besar, dia boleh bergerak dgn laju. Seakan-akan harimau berlari. Menggunakan keempat-empat belah kakinya. Anaknya itu juga seakan-akan dpt, memahami bahasa haiwan kerana ada suatu hari mereka terserempak dgn harimau yg sgt besar dan buas. Namun anaknya ituu dilihat cuba utk berkomunikasi dgn harimau itu. Dan harimau itu juga seperti memahami apa yg anaknya itu perkatakan. Dia kemudiannya membelai harimau itu dan harimau itu menjadi haiwan peliharaannya sejak itu.
Semakin dia meningkatx usia, kuku di tgn besarnya itu menjadi lebih kuat dan tajam. Tak lut dipotong dgn pisau. Lalu dia membuat sarung tgn utk anaknya itu, supaya org tidak takut melihat anaknya itu. Org kampung di kampung itu kagum melihat pergerakan seni tempur anaknya itu. Mereka hidup dgn aman sekali.
Namun pada suatu hari, keadaan berubah. Bunyi hon yg kuat memenuhi suasana. Bunyi tembakan juga seakan-akan menjerit memanggil kematian mereka. Hutan yg menjadi tempat tinggal mereka selama ini dipenuhi dgn pembalak-pembalak haram yg mahu meratakan kawasan tersebut. Semua org kampung berlari mencari pelindungan di rumaha masing-masing. Namun tiada guna kerana jentolak2 dan jentera yg lain merobohkan rumah dan nyawa yg berada di dalam rumah tersebut melayang. Disma dan ayahnya bernasib baik kerana tidak berada di dlm rumah semasa perkara itu berlaku. Mereka cuba utk melarikan diri namun tidak bernasib baik kerana pembalak-pembalak haram itu menembak sesiapa yg cuba utk melarikan diri. Hutan digondol. Mereka hanya melihat sahaja tempat tinggal mereka dimusnahkan. Tiada apa2 yg mereka boleh lakukan. Tiba2 ayahnya berdiri. Cuba utk menyerang pembalak2 haram itu, setelah bbrp org jatuh di tgn ayahnya, dia ditembak. Disma menjerit melihat ayahnya ditembak. Darah terpancut sana sini. Harimau peliharaannya, bangun lalu menyerang org yg menembak ayah Disma. Harimau itu juga x bertahan lama. Ditembak juga. Berkali-kali. Disma pergi mendapatkan ayahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
X2
ActionSinopsis X2 Malaysia sudah tak seperti dulu. Kejayaan yang telah dicapai telah menjadi buah mulut seantero dunia. Serpihan meteor yang telah jatuh di Malaysia menjadi sebab segalanya berlaku. Dengan kerajaan yang sudah korup yang ingin merampas aset...