Chapter 2
Dirinya kini berada dlm kegelapan. Dia tidak tahu di mana keberadaannya sekarang ini. Apa yg dia boleh nampak hanyalah kegelapan. Tiba-tiba suatu lembaga hitam muncul di hadapannya. Aniq terkejut lalu dengan spontan dia membuka langkah seribu menjauhi lembaga itu.
"HAHAHA, LARILAH SEJAUH MANA KAU NAK LARI. KAU TETAP TAK BOLEH LARI DRPD AKU!"
"Kau jangan kacau aku!" Jerit Aniq sambil berlari dengan sekuat hatinya.
Tiba-tiba, lembaga hitam itu muncul betul-betul di hadapannya. Aniq boleh nampak mata merahnya yg menyala-nyala dan dia memandang terus ke arah Aniq. Giginya menyeringai tajam. Sakit kepala mula menyerang Aniq. Dia terjatuh sambil memegang kepalanya meraung kesakitan.
"Arrghh, sakit bodoh. Kau ke yg buat sakit kepala ni?!"
"HAHAHA, AKHIRNYA. SELAMA 20 TAHUN AKU CARI KAU NI. BARU SEKARANG AKU JUMPA KAU."
"Kau siapa ha?!!"
"KAU AKAN TAHU TAK LAMA LAGI."
Aniq sudah tidak dpt menahan sakit kepalanya. Dia menumbuk tanah dengan sekuat harinya.
"Arrgghhh!!" Aniq bangun drpd posisi baring kpd posisi duduk. Rupa-rupanya apa yg dialaminya sebentar tadi hanyalah mimpi sahaja. "Fuh,rilek. Mainan syaitan je tu." Aniq memujuk dirinya.
"Wahh, bangun dah kau. Lama jugak kau tido. Asal menjerit-jerit tadi weih hahaha." Iman menegur.
Aniq memandang sekeliling. Dia kini berada di dalam wad yg serba canggih. Dirinya dipenuhi dgn wayar-wayar yg nmpak gayanya ingin mengambil data drpd tubuhnya. Dia memandang Iman. Iman berpakaian seperti seorang ejen. Itu bukan seperti Iman yg dikenalinya selama ini.
"Wei apa bende ni semua?"
"Wah, nampaknya X2 sudah bangun! Sudah hilangkah pening kepala kau?" Satu suara menyapa. Dia nampak seperti seseorang yg berumur dlm 30-an. Berpakaian seperti seorang saintis dan rambutnya kemas disikat tepi. Nampak bijak.
"Aniq, ini Professor Zakwan. Dia ketua unit penyelidikan agensi ini." Terang Iman.
"What the... siapa semua org ni?! Asal kau tahu pasal sakit kepala aku ha?!" Gentak Aniq
"Bertenang Aniq. Aku akan terangkan. Kau sekarang berada di makmal rahsia kami. Kau selamat di sini. Kami menggelarkan diri kami ini Agensi S. Kami di sini sebenarnya sedang membuat kajian tentang manusia-manusia yg berkebolehan luar biasa. Kamu sebenarnya berpotensi Aniq. Cuma kebolehan kamu hanya boleh digunakan selepas kamu genap 20 tahun. Dan hari ini hari jadi kamu bukan? Jadi saya ucapkan selamat hari jadi, hehehe." Professor Zakwan tersenyum.
"Apa maksud kau? Kenapa sebelum ini aku tak tahu? Dan knp boleh guna lps genap 20 tahun?" Tanya Aniq.
"Sebenarnya kami telah meletakkan sejenis logam pada tulang belakang kamu sewaktu kamu masih bayi yg menghalang kuasa kamu untuk diaktifkan. Logam itu akan terurai apabila sudah genap kamu berumur 20 tahun. Kami percaya pada umur yg sebegini kamu sudah bersedia utk menggalas tanggungjawab yg lebih besar." Terang Profesor Zakwan
"Mcm mana aku boleh ada kuasa pulak ni. Mcm tiba-tiba je ni hehehe."
"Okey ceritanya agak 'dark' sedikit ya. Saya harap kamu akan menerimanya dgn tenang. Sebenarnya sewaktu kamu masih di dalam rahim mak kamu, kami telah mendedahkan kamu dgn radiasi drpd serpihan meteor yg jatuh di negara kita 20 tahun lalu. Kami menggelarkan logam itu sebagai Logam Hitam kerana warnanya yg hitam legam. Kami mendapati bahawa jika janin yg berada di dlm rahim terdedah kpd radiasi drpd Logam Hitam itu, ianya dpt merubah DNA janin tersebut utk memiliki kuasa. Tujuan kami melakukan eksperimen tersebut adalah utk membina satu angkatan tentera yg memiliki kebolehan khas utk keselamatan negara. Namun ibu-ibu yg telah didedahkan kpd radiasi tersebut tidak mampu hidup lama. Itulah yg berlaku kpd ibu kamu, X2. Saya minta maaf kerana itu." Panjang lebar Professor Zakwan menerangkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
X2
ActionSinopsis X2 Malaysia sudah tak seperti dulu. Kejayaan yang telah dicapai telah menjadi buah mulut seantero dunia. Serpihan meteor yang telah jatuh di Malaysia menjadi sebab segalanya berlaku. Dengan kerajaan yang sudah korup yang ingin merampas aset...