BAB 13

16 1 0
                                    

                           Ajkar menatap wajahnya di cermin. Tatapan itu tajam ke arah cermin. Dia memandang wajahnya sendiri di cermin. Terfikir dengan tindakannya terhadap Amelia.

Ajkar memegang jambangnya. Ada sesuatu yang tidak kena pada jambangnya. Dia mahu menukar fesyennya kali ini.

"Baik aku cukur jambang aku ni! Aku rasa dia panggil aku gila sebab jambang aku ni kot. Tak pe aku cukur sekarang. Aku nak tengok dia suka ke tak. Harap-harap dia suka lah.".

Cukur yang berada di meja diambil. Dia memandang Amelia yang belum bangun. Masih tertidur Amelia di bangku itu. Kepalanya me dongak ke belakang. Rasa kelakar sedikit Ajkar

"Tunggu kau.".

Ajkar memaling mukanya kembali ke arah cermin. Cukur yang dipegang diletakkan ke arah jambangnya yang berbulu lebat itu. Dia cukur perlahan-lahan jambangnya itu.

"Hm".

Amelia sudah sedar dari tidurnya. Cahaya dari luar terkena di wajah. Silau dirasanya. Pagi sudah muncul.

"Ajkar?".

Amelia melihat Ajkar yang berada di depannya. Sedang menatap cermin. Memegang dagunya berulang kali.

Ajkar menoleh kepalanya ke arah Amelia.

"Hahahahahahahahahahahahaha".

Gelak besar Amelia selepas melihat perwatakan baru Ajkar. Jambang yang ada pada wajah Ajkar semua hilang.

"Apesal kau gelak?".

Amelia masih teruskan ketawa. Terbahak-bahak ketawanya melihat penampilan Ajkar itu.

"Ajkar. Ya Allah Ajkar. Apesal kau hilangkan jambang kau tu. Kau ingat kau da buang jambang kau tu kau nampak hensem ke? Wei. Aku tetap fikir you are crazy. Understand! Gila-gila. Aku ingat mamat Korea mana datang tadi.".

Ajkar berdiri sambil melihat Amelia. Dia tidak sangka Amelia masih memanggilnya lelaki gila. Panas hati yang dirasainya sekarang.

"Kau tak suka ke penampilan aku macam ni?".

Soal Ajkar dengan suara perlahan. Rasa kecewa terpampang di muka. Tersinggung perasaannya mendengar kata yang keluar dari mulut Amelia. Tunduk kepalanya.

"Bukan aku tak suka. Aku rasa da ok da penampilan kau sebelum ni. Yang kau gatal sangat nak cukur jambang kau tu apesal? Hahaha.".

Amelia masih sambungkan ketawanya. Tidak tahan dia melihat Ajkar. Lelaki yang dia lihat muka garang dan bengis sebelum ini. Ajkar seperti orang Korea dipandangnya sekarang. Satu buluh di mukanya habis dicukur.

"Oh kau nak kata sekarang aku buruk?".

Amelia kaku. Dia terasa lebih-lebih dengan kelakuannya sendiri terhadap Ajkar. Rasa bersalah juga ada.

"Ajkar kau tetap kacak lah. Jangan lah nak sedih. Da lah tu. Kau buka tali aku ni sekarang!".

Amelia cuba menukarkan situasi yang berlaku kepada Ajkar. Yang mencukur jambangnya. Bersih mukanya. Kelihatan putih muka Ajkar sekarang ini.

"Buka tali tu eh? Hehe. Oh buka tali.".

Ajkar memandang Amelia dengan tajam. Terlalu panas di hatinya.

"Kau ingat aku ni bodoh! Kau ingat aku tak tau. Lepas aku buka tali kat tangan kau tu kau nak lari kan!".

Tunduk Amelia. Ajkar besarkan suaranya. Amelia tidak boleh terus-terus tunduk terhadap Ajkar. Dia perlu bertindak.

"Buka lah! Aku nak keluar dari tempat ni. Kau jangan jadi gila lah Ajkar. Aku tak kesah. Aku rela mati daripada kahwin dengan kau.".

Ajkar senyum sinis.

My Crazy Husband Where stories live. Discover now