Eryna menghampiri Pofob yang sedang sibuk melayan cerita seram seorang diri. Eryna membawa sampul bewarna coklat. Sampul itu berisi wang. Eryna merencana sesuatu. Pofob masih menonton televesyen. Masih belum sedar kedatangan Eryna.
“Pofob.”.
Eryna menyapa Pofob dari samping. Pofob menoleh kepala selepas terdengar suara Eryna dari sampingnya. Cerita seram itu dialihkan. Dia mahu melihat Eryna sekarang. Meja yang berada di depannya juga disorong sedikit.
“Kau nak apa?”.
Tanya Pofob selepas melihat Eryna yang nampak kecurigaan. Pofob melihat sampul bewarna coklat dipegang Eryna. Tertanya-tanya dengan isi sampul surat itu. Tidak senang hatinya melihat sampul itu. Begitu tebal sampul itu terlihat.
Eryna duduk menghadap ke hadapan Pofob. Dia pinggirkan kesemua makanan Pofob yang ada di sofa itu. Dia sedar yang Pofob sedang curiga dengannya. Disebabkan sampul tebal di tangannya itu.
“Pofob dalam ni ada duit. Duit ni ada 20 ribu. Cash. Aku nak bagi kau kerja. Aku akan bagi semua duit ni kalau kau setuju nak kerja dengan aku.”.
Jelas Eryna. Dia memandang serius perkara ini. Duit yang mahu diberi Pofob itu hasil dari gajinya. Eryna sanggup beri wang yang banyak itu pada Pofob.
Pofob memegang dahinya. Dia cuba meneka apa yang mahu dirancang oleh Eryna. Pofob kenal dengan Eryna. Eryna adalah pedendam. Eryna sangat bernai lakukan apa saja.
“Kalau pasal Ajkar dengan Amelia aku tak nak.”.
Ujar Pofob. Dia meneka sendiri rancangan yang mahu dilakukan oleh Eryna. Pofob tahu cemburu masih melekat di hati Eryna. Eryna sangat cintakan Ajkar. Mana mungkin dia diamkan diri. Pasti ada saja rancangan Eryna untuk musnahkan hubungan Ajkar bersama Amelia itu.
“Pofob kau kawan aku tau. Aku dah anggap kau adik aku. Kalau kau tak nak tolong aku, sape lagi aku nak minta tolong. Kau je aku percaya Pofob. Tolong lah bantu aku kali ni.”.
Pinta Eryna dengan merayu. Sememangnya hanya Pofob saja dia butuhkan. Eryna tidak mahu menyuruh orang lain. Eryna yakin yang kerja ini hanya Pofob saja dapat lakukan.
“Kau nak buat apa sebenarnya? Kau tak tau berapa kali Ajkar putus dengan perempuan. Ajkar dah buat keputusan muktamad lah. Amelia tetap jadi isteri Ajkar. Ajkar tu abang kau Eryna. Takkan kau nak kecewakan dia? Kau nak Ajkar sedih?”.
Pofob masih tidak setuju dengan pendapat Eryna. Baginya Ajkar layak mendapatkan Amelia. Pofob juga elakkan melihat Ajkar kecewa berulang-kali disebabkan perempuan.
“Pofob! Aku cinta kat Ajkar tau. Cuba tengok aku! Apa kurangnya aku berbanding dengan Amelia tu? Aku tak cantik ke? Aku ni hodoh sangat ke sampai Ajkar tak nampak jodoh dia ada depan mata. Kau kena tolong aku Pofob untuk dapatkan aku dapatkan Ajkar.”.
Jelas Eryna. Dia tidak mengalah. Eryna tetap memaksa Pofob menolongnya putuskan perkahwinan Ajkar dan Amelia.
“Tapi, Ajkar dah bahagia dengan pilihan dia. Ingat Eryna, Ajkar abang kita tau. Takkan kau nak putuskan hubungan keluarga kita ni?”.
Pofob tetap membelakangi abang angkatnya itu. Dia tetap sokong Ajkar berkahwin dengan Amelia. Setitik kata dari Eryna hanya diendahkan. Tidak ada alasan untuk Eryna menerima Ajkar berkahwin dengan Amelia. Disebabkan Eryna adalah adik angkat kepada Ajkar.
“Baiklah kalau kau tak nak tolong aku, aku akan cari orang lain. Tapi ingat Pofob! Mulai saat ni kau bukan lagi adik angkat aku. Dan aku tak nak libatkan diri lagi dengan keluarga ni.”.
Berubah suara Eryna. Betul-betul tidak tahan dengan penolakan yang dibuat oleh Pofob. Pofob tetap dengan pendapatnya. Yang bersetuju Ajkar dikahwinkan dengan Amelia. Sama sekali tidak setuju dengan Eryna untuk batalkan perkahwinan Ajkar dan Amelia itu.
YOU ARE READING
My Crazy Husband
RomanceCinta di dalam segenap hati yang membuatkan diri tertanya-tanya kenapa harus dia pilihanku? Mampukah soalan itu aku menjawab sendiri? Aku ikhlas dengan bayangan cinta itu biarpun diri memang tak sewarjanya membuat keputusan cinta itu. START 1/5/2020...