Nora sudahpun siap mengemas barangan yang perlu dibawa Jobi untuk pulang. Nora masih berdiri di sisi Jobi. Jobi masih memerhati setiap sudut meja. Takut-takut ada barangnya yang tertinggal lagi. Nora biarkan Jobi memerhati sudut meja itu dengan lama.
“Jobi?”.
Panggil Nora. Dia melihat jam dinding yang berada di bilik pejabat Jobi. Sudah menunjukkan pukul 1 petang. Jobi masih mengemas kertas-kertas yang tidak penting. Geram sedikit Nora. Disebabkan Jobi lengahkan masa yang ada.
Jobi menoleh selepas namanya dipanggil Nora.
“Ye Nora?”.
Jobi terlupa bahawa ia akan keluar bersama Nora petang ini. Jobi masih membongkar kertas yang ada di mejanya.
“Lama lagi ke?”.
Nora terasa lama duduk di pejabat Jobi. Jobi masih belum berhenti mengemas barang-barangnya di pejabat itu. Kaki Nora kegetaran. Terlalu lama dia berdiri di pejabat Jobi. Jobi masih belum berganjak dari meja itu.
“Kejap.”.
Kata Jobi. Dia teruskan selongkar semua kertas-kertas yang ada di meja itu. Yang sebenarnya Jobi mencari sampul surat yang kedua. Sampul surat itu bewarna merah. Sudah lama ia menyimpan sampul surat itu di dalam fail. Namun Jobi terlupa yang mana fail terletaknya sampul bewarna merah itu. Jobi tidak akan berganjak selagi tidak jumpa sampul itu dengan segera. Sampul itu sangat penting baginya.
“Apa yang awak cari?”.
Tanya Nora dengan segera selepas tidak senang melihat Jobi selongkar semua kertas yang berada di fail bewarna hitam itu. Hingga berpeluh Jobi. Membuatkan Nora tertanya-tanya apa yang dicari oleh Jobi.
“Saya tengah cari sampul surat warna merah.”.
Jawab Jobi sambil tangannya masih membelek setiap kertas yang ada di fail itu. Jobi langsung tidak memandang Nora. Malah meneruskan pencarian sampul surat bewarna itu.
“Huh?’.
Nora teringat sesuatu.
“Aku rasa sampul tu macam aku dah letak kat kotak tu.”.
Berkata Nora di dalam hati. Ketika itu Jobi tetap mencari sampul itu di meja.
“Jobi.”.
Panggil Nora. Sepertinya dia teringat sesuatu. Nora terlihat sampul surat yang dimaksudkan oleh Jobi itu pagi tadi. Dan dia ingat yang sampul surat itu ada di kotak yang berada di atas almari Jobi.
“Ye?”.
Toleh Jobi ke arah Nora yang memanggilnya.
“Tadi aku ada nampak sampul surat tu kat fail tu. Pas tu aku letak kat kotak yang ada kat atas almari tu. Aku ingat sampul tu dah tak guna.”.
Jelas Nora.
Pantas Jobi ke arah almari yang dikata oleh Nora. Jobi mengambil kerusi yang berada di sebelah meja pejabatnya. Selepas sampai di almari itu, bangku yang diambilnya diletakkan di hadapan almari. Jobi melangkah ke arah bangku itu. Perlahan-lahan kakinya dinaikkan. Peluh di mukanya semakin membanyak. Nora hanya berada di belakang Jobi. Kotak itu diletak terlalu tinggi.
“Hati-hati Jobi. Sebab kotak tu ada kat belakang.”.
Nora tidak lupa beri nasihat sedikit pada Jobi. Sememangnya hatinya risau. Melihat Jobi yang terlihat tergesa-gesa itu, membuatkan hati Nora tidak tenang.
“Ok Nora.”.
Balas Jobi dengan mengeluarkan sedikit senyuman pada Nora. Nora turut membalas senyum ke arah muka Jobi. Semakin mesra kelihatan Jobi dan Nora.
YOU ARE READING
My Crazy Husband
RomanceCinta di dalam segenap hati yang membuatkan diri tertanya-tanya kenapa harus dia pilihanku? Mampukah soalan itu aku menjawab sendiri? Aku ikhlas dengan bayangan cinta itu biarpun diri memang tak sewarjanya membuat keputusan cinta itu. START 1/5/2020...