BAB 18

8 0 0
                                    

                           Koji baru sampai di Lion Dragon. Motornya diletakkan di luar. Helmetnya di simpan di rak yang disediakan oleh Ajkar.

Di mulutnya mengunyah gula-getah. Koji adalah perempuan. Dia berkulit putih. Berbadan raping. Sangat hebat jika berhadapan dengan musuhnya. Ajkar juga boleh diatasinya. Koji panggilan namanya. Koji memakai seluar jeans. Berjaket hitam. Rambutnya lurus. Berdai warna merah.

Password yang berada di luar pintu sudah ditekan. Pintu itupun terbuka dengan sendiri.

“Pofob!”.

Panggil Koji dari jauh. Dia ternampak ada kasut lain di dalam tempat itu.

“Apa?”.

Pofob hanya berada di sebelahnya. Sedang makan ayam goreng di meja sambil menonton TV.

“Ada orang lain ke masuk sini?”.

Tanya Koji dengan lantas. Hatinya tidak senang sekarang. Tidak mudah masuk di tempat itu.

“Ada.”.

Jawab Pofob. Ayam itu pula masih ditarik-tarik.

“Sape?”.

Soal Koji lagi sekali lagi.

“Bakal isteri Ajkar.”.

Terkejut Koji. Setahunya Ajkar tidak memiliki kekasih. Jika ada pasti Koji akan tahu.

“Kau mengarut apa ni! Cakap dengan aku? Sape orang yang berani masuk kat dalam ni!”.

Koji semakin berang. Pofob pula asyik makan ayamnya. Jengkel sedikit Koji melihat Pofob makan ayam itu. Berjatuh-jatuhan ayam itu dimakan.

“Kau pekak ke apa. Aku cakap bakal isteri Ajkar kan. Dah lah aku nak makan ni. Kau ganggu je.”.

Pofob tidak nyaman makan ayam itu. Diganggu terus oleh Koji yang baru balik itu.

“Bila masa Ajkar ada pak we pulak?”.

Koji semakin binggung. Mahu tidak mahu saja dia percayakan kata dari Pofob.

Pofob berdiri dari tempat duduknya.

“Kalau kau tak percaya, kau naik atas. Sekali lagi kau kacau aku, aku baling kau dengan ayam aku ni!”.

Sabar Pofob habis. Diganggu terus oleh Koji.

“Eish budak gemuk ni.”.

Ejek Koji sebelum naik ke atas untuk melihat orang yang dimaksudkan oleh Pofob tadi. Bakal isteri Ajkar. Dia sendiri masih tidak percaya dengan Pofob. Apapun Koji perlu naik ke atas sekarang juga. Hatinya tidak tenteram.

Tangga demi tangga dilangkah. Susuk badan Amelia sudah terlihat. Amelia sedang duduk sendirian. Menangis Amelia tidak berhenti. Koji juga dengar dari belakang.

“Oi.”.

Panggil Koji dengan nada keras.

Amelia pusingkan kepalanya ke arah belakang selepas terdengar suara Koji. Tangisannya dihentikan seketika.

“Kau siapa?”.

Tanya Amelia.

Di depan Amelia sekarang terlihat wanita cantik. Firasatnya mula berlainan. Dia menganggap yang Koji adalah isterinya.

“Aku Koji. Kau sape?”.

Koji menyoal. Terpukau dia melihat kulit Amelia. Begitu mulus. Kulitnya juga putih. Berseri seperti cahaya matahari.

“Aku Amelia.”.

Amelia hulurkan tangan kanannya. Dia mahu bersalaman dengan Koji.

“Oh.”.

My Crazy Husband Where stories live. Discover now