YAKUZA
Dua org lelaki, bersut hitam lengkap dgn spek mata hitam, berjalan di sebuah lorong yg agak sempit di dalam sebuah bangunan. Lorong itu tersembunyi drpd org2 biasa yg bekerja dalam syarikat bangunan itu. Ramai yg tidak tahu yg bangunan syarikat itu sebenarnya ialah bangunan untuk Kaum Yakuza. Satu kaum yg amat digeruni ramai akibat kelincahan mereka bermain pedang samurai. Mereka telah membunuh ramai org yg menjadi musuh mereka. Kaum Yakuza ramai bertebaran di bumi Jepun utk melaksanakan misi mereka. Mereka hanya menjadikan bangunan itu sebagai markas mereka.
Dua org bersut hitam tadi masuk ke dalam lif rahsia. Terletak di hujung lorong sempit itu. Pada salah seorang lelaki bersut itu, terdapat sebuah beg bimbit hitam. Kandungan beg bimbit itu nampaknya sgt bernilai. Lif tiba lalu mereka berdua masuk ke dalam lif itu. Butang utk ke tingkat pling tertinggi bangunan yakni tingkat 60, ditekan. Hanya org2 tertentu sahaja yg mempunyai akses utk menggunakan lif itu. Dan lelaki berdua ini, bukan calang-calang org. Di dalam lif itu, sebuah CCTV berteknologi tinggi mengimbas mereka. Identiti dikesan. Shikuba dan Gokudo. Mereka adalah dua org kanan ketua di bangunan itu, merangkap ketua Kaum Yakuza. Nama dia ialah Itsuki..Ketua Yakuza.
Lif smpai di tingkat 60. Pintu terbuka. Kelihatan begitu ramai pengawal peribadi Itsuki. Semuanya lengkap dengan pedang samurai masing-masing. Shikuba dan Gokudo berjalan melepasi pengawal-pengawal itu. Kesemua pengawal itu memandang mereka. Keadaan sgt genting. Itsuki sememangnya sedang menantikan kedatangan mereka berdua itu. Setelah berita tentang kejatuhan sebuah serpihan meteor di Jepun oleh salah seorang Kaum Yakuza, Itsuki telah memerintahkan Shikuba dan Gokudo utk pergi mengambil serpihan meteor itu dan membawanya kembali di markas. Itsuki, seorang yg berumur 60-an, memakai sut berwarna merah, rambutnya keriting, matanya sepet, seorang ketua Yakuza yg amat kejam. Dia telah membunuh ribuan org di Jepun pada usia mudanya dan dia tidak akan teragak-agak utk membunuh sesiapa yg cuba mengkhianatinya. Setibanya mereka berdua di meja Itsuki, mereka meletakkan beg bimbit itu di atas meja Itsuki lalu membukanya. Di dalamnya terdapat serpihan Logam Hitam. Saiz nya tidak besar. Hanya sebesar dua buah buku lima. Namun ianya cukup untuk menghasilkan kuasa yg sangat besar. Itsuki tersenyum. "Bagus." Katanya.
"Kau jangan dekat!! Kalau tak aku tarik picu ni!!" Seorang lelaki menghalakan pistolnya ke arah Shinka.
"Heh, kau ingat aku takut dgn mainan kamu itu?." Balas Shinka sambil tersenyum.
Kedengaran bunyi pekikan dan lolongan di sekeliling mereka. Org-org bawahan lelaki berpistol itu sedang dibunuh dengan kejam oleh orang-orang bawahan Shinka. Shinka telah ditugaskan utk membunuh kumpulan kongsi gelap ini kerana mereka berpotensi utk mengacau Kaum Yakuza utk membuat kerja. Dan Shinka menuju terus ke arah ketua kumpulan kongsi gelap itu. Dia berjalan menuju lelaki berpistol itu. Langsung tiada ketakutan dalam dirinya.
"Aku cakap jangan dekat!!!" Lelaki itu memberi arahan.
"Kalau tak?" Kata Shinka sambil menapak satu lagi langkah ke arah lelaki itu.
POM. Satu tembakan dilepaskan. Peluru itu pantas menuju tepat di kepala Shinka. Namun Shinka tidak getir. Dia melibas pedangnya. Peluru itu terbelah dua. Peluru itu masih bergerak. Namun hanya melepasi kepalanya. Shinka tersenyum. Lelaki itu melepaskan beberapa lagi tembakan. Namun Shinka tangkas melibas semua peluru itu menggunakan pedangnya. Tiada satu peluru pun yg hinggap di badan Shinka. Semuanya terbelah dua.
KLACK KLACK
Lelaki itu nampaknya sudah kehabisan peluru. Lantas dia membaling pistolnya itu ke arah Shinka lalu memecut lari. Shinka melibas pistol itu. Terbelah dua.
"Ceh, penakut." Katanya sambil tersenyum.
Dia membiarkan lelaki itu berlari agak jauh. Apabila lelaki itu sudah tidak berada dlm penglihatannya, dia mula berlari. Lariannya sangat pantas. Kaum Yakuza memanggilnya Pedang Maut bukan sahaja-sahaja. Dia ialah pahlawan terhebat dln Kaum Yakuza.
YOU ARE READING
X2
ActionSinopsis X2 Malaysia sudah tak seperti dulu. Kejayaan yang telah dicapai telah menjadi buah mulut seantero dunia. Serpihan meteor yang telah jatuh di Malaysia menjadi sebab segalanya berlaku. Dengan kerajaan yang sudah korup yang ingin merampas aset...