KRIINGGG……
Loceng sekolah berbunyi, menandakan waktu rehat bermula. Berpusu-pusu murid menuju ke kantin untuk mengisi perut. Andai terlambat, makan angin jelah jawablah.
‘’Haih….’’ Azim mengeluh. Dia sebenarnya tak suka sekolah. Baginya apa kelebihan sekolah. Dia sudah pandai, atau pon dalam erti kata lain, genius.
Walaupon begitu, dia bersyukur dikurniakan rezeki seperti itu. Sbb itu dia selalu menolong rakan-rakannya study. Namun, bukan itu sahaja kelebihan dia. Dia juga boleh melihat masa depan. Ya, melihat masa depan orang lain. Hanya jika dia bersentuhan dengan seseorang. Oleh sebab itu, dia tidak pernah dilihat mempunyai bestfriend. Dia tak suka melihat masa depan orang lain. Itu hanya akan memberikan dia mimpi ngeri tika tidur. Dia teringat peristiwa dia tak sengaja terlihat masa depan rakannya.
*
[flashback]
‘’Perhatian semua!!! Cikgu Kazim suruh semua pergi ke makmal kimia bawa buku teks dan modul…’’ Laung si ketua kelas.Seisi kelas mengangguk. Satu per satu bangun untuk pergi ke makmal. Oleh sebab laluan antara meja dan meja agak sempit, jadi Azim menanti sehingga semua orang lalu dan baru dia bangun. Baru sahaja dia menapak keluar kelas, dia terlanggar seseorang yang tiba-tiba mahu masuk ke dalam kelas. Mereka berlanggar dengan kuat. Siku Azim bertemu siku dia. Pandangan Azim mula gelap. Dia pengsan. Itulah yang akan berlaku jika dia bersentuh kulit dengan seseorang.
“wei, sori do… aku lupa bawak buku teks nii.” Kata lelaki itu.
‘’wei? Wei? Bangun ah…asal nih? Weeeeih..’’
Murid itu menggoncang tubuh Azim yang pengsan. Memandangkan Azim tidak memberi respons, murid itu membawa Azim ke bilik sakit dengan beberapa orang kawan yang lain.
Kelas kimia diteruskan di makmal tanpa kehadiran Azim dan murid itu. Dia ditugaskan untuk menjaga Azim yang berada di bilik sakit. Orang yang bertugas di situ memberitahu bahawa Azim akan okay, namun perlukan masa untuk rehat. Sedang murid itu menjaga Azim di bilik sakit, Azim tiba-tiba bangun lalu memegang tangan murid itu dengan kuat. Anak mata Azim menghilang, tinggal mata putih sahaja. Tanda dia sedang menggunakan kelebihannya.
“ INGAT SATU HARI NANTI SATU DUNIA AKAN MENCARI KAU. KAU PERLU BERSEDIA DARI SEKARANG. JANGAN FIKIR KAU LA YANG PALING KUAT KERANA DALAM DUNIA NI LAGI RAMAI YANG LAGI KUAT DARIPADA KAU.’’ Azim bercakap dengan nada yang ganas.
Azim kembali pengsan. Tangan dilepaskan. Berbekas tangan murid itu dek dicengkam dengan begitu kuat sekali.
‘’Apa benda kau merepek ni Azim? ‘’ kata Aniq.
[end of flashback]
Di kantin, murid berebut-rebut untuk membeli makanan. Azim tidak berminat untuk makan. Tak mahu dia berhimpit-himpit dengan orang lain. Benda lain yang berlaku nanti. Sedang dia menuju untuk membeli air dan kemudiannya balik ke kelas, dia ternampak duit di atas lantai. Mungkin ada orang tercicir duit ini, dia fikir. Niat di hati ingin mengambil duit itu dan beri kepada cikgu yang bertugas untuk melaporkan kehilangan duit itu, namun semasa tangannya ingin mencapai duit itu, ada tangan lain yang turut sama mencapai duit itu. Dan tangan mereka bertembung. Sekali lagi, benda itu berlaku.
*
‘’Pasukan Bravo ke kanan, Charlie ke kiri. Pasukan Alpha, kekal dengan saya.’’ Kapten Riz memberi arahan sambil membuat isyarat tangan utk memberitahu anak-anak buahnya supaya ikut arahan yg sudah diarahkan.
Mereka sekarang berada di atas kapal kargo milik Malaysia yang telah diambil alih oleh lanun. Misi mereka sekarang adalah untuk mencari tebusan dan memberkas lanun tersebut. Satu pasukan ada 5 orang. Mereka perlu berhati-hati kerana lanun yang mereka buru ini adalah mereka yang selalu membuat onar di kawasan perairan Malaysia.

ANDA SEDANG MEMBACA
X2
AksiSinopsis X2 Malaysia sudah tak seperti dulu. Kejayaan yang telah dicapai telah menjadi buah mulut seantero dunia. Serpihan meteor yang telah jatuh di Malaysia menjadi sebab segalanya berlaku. Dengan kerajaan yang sudah korup yang ingin merampas aset...