Amelia masih teragak-agak untuk mulakan cerita. Di depannya adalah ayah Ajkar. Bengis muka Burhan. Membuatkan Amelia ketakutan.
“Amelia?”.
Panggil Burhan dengan suara yang lantang.
Amelia meluruskan pandangan ke arah Burhan. Amelia dirikan wajahnya yang tertunduk.
“Kau da kenal siapa Ajkar kan?”.
Tanya Burhan dengan suara garaunya. Begitu tenggelam suara itu.
Nora diamkan diri sejenak. Berfikir mahu dijawab apa soalan Burhan itu. Amelia sama sekali tidak kenal siapa Ajkar. Tapi dia cuba menjawab.
“Da. Saya da kenal dengan Ajkar 2 tahun.”.
Jawab Amelia. Tangannya sekarang sedikit gigil. Takut dia lihat wajah ayah Ajkar itu. Sangat bengis. Rambutnya diwaranai putih. Segak Burhan dilihatnya. Tidak kalah dengan wajah yang dimiliki oleh Ajkar.
“Jadi da tahu apa kerja Ajkar?”.
Takut Amelia mahu jawab soalan Burhan seterusnya. Dia tidak pernah tahu kerja Ajkar.
“Tak tahu Dato.”.
Amelia memanggil Burhan dengan pangkatnya. Dia tahu yang ayah Ajkar ini berpangkat tinggi. Lihat saja dari rumah Ajkar boleh tahu.
“Kata kau da kenal dengan Ajkar 3 tahun.”.
Rasa gigil semakin bertambah di tangan. Dia macam ketahuan bohong. Tapi Amelia cuba buat suasana menjadi tenang. Tidak mahu melihat Burhan berfikir curiga. Boleh mati dia nanti dengan Ajkar.
“Saya da kenal dengan Ajkar. Saya tahu kerja dia bahaya. Tapi Ajkar tak pernah kata kerja tu dengan saya Dato. Dia rahsiahkan. Dia tak nak saya risau dengan kerja dia.”.
Jawab Amelia dengan spontan. Dia sendiri tidak tahu macam mana menjawab soalan seperti itu.
Senyum Burhan seketika. Amelia juga berpura-pura senyum. Tangannya berhenti gigil. Dia berjaya elakkan Burhan curiga. Kakinya pula dirapat. Pakaian yang dipakainya masih ditahan. Walaupun dia tidak suka. Hanya disebabkan Ajkar. Dia tetap pakai dress itu.
“Baik lah Amelia nak tahu tak Ajkar kerja apa sebenarnya?”.
Angguk Amelia. Dia betul-betul mahu tahu kerja Ajkar. Dia tidak harap kerja Ajkar itu bahaya. Disebabkan Ajkar memegang pistol di tangan. Amelia curiga dengan kerja Ajkar.
“Baiklah. Ajkar kerja memang bahaya. Ramai perempuan da tolak Ajkar. Dia kerja dengan Uncle. Ajkar anak turut dengan ibu bapa. Dia tidak kesah dengar kerja Uncle. Ajkar adalah ketua kumpulan Lion Dragon. Orang akan panggil Ajkar abang besar. Kerja dia bukan senang. Ajkar terpaksa masuk rusuh mana-mana kumpulan kalau mana-mana kumpulan tu cuba ganggu bisnes Ajkar. Da 4 tahun Ajkar buat kerja ni. Tapi Ajkar tidak membunuh. Ajkar hanya jalankan bisnes dengan hati-hati.”.
Amelia menangis laju. Air matanya tidak tahan untuk keluar selepas tahu kerja Ajkar yang sebenar. Hatinya sakit. Nafasnya tersangkut-sangkut. Amelia terbaring di sofa itu. Dia pengsan.
“Mama!”.
Burhan memanggil Sarna. Isterinya. Sarna ketika itu mahu siapkan makan malam untuk Ajkar dan Nora. Kuat suara Burhan memanggil Sarna.
Sarna belari dengan pantas dari dapur. Dia tidak sempat membuka Apronnya.
“Kenapa ni?”.
Ajkar pula dengar suara Burhan dari luar. Terhenti dia bergaul dengan pengawal peribadi ayahnya. Pantas Ajkar masuk rumah melihat apa yang terjadi.
YOU ARE READING
My Crazy Husband
RomanceCinta di dalam segenap hati yang membuatkan diri tertanya-tanya kenapa harus dia pilihanku? Mampukah soalan itu aku menjawab sendiri? Aku ikhlas dengan bayangan cinta itu biarpun diri memang tak sewarjanya membuat keputusan cinta itu. START 1/5/2020...