02

1.9K 222 15
                                    

aku skipkan scene yang tak berapa nak penting macam aku singgah beli barang untuk ibu tadi dengan Jaehyun. now kitaorang dah sampai kampung. buka je pintu kereta, Ayu adik saudara aku laju hampiri. dengan selipar sebelah lain.

beg plastik berisi 5 cawan air mangga, aku hulur pada Ayu. dia tak sambut tapi peluk aku erat. dik jangan peluk kuat sangat dik. ni baru dua chapter, kang mati aku kat sini (?) tak jadi terus story ni.

" awalnya akak sampai " dah lepaskan pelukan, baru Ayu sambut huluran aku. macam korang jugak, air dalam plastik dikeluarkan sebelum Ayu minum.

" saja bertolak awal sebab cuti " aku senyum tengok Ayu sambil jalan ke arah but kereta. tak sempat nak keluarkan beg, Jaehyun dah halang. aku tak de lah nak biarkan ke apa, so aku bagi dia keluarkan semua beg dulu (?) kira masa Jaehyun nak tutup but kereta semula tu kan dia letak beg kat bawah, haa time tu cepat-cepat aku ambik beg kat bawah tu sebelum tarik Ayu masuk rumah.

" siapa dah sampai? " tanya aku.

" semua dah sampai dah. kira akak orang last "

" Ayu sampai bila? "

" pukul 8 tadi "

aku angguk beberapa kali sambil buka sandal. tak sempat nak buka pintu rumah, seseorang dah buka dari dalam. wajah Haechan yang comot dengan asam kat mulut memenuhi ruang mata. dah macam scene Ayu tadi, Haechan pulak peluk aku erat sampai aku susah nak bernafas. nasib baik ada Jaehyun kat belakang, mahu Haechan tak lepaskan pelukan langsung.

beg yang aku pegang diambil Haechan sebelum dia lari bawa naik atas. aku pula terus ke dapur tapi langkah aku terbantut bila Ayu tarik lengan aku dari belakang.

" Ayu dengan Haechan je kat rumah. yang lain semua keluar pergi makan "

" mesti makan dekat warung Pak Ucop, kan? "

laju Ayu angguk.

" bilik kat atas, abang. abah suruh akak dengan abang duduk bilik atas sebab besar " aku toleh belakang, baru perasan yang Jaehyun still lagi berdiri kat sini. ingatkan dia dah naik ikut Haechan tadi.

" okayy "

-

malam tiba dengan cepat and now semua berkumpul dekat ruang tamu tunggu abah balik dari surau. ibu yang tengah sembang gelak tawa dengan Jaehyun, aku pandang. lega lah sikit sebab Jaehyun tak buat perangai macam sebelum ni.

" akak! akak! " Haechan yang sentiasa dengan keropok, hampiri sebelum dia duduk sebelah aku.

" yee "

" esok jom kita pergi main layang-layang nak? sambil tu kita boleh singgah pergi warung Pak Ucop. tadi diaorang pergi diaorang je. bukan nak bawa Haechan "

" esok semua sibuk nak prepare barang kenduri. takut tak sempat pulak nak main layang-layang "

" alahh, sekejap pun tak boleh ke? " mulut saja dia muncungkan. mata pula macam biasa, Haechan kelip berulang kali. tahu je ni taktik Haechan nak bagi orang follow apa yang dia cakap.

" nanti kita tanya abah dulu. kalau abah bagi, baru kita pergi "

nak tak nak, pasrah jugak Haechan angguk.

" esok khemah sampai. rasanya semua dah boleh start buat kerja " abah yang tak sure bila balik, muncul dari dapur. terus perhatian beralih pada abah sebelum semua serentak angguk. dengar abah kata pasal khemah, aku terus jadi excited. yee lah kenduri abang sendiri. nak-nak pulak kenduri ni sekali kan dengan kenduri pengantin perempuan (?) mesti lagi meriah.

aku tengok along yang fokus makan kuaci. sumpah tak sangka dia dah nak kahwin. dulu pakai seluar katak, hingus meleleh. orang tengok pun, tak lalu nak jadikan menantu.

kk aku joke je guys. along handsome je tapi aku saja tak nak mengaku.

" kira esok kena bangun awal ke? " soal Haechan.

" lelaki bangun awal sebab nak pergi surau "

" alahhhhh " bukan Haechan tapi along yang mengeluh yaa guys.

" nak jadi laki orang pun pemalas lagi ke "

" buuu along pemalas!!! "

rasanya tak payah bagitahu kut siapa je yang cakap macam tu melainkan Ayu dengan Haechan. nasib baik lah along tak balas apa. kang tak pasal-pasal tak jadi nak bersembang pasal kenduri.

so guys, sesi berbincang pasal kenduri seriously ambik masa yang lama. abah balik dari surau tadi pukul 9 lebih macam tu and sekarang dah 12.45 malam. maybe rancak sangat bersembang, itu yang tak perasan masa berlalu dengan cepat. aku yang baru lepas mandi untuk kali ketiga hari ni- sangkut tuala dekat belakang pintu. losyen pula aku capai. baru je nak labuhkan punggung, seseorang ketuk pintu bilik.

aku pandang Jaehyun yang tengah baring sambil main phone. act nak suruh dia yang bukakan tapi dah alang-alang aku tak baring lagi ni, terpaksa lah aku jugak yang kena buka.

malas je aku bangun and terus pulas tombol pintu.

" hmm? " buka je pintu, dahi aku berkerut.

" nah, ubat nyamuk "

dia senyum lebar kat aku buatkan lagi aku kerut dahi. satu perkataan je yang bermain dalam fikiran sekarang.

yes, pelik. memang aku tengah pelik dengan kelakuan dia sekarang.

" siapa ya- "

" takut akak dengan abang kena gigit nyamuk pulak. tu yang saja sediakan awal-awal "

" ohh okay, terima kasih " tak tunggu langsung respon dari dia, aku terus sambut ubat nyamuk yang dia hulur lepastu tutup pintu bilik. sambil jalan ke arah katil, mata melilau sekeliling cari periuk. style family aku lain sikit. tak tahu lah family korang macam mana. tak cukup bekas nak letak ubat nyamuk, kitaorang ambil periuk je. tapi tak de lah kitaorang guna periuk ni balik nak masak nasi ke apa.

" siapa? " tanya Jaehyun tiba-tiba.

haihh silap pulak aku angkat muka and tengok dia. suppose aku pretend macam aku tak dengar dia tengah tanya.

" Ika "

" Ika? siapa? " lagi Jaehyun tanya.

" Ika, sepupu saya "

-

[✔] ʙᴇ ǫᴜɪᴇᴛ ᴅᴏɴᴛ ᴄʀʏ Where stories live. Discover now