PAM! PAM! PAM!
‘’Kau buka pintu ni sekarang juga!!’’ jerit suara itu.
Pintu dipukul dengan kuat. Qila bersembunyi di dalam biliknya. Duduk bersandar di pintu biliknya sambal memeluk lututnya. Telinganya ditutup. Trauma.‘’ Kau jaga kau!!’’
Pintu dirempuh. Qila dengar bunyi pintu terbuka. Tanda orang itu sudah pecah masuk. Qila menangis. Dia tahu apa yg bakal dihadapinya. Rumah itu tidaklah besar. Hanya sekangkang kera. Orang berbual-bual di luar pun sudah boleh didengari di dalam biliknya. Apatah lagi jika orang menjerit.
BAM!!
Pintu biliknya ditumbuk. Qila lari ke bucu biliknya.
BAM!!
Pintu biliknya pecah. Orang itu mara menuju ke arahnya. Qila meraung-raung jgn didekati dirinya.
‘’Jangan Ayah!! Qila tak buat apa-apa pun…..’’
‘’Bak sini duit kau! Aku tau kau ada duit..’’ Jerit Ayahnya.
‘’Saya takde duit Ayah!’’
‘’Kau sekarang dh berani menjawab eh!!’’ Kata ayahnya sambil membuka tali pinggangnya.
Qila betul-betul tak tahu apa salahnya. Betul. Dia ada duit. Namun duit itu disimpan untuk kegunaan dirinya sendiri. Jika diberikan kepada ayahnya, duit itu hanya akan dihabiskan dengan berjudi. Ayahnya tak tahu yang dia bekerja. Ayahnya hanya tahu melepak dengan rakan-rakan judinya sambil menghabiskan wang. Hari-hari Qila diisi dengan seksaan daripada ayahnya. Jika dia tak dapat apa yang dia nak, Qila hanya akan diseksa. Dia mahu neneknya untuk menjaganya. Neneknya merupakan satu-satunya sebab mengapa dia tidak lari daripada rumah ini. Teringat pesan neneknya di kampung.
*
‘’ Nek, saya tak tahan la dengan ayah. Setiap hari dia pukul Qila. Saya nak duduk dengan nenek.’’ Kata Qila.
‘’ Sabar cu, Nek tahu apa jadi antara kamu dengan ayah kamu. Sejak ibu kamu meninggal, dia berubah jadi begitu. Takpe, kamu jangan lari daripada rumah itu. Satu hari Nek akan datang ambil kamu.’’
*
Setiap hari dia menunggu neneknya dtg mengambilnya. Tapi hari ini, dia sudah tak tahan. Dia mahu lari juga daripada rumah itu. Sedang dirinya dilibas menggunakan tali pinggang oleh ayahnya,
‘’Dah cukup Ayah!! ‘’ Jerit Qila sambil menepis tali pinggang ayahnya.
‘’Kau ni memang kurang ajar……’’
Tiba-tiba tali pinggang yg berada di tangannya berubah menjadi ular tedung. Dia terkejut lalu melepaskannya. Qila hanya melihat ular itu. Tdi dia membayangkan bahawa tali pinggang ayahnya itu menjadi ular. Tak sangka khalayannya menjadi realiti. Dia menggosok-gosok matanya utk memastikan khalayannya itu betul-betul sedang terjadi. Namun, dia tidak bermimpi. Kemudian dia menoleh kea rah tubuhnya yg penuh dengan kesan lebam dan kesan libasan, dia menjadi marah lalu memandang ayahnya sambil membayangkan ayahnya diliit ular itu. Tiba-tiba,
Ular itu menjalar ke arah ayahnya, lalu melilit pinggang ayahnya. Dia menjerit. Sememangnya dia anti dengan ular. Dia meronta-ronta supaya ular itu melepaskannya tapi tiada kesan. Ular itu tetap melekat pada tubuhnya. Dia pergi ke dapur, mengambil pisau dengan niat mahu memotong kepala ular tersebut. Namun, apabila dilibas pisau itu, rupa-rupanya dia hanya menikam dirinya sendiri. Ular itu tiba-tiba bertukar menjadi tali pinggangnya kembali. Darah keluar membasahi lantai dapur. Dia tumbang ke bumi.
Qila terkejut melihat ayahnya menikam dirinya sendiri. Bukan dia mahu melihat ayahnya mati tapi mengapa ayahnya membunuh diri?
“Qila… kau kat mana?’’ satu suara datang dari luar rumah.

ANDA SEDANG MEMBACA
X2
AçãoSinopsis X2 Malaysia sudah tak seperti dulu. Kejayaan yang telah dicapai telah menjadi buah mulut seantero dunia. Serpihan meteor yang telah jatuh di Malaysia menjadi sebab segalanya berlaku. Dengan kerajaan yang sudah korup yang ingin merampas aset...