BAB 30

18 0 0
                                    

Guna sedang menyiapkan kerjanya seorang diri di pejabatnya. Dia masih menunggu kedatangan Nora. Perkara penting ada mahu disampaikan pada Nora. Diusap-usap kepalanya yang tidak gatal. Masih memikir dengan kerjayanya sebagai Ahli Sains di Makmal itu.

“Jobi dah tak de. Aku rasa aku perlu jual je Makmal ni. Mungkin ni yang terbaik kot. Amelia juga da tak de. Kalau aku harapkan Nora je, memang tak ke mana Makmal ni. Aku rasa, aku patut jual je.”.

Putus harapan Guna apabila kehilangan pekerjanya satu per satu. Dia semakin lemah mengurus Makmal itu. Harapannya turut punah. Dia tidak dapat mengerjakan kerja ini jika sendiri.

“Perlu ke aku buat keputusan macam ni? Erhhhh stres.”.

Tertunduk kepala Guna. Sulit dirasakannya apabila tidak cukup pendapatannya untuk menampung kos Makmal ini. Hutang pula semakin bertambah. Gaji Nora juga belum tentu dapat dibayarnya. Ini disebabkan kehilangan pekerja handalannya dalam bidang Sains iaitu Amelia.

“Prof?”.

Suara perlahan Nora terdengar ke arah pintu pejabat Guna. Wangian di badannya juga kuat. Nora memandang Guna yang sedang duduk di kerusi pejabat. Tidak senang Nora melihat pergerakan yang ditunjukkan oleh Guna.

“Nora duduk.”.

Guna mengarah Nora untuk duduk di kerusi yang berada di hadapannya. Mukanya serius memandang Nora. Hatinya masih terikut dengan perasaan kecewa. Guna semakin serabut apabila belum berjaya mencapai impian yang selama ini diinginkan. Mahu menjadi Professor yang bermartabat.

“Kenapa ni Prof? Apa yang dah jadi?”.

Tanya Nora dengan lantas selepas menyedari dengan reaksi muka Guna. Kelihatan sangat sedih. Guna juga tidak bermaya untuk berkata dengan Nora sekarang.

“Nora Makmal ni mungkin saya akan jual. Saya nak awak tahu yang Makmal ni dah tak boleh maju. Dengan ketiadaan Jobi dan Amelia, Makmal ni tak akan dapat maju.”.

Ujar Guna dengan nada yang kecewa. Mahu tidak mahu Guna katakan berita ini pada Nora. Terasa malu dengan dirinya sendiri.

“Tapi.”.

Nora cuba membantah tindakan yang dibuat oleh Guna ini. Nora tidak setuju jika Makmal ini dijual oleh Guna. Tindakan tidak wajar Guna itu, membuatkan prestasinya sebagai Professor akan hilang. Pastinya Guna akan tergolek ke bawah berbanding dengan ahli Professor yang lain.

“Prof. Saya ada kat sini Prof. Walaupun Jobi dengan Amelia dah tak de, tak bermaksud perjalanan Prof terhenti sampai sini. Prof dah banyak habiskan duit bangunkan Makmal yang besar macam ni. Kalau Prof nak tutup Makmal ni, cita-cita Prof tak ke mana. Sia-sia pengorbanan Prof kumpul duit beli Makmal ni. Prof tak fikir semua ni ke? Jangan lah disebabkan Jobi ngan Amelia dah tak de, Prof nak buat keputusan yang tak masuk akal macam ni.”.

Nora terus elak bantah dengan keputusan Guna yang mahu menjual Makmalnya itu. Nora terfikir yang Guna masih boleh pertahankan Makmal ini dengan baik. Dia percaya pada Guna. Disebabkan itu lah dia menolak dengan keputusan Guna ini.

“Aku dah bankrup Nora. Aku dah tak mampu bayar Makmal ni. Lagi-lagi dengan kos yang ada kat Makmal ni. Aku nak bayar guna apa? Dah lah Nora. Kau budak pandai. Kau boleh je cari kerja kat mana-mana yang kau nak. Tak paya nak harapkan kerjaya kau kat Makmal ni.”.

Guna tetap dengan keputusannya. Mahu menjual Makmal yang sudah didirikan selam 10 tahun. Tidak menyesal dengan tindakan itu. Malah terus memberi titik akhir untuk menjual Makmal itu.

“Kalau itu lah yang Prof nak, saya tak paksa. Tapi Prof kena ingat, dah bertahun-tahun Prof bangunkan Makmal ni. Duit yang Prof dah guna tu pun dah habis. Kalau ini lah keputusan Prof, saya akan terima. Saya tahu yang saya tak de hak nak halang Prof.”.

My Crazy Husband Where stories live. Discover now