BAB 4

21 1 0
                                    

“Amelia mana?”.

Awal pagi Guna sudah tepacak di Makmal. Dia menunggu kedatangan Amelia. Dia tahu yang Amelia tidak pernah lewat ke Makmal.

Dia tanya Nora. Nora pula tidak tahu jawab apa dengan Guna. Dia menggaru kepalanya. Terakhir dia melihat Amelia semalam. 

“Saya tak tahu Prof.”.

Jawab Nora dengan tenang. Nora pekerja harapan Guna. Guna sangat bergantung dengan Nora. Nora pakar melayan tetamu yang datang.

“Ok. Sambung lah kerja awak balik.”.

Guna mengarah ke pejabatnya kembali. Waktu sudahpun petang. Guna tetap mencari Amelia di Makmal itu.

Dia kembali duduk di mejanya. Berasa pelikpun ada sedikit. Tidak selalu dia lihat Amelia ponteng kerja jika ada benda penting yang dia perlu buat.

“Kenapa hari ni Amelia tak datang kerja eh? Takkan lah dia merajuk kat aku semalan.”.

Guna imbas cerita kemarin. Dia tidak ingat apa yang berlaku semalam. Yang diingat dia terburu-buru mengejar mesyuarat bersama ahli-ahli lain. Amelia langsung diabaikan. Guna cuba ingat sekali lagi.

“Oh ye. Aku ingat. Amelia nampak cantik semalam. Allah. Mesti gara-gara tu dia marah kat aku. Apa aku nak buat ni.”.

Guna menyalahkan diri dengan tindakannya semalam. Dia tidak patutu buat Amelia seperti tunggu.

Dia yang menyuruh Amelia menukar fesyen. Amelia sudah lakukan. Namun langsung tiada tindak balas dari Guna. Sakit sedikit hati Amelia.

Guna sedikit berasa tekanan. Dia mengambil telefon bimbit yang ada di meja. Dia mencari nombor Amelia. Dia patut telefon Amelia untuk minta-maaf dengannya.

“Angkat lah Lia.”.

Sudah dua kali dia telefon Amelia. Hanya bunyi deringan telefon itu saja dia dengar. Guna tidak tahu buat apa. Mahu saja dia keluar pergi cari Malina di luar itu. Tapi banyak kerja yang dia perlu buat sekarang.

Kalau dia tinggalkan kerjanya sekarang pasti tertagguh. Dia elakkan benda tertangguh itu terjadi. Benda yang paling tidak disukainya sendiri.

“Pergi belah lah kau Lia. Bukannya kau penting bagi aku. Kalau kau tak datang balik pun aku tak kesah lah. Aku boleh je gantikan tempat kau dengan orang lain.”.

Berkata sendiri Guna di hati. Dia sudah menyerah. Tidak mahu lagi menyusahkan dirinya cari Amelia. Ada benda pening lagi dia kena urus. Kalau ingat Amelia saja takkan siaplah kerjanya itu.

“Nora.”.

Kuat suara Guna memanggil nama Nora. Terkejut Nora lantas mendengar namanya dipanggil Guna. Pennya juga lereng ke kiri semasa menulis. Geramnya muncul apabila terpaksa buat muka surat baru untuk menulis.

“Errh! Apa lagi dia nak ni.”.

Sindir dia dengan Guna. Nora bukan ikhlas kerja di sana. Dia hanya perlukan wang. Hidupnya bukan senang. Mujur saja Guna terima dia bekerja di Makmal ini.

“Ye Prof. Prof panggil saya?”.

Nora berdiri tegak. Geramnya ditahan dulu dengas Guna. Ada saja yang dia mahu dari Nora. Kerja Nora juga semakin menambah. Disebabkan banyak yang perlu dia uruskan di Makmal itu.

“Nora aku nak kau dengan Jobi uruskan beberapa sampel yang ada tanda X tu. Kat dalam kotak tu ada atom-atom yang bahaya. Jangan cuba main-main dengan atom tu. Kau bantu Jobi. Amelia mungkin da berhenti dari kerja ni. Sekarang aku nak kau alihkan tugas jadi dua. Satu dekat pejabat dan satu lagi dalam makmal. Jangan risau. Aku gandakan gaji kau dari 10 ribu tu. Kau terima tak kerja ni.”.

My Crazy Husband Where stories live. Discover now