BAB 16

12 0 0
                                    

Ajkar masih menunggu di kereta. Dia ke rumah Burhan kembali untuk berbincang kembali soal pernikahannya dengan Amelia.

Ajkar tetap akan kahwin dengan Amelia. Burhan harus setuju. Ajkar tidak boleh berkahwin tanpa persetujuan daripada Burhan. Ayahnya.

“Macam mana aku nak cakap dengan ayah aku ni. Huh.”.

Ajkar masih risau. Risau dengan tujuan mahu berjumpa dengan Burhan. Dia tidak yakin dengan penyampaiannya ini. Dia risau jika Amelia ditolak oleh Burhan.

“Aku tak kesah. Aku pastikan dia harus setuju.”.

Ajkar putuskan katanya sendiri. Dia tidak tahan terus-terus di kereta itu. Ajkar mesti berhadapan dengan Burhan segera.

Ajkar keluar dari kereta. Membawa hati yang serba risau dengan keputusannya. Tapi dia tutupkan risau itu dengan menyebut nama Amelia di hati.

“Ajkar.”.

Sapa Bupo. Bupo pengawal peribadi Burhan. Bupo akan menjaga rumah Burhan. Bupo juga sudah anggap Ajkar teman baiknya. Bupo sama seperti Pofob. Akan membantu Ajkar jika Ajkar sedang kesusahan. Bupo sentiasa prihatin. Dia tidak biarkan Ajkar begitu. Bupo kenal dengan Burhan. Burhan dianggapnya tegas. Bupo takut dengan Burhan. Tapi tidak dengan Ajkar. Ajkar sentiasa melayannya seperti kawan biasa.

“Ye Bupo. Ayah saya ada kat dalam tak?”.

Soal Ajkar. Walaupun masih risau dengan kedatangannya untuk berjumpa Burhan. Ditahannya sekuat hati. Tidak mahu lihatkan perasaan gugup itu di hadapan Bupo.

“Ada. Masuk lah.”.

Bupo menghala tangannya ke arah tengah pintu. Dia ketepi sedikit. Memberi laluan untuk Ajkar masuk di dalam rumah Burhan.

“Ok. Terima kasih Bupo.”.

Ajkar ucap terima kasih pada Bupo. Orang yang sudah lama bekerja di bawah Burhan. Orang yang selalu setia dengan kerjanya.

Ajkar melalui pintu rumah. Kakinya sudah pijak di lantai rumah Burhan. Matanya ditoleh ke kiri. Tiada orang langsung di rumah itu. Ajkar maju ke hadapan. Dia tahu yang Burhan ada di atas. Malam-malam begini Burhan akan bersantai. Menghisap rokok mahal.

Ajkar naik tangga itu. Hatinya pula tidak henti-henti merasa risau. Tapi dia tetap tahankan. Nama Amelia terus-terus disebut di hati.

Tiba di atas, Ajkar hentikan kakinya di pintu itu melihat Ajkar sedang duduk di luar rumah sambil menghisap rokoknya.

“Kau nak apa datang sini?”.

Suara garau Burhan terdengar. Burhan tahu yang Ajkar datang menemuinya. Dari bawah saja dia boleh kesan bunyi kereta Ajkar.

“Aku nak cakap dengan kau sesuatu.”.

Balas Ajkar dengan rasa tidak puas hati. Gara-gara Burhan dia belum berkahwin. Marahnya masih mendadak.

“Pasal Amelia?”.

Burhan juga tahu sebab kedatangan Ajkar itu. Rokoknya dimatikan di gelas besi kecil. Dia memusingkan bangku roda itu menghadap ke arah Ajkar.

Ajkar berdiri tanpa bercakap. Hanya melihat pergerakan Burhan.

“Kenapa kau nak kahwin dengan Amelia? Kenapa! Kau da tak sayang dengan kerja kau? Kau tak sayang dengan maruah kau? Kau nak hidup kau susah bila perempuan tu jadi isteri kau?”.

Dengus Burhan. Burhan marah kepada Ajkar. Keputusan Ajkar membuatnya ragu-ragu mahu menerima Amelia. Dia melihat ke hadapan masa depan Ajkar kalau Amelia menjadi pilihan. Burhan cuba membantah. Dia tidak mahu bahayakan keselamatan orang lain.

My Crazy Husband Where stories live. Discover now