‘’Mak?’’ Qila betul-betul dalam kekeliruan. Lalu memeluk emaknya yang sudah berbulan sudah ditatap mukanya.
‘’ dah dah. Kita tak ada masa nak borak. Ikut mak.’’ Kata Mak Qila sambil memegang tangan anaknya.
Qila berpegang dengan erat. Dia tak mahu emaknya meninggalkannya buat kali kedua. Cukuplah hanya sekali dia ditinggalkan.mereka meredah hutan hingga larut malam.
‘’mak, Qila dah letih la. ‘’
‘’hmm okay kita bermalam di sini sahaja okay?’’
Qila mengangguk. Malam itu mereka tidur di dalam sebuah lubang pada sebuah pokok yg amat besar. Berbantalkan lengan. Mereka hanya mampu berdoa agar dijauhkan daripada sebarang ancaman bahaya. Qila bersyukur dapat ditemukan dengan ibunya kembali.
Fajar menjelma. Qila terbangun kerana badannya sakit dek tidur di atas benda yang keras telalu lama. Bila ditoleh ke sebelah, emaknya sudah tiada. Dia bangun.
‘’mak? Mak kat mana?”
Pelik.. maknya sudad tiada. Dia pergi mencari maknya di kawasan sekeliling. Namun setelah setengah jam mencari, emaknya masih tidak dapat ditemui. Dia sudah mengenang air mata. Mana emaknya pergi. Baru semalam bertemu kembali dan hari ini tiba-tiba hilang. Tiba- tiba dia Nampak kelibat emaknya keluar di sebalik pokok yang mereka berteduh malam semalam. Dia lari mendapatkan emaknya.
‘’mak,……. Mak pergi mana? Jangan la tinggalkan Qila lagi.’’ Katanya sambil memeluk emaknya dan menangis.
‘’mak tak pergi mana lah Qila.. dan jom bergerak sebelum terlambat.’’
‘’kita sebenarnya mahu pergi ke mana mak?’’ kata Qila sambil mengesat air mata.
‘’kita kene jumpa kawan mak. Perjalanan kita bukan mudah. Ramai orang yang memburu kita sekarang ni.’’ Terang mak Qila.
Qila mengangguk. Perjalanan diteruskan meredah hutan tersebut. Kata emaknya, terdapat sebuah kota raya tak jauh daripada lokasi mereka sekarang. Tiba-tiba langit bertukar gelap.
‘’mereka sudah jumpa kita!! Ingat ni Qila, kalau ada apa-apa belaku kat mak, pergi jumpa kawan mak. Dia berada di Menara RAHMAN. Ingat tuu!!’’
Tiga orang Pemburu Kilat muncul di hadapan mereka. Agak jauh, namun masih boleh nampak mereka. Mereka mara menuju ke arah Qila dan emaknya. Emak Qila punya berdiri di hadapan Qila, mahu melindungi dia.
‘’Eyy budak. Puas kitorang cari kau. Kau nak pergi mana? Baik kau ikut kitorang kalau tak nak perkara buruk berlaku.’’ Salah seorang daripada Pemburu Kilat berkata.
‘’Jangan harap!! ‘’ jerit Qila di sebalik emaknya. Nampaknya emaknya sudah bersedia untuk melawan mereka.
Petir muncul di tangan mereka bertiga. Mereka mara. Mata emak Qila tajam merenung ke arah mereka. Namun tak jadi apa-apa. Qila pelik. Pemburu Kilat melancarkan petir di tangan mereka. Menyambar ke arah mak Qila. Emaknya masih tidak melakukan apa-apa. Dia cuba untuk menggunakan kuasa khayalannya namun kuasa dia juga tidak memberikan kesan.
“mak?’’
‘’ mak minta maaf Qila.’’ Katanya.
Petir itu tembus badan emaknya lalu merenjat diri Qila. Petir itu tidak begitu kuat, tapi cukup untuk melumpuhkan dirinya. Dia rebah ke tanah. Sebelum dia rebah, dia sempat melihat emaknya menghilang. Dan baru sekarang dia sedar, emaknya itu selama ini hanyalah khayalannya. Sebab itulah dia tidak mampu untuk menyerang Pemburu Kilat itu, kerana 100% fokusnya hanya untuk menjadikan khayalan emaknya menjadi nyata. Sebab itu juga Pemburu Kilat itu hanya bercakap pada dirinya. Mereka langsung tidak dapat melihat khayalannya. Oleh sebab terlalu lama menggunakan kuasanya, kesan khayalannya kepada orang sekeliling menjadi lemah. Ketika itu, hanya dirinya sahaja yang boleh melihat emaknya. Jika dibiarkan lebih lama, mungkin dia akan terperangkap dalam dunia khayalannya sendiri dan menjadi gila seperti mana neneknya bercerita tentang emaknya dahulu.

ANDA SEDANG MEMBACA
X2
AcciónSinopsis X2 Malaysia sudah tak seperti dulu. Kejayaan yang telah dicapai telah menjadi buah mulut seantero dunia. Serpihan meteor yang telah jatuh di Malaysia menjadi sebab segalanya berlaku. Dengan kerajaan yang sudah korup yang ingin merampas aset...