BAB 25

11 0 0
                                    

Di awal pagi lagi Professor Guna sudah tiba di makmal itu. Guna sudah melihat hasil peta yang dilukiskan oleh Nora dan Jobi. Guna tahu arahannya kali ini didengari oleh Nora dan Jobi. Guna tidak ingin melihat Jobi dan Nora terus didenda. Jika sikap Nora dan Jobi tidak berubah pasti Guna dialihkan ke belakang dari Profesor yang maju ke hadapan.

Cabarannya adalah Proffesor Jumar. Guna mahu mengalahkan Professor Jumar dalam mencipta pelbagai alat elekrtonik. Sudah banyak kali Guna dikalahkan oleh Jumar. Jumar langsung tidak beri peluang kepada Guna. Guna bertamabah tekanan. Dia akui dengan pekerja yang dimiliki oleh Jumar. Bukan seperti Nora dan Jobi. Sering bertengkar. Guna yakin yang dia mampu atasi Jumar.

“Good morning Proff?”.

Nora menyapa dari belakang. Berseri-seri kelihatan wajah Nora. Kali ini Nora tidak tertidur di Makmal. Ini disebabkan pertolongon dari Jobi. Tanpa bantuan Jobi, Nora teruskan dengan perangainya itu. Tertidur di Makmal. Dia tidak akan bangun jika sudah tertidur lena. Matanya memang sangat berat untuk terbuka. Untung saja dia ditemani Jobi. Terelak Nora dari tertidur dari Makmal itu.

“Ye Nora. Jadi macam mana dengan peta tu, awak dah siapkan semua?”.

Soal Guna lantas dengan tujuannya menuju ke Makmal itu. Mereka berdua masih berada di luar. Guna memerhati wajah Nora dengan ligat. Lain kali ini Guna rasakan. Tidak selalu Nora tunjukkan muka berseri seperti itu.

“Jangan risau Prof. Saya dah siap lukis peta tu. Kalau Prof nak tengok, masuk lah. Saya dan Jobi siapkan lukisan tu semalam.”.

Jawab Nora dengan riak muka yang gembira. Dia tidak lupa beri senyuman kepada Guna. Guna adalah majikannya. Nora menunjukkan jalan pintu Makmal. Tangannya menghal ke Makmal. Dia iringi Guna masuk ke dalam Makmal.

Kedua-dua mereka mula masuk ke Makmal itu. Guna bergerak ke hadapan sedikit. Nora berada di hadapan. Menuju ke meja tempat disimpannya gambar peta yang dilukiskannya semalam.

“Nora Stop. Saya ada nak bagitahu ni?”.

Tersentak Nora mendengar suara perlahan Guna. Begitu garau suara yang dikeluarkan oleh Guna. Dia terhenti ke hadapan. Nora mengalih ke hadapan. Memandang Guna semula. Nora mula berfirasat yang lain-lain terhadap Jobi.

“Apa dia Prof?”.

Tanya Nora dengan perasaan curiga. Dia melihat Guna menundukkan kepala. Nora hanya diamkan diri. Menunggu percakapan dari Guna itu.

“Nora, Jobi dah berhenti. Jobi akan lanjutkan belajar ke luar negara. Mungkin hari ni akan jadi hari terakhir korang berjumpa. Jobi ada kat bilik. Saya dah nampak lukisan yang korang berdua dah buat. Cukup cantik. Sekarang ni kau pergi lah jumpa Jobi kat pejabat.”.

Nora tergumam dengan berita yang disampaikan oleh Guna itu. Tidak tahu mahu berkata apa lagi di mulutnya. Sememangnya salahnya pada Jobi terlalu banyak.

“Betul ke ni Prof?”.

Nora masih tidak percaya dengan penyampaian dari Guna. Dia pasti yang Jobi belum berhenti dari Makmal ini.

“Jumpa Jobi kat pejabat sekarang.”.

Arah Guna. Guna tahu ini berita buruk buat Nora. Sudah banyak kesalahan Nora terhadap Jobi. Guna sudah tahu pertengkaran Jobi dan Nora. Sememangnya Nora harus berjumpa dengan Jobi sekarang. Sebelum Jobi bergerak dari Makmal pagi ini.

“Baik Prof.”.

Lari Nora dengan memecut. Skirt nya dinaikkan ke atas. Nora mahu berjumpa dengan Jobi sebelum Jobi tinggalkan Makmal ini. Mahu meminta-maaf semua kesalahan yang dia pernah lakukan.

Tinggallah Guna seorang diri. Guna masih memerhati Nora lari. Begitu pantas dia berlari ke tempat Jobi. Tersenyum Guna melihat riakkan dari Nora. Belum pernah Guna melihat sifat Nora seperti itu.

My Crazy Husband Where stories live. Discover now