Berada di taman seorang diri dengan udara yang kuat ke arah badannya. Kepalanya tertunduk. Hati yang terasa sakit apabila masih belum menerima kenyataan yang sudah terpampang di depan mata. Masih belum percaya apa yang telah terjadi. Pilihan Ajkar mana mungkin Amelia. Perkara itulah yang masih belum diterima. Dia tidak mahu melihat Ajkar bersama orang lain.
“Takkan aku biarkan orang yang aku dah cinta dan sayang jatuh ke tangan orang lain. Ingat aku ni apa! Nama Amelia tu takkan kahwin dengan pilihan lelaki aku. Ajkar. Aku akan tetap bersama Ajkar. Dia tetap jadi suami aku nanti.”.
Koji bangun dari tempat duduknya. Menghala ke motor mewah yang sudah dibelikan oleh Ajkar. Hatinya masih terasa sakit. Ajkar yang akan berkahwin dengan Amelia tidak akan diterimanya. Ajkar hanya milik dia. Koji pastikan perkahwinan Ajkar dan Amelia tidak akan terjadi.
Motor itu dibawa dengan laju. Rancangannya untuk batalkan perkahwinan diantara Amelia dan Ajkar akan bermula. Dia tidak dapat lakukan rancangan itu seorang diri. Koji mengharapkan bantuan daripada Pofob. Dia tahu Pofob mungkin akan membantunya. Mereka sudah berkawan dengan lama. Dia yakin Pofob akan menolongnya untuk membatalkan perkahwinan Amelia dan Ajkar.
30 minit kemudian Koji sudah berada di luar bangunan Lion Dragons. Dia letakkan motornya di luar. Memajukan kakinya sedikit ke arah pintu yang memiliki kata laluan itu. Helmetnya dipegang. Password yang ada di pintu itu sudah ditekan. Pintu lalu terbuka. Helmetnya disimpan di rak.
Matanya memandang sekitar ruangan Lions Dragon. Batang hidung Pofob masih belum terlihat. Koji tidak rasakan yang Pofob berada di atas. Koji pergi ke biliknya. Mahu melihat kot-kot Pofob ada di bilik itu.
“Mana pula Pofob ni. Takkan lah dia keluar! Kalau dia keluar tak de lah yang jaga tempat ni. Pofob Pofob! Kalau Ajkar tahu perangai kau macam ni, mesti marah besar Ajkar. Nasib lah aku ni tak teruk sangat. Ikut betul nak je aku bagi tahu Ajkar dengan sikap kau ni!”.
Koji ke arah sofa. Dia rehatkan badannya yang terasa letih. Menunggu ketibaan Pofob. Mahu nyatakan rancangannya itu kepada Pofob. Koji melihat jam. Jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Kakinya dinaikkan di atas meja itu. Pintu pula dipandang tidak henti-henti.
“Huh!”.
Koji terdengar bunyi dari atas. Dia bertukar curiga. Kuat bunyi itu sampai tidak senang hatinya. Tapi mahu tidak mahu sekarang ini dia naik ke atas. Dia tahu siapa yang berada di atas itu. Bakal isteri Ajkar.
“Apa bunyi bising sangat tu!”.
Berkata di hati Koji sendiri. Dia berdiri dari sofa itu. Dia rasa ada sesuatu yang aneh. Koji lantas bergerak dengan perlahan-lahan. Pintu itu ditutup semula. Koji sudah menghampiri tangga. Tangga itu sangat panjang. Dia terpaksa naik untuk melihat apa yang berlaku di atas.
“Buat apa tu?”.
Koji memandang Amelia yang bertungkus lumus membuka jendela di biliknya. Koji tahu Amelia sekarang mahu larikan diri dari sini.
“Huh?”.
Terkejut Amelia apabila di depannya itu adalah Koji yang sedang memerhatinya dengan tajam. Dari mata Koji saja, Amelia boleh mengecam yang Koji kelihatan marah. Kening Koji juga dinaikkan ke atas. Amelia terhenti dari membuka jendela itu. Niat untuk larikan diri juga terhenti. Disebabkan ada rakan Ajkar iaitu Koji.
“Kau nak gi mana?”.
Tanya Koji. Tubuhnya dipeluk menggunakan kedua-dua tangan. Amelia pula terus tergetar-getar melihat riak muka Koji yang garang itu.
“Aku nak lari. Jangan larang aku!”.
Amelia berani menjawab pertanyaan Koji dengan nada yang lantang. Dia tidak mahu berkahwin dengan Ajkar. Baginya Ajkar harus berkahwin dengan Koji. Bukannya dia. Amelia tidak mahu rampas kebahagiaan Koji. Koji layak miliki Ajkar. Disebabkan itulah Amelia mahu larikan diri dari tempat Ajkar ini.
YOU ARE READING
My Crazy Husband
RomansaCinta di dalam segenap hati yang membuatkan diri tertanya-tanya kenapa harus dia pilihanku? Mampukah soalan itu aku menjawab sendiri? Aku ikhlas dengan bayangan cinta itu biarpun diri memang tak sewarjanya membuat keputusan cinta itu. START 1/5/2020...