anyone yang ada perkhidmatan menjual mood, aku mohon muncul sekarang. bangun je pagi tadi, aku expect mood aku nak okay. tapi sama je even aku dah cuba nak ceriakan diri.
ohh yaa sebelum tu, aku perlu bagitahu something. tepat pukul 7.30 pagi tadi aku dah bangun. celik je mata, aku nampak Jaehyun still lagi tidur. jadi aku terus bangun, macam biasa (?) capai tuala lepastu terus turun bawah untuk mandi. skip lah sekejap sebab takkan aku nak bagitahu cara aku mandi kut.
siap mandi and lilit tuala atas kepala, aku terus keluar. time keluar tu lah, aku rasa jantung aku nak tercabut. Jaehyun yang berdiri macam budak lelaki gangster halang budak perempuan kat sekolah aku pandang atas bawah. tahu lah nak mandi pun, tak payah lah nak halang plus tayang muka mengantuk.
" sorry "
itu je yang keluar dari mulut Jaehyun sebelum dia masuk bilik air. aku yang still dengan ego aku pun buat donno je lah. cuma terfikir sama ada dia cakap sorry tu sebab aku terkejut tengok dia tadi atau dia sorry sebab hal semalam.
berbalik pada scene sekarang pulak, dimana aku tengah duduk sila atas pangkin sambil makan mangga. yang lain pula tengah buat kerja. geng lelaki susun meja dengan kerusi. geng ibu macam biasa, tengah masak aku rasa. Ayu pergi beli kuih while Haechan pula tengah tidur. entah lah budak tu tidur pukul berapa semalam. kitaorang kejut tadi pun, dia geleng and bagitahu suruh kejut dia lambat sikit.
" woi! " bahu aku jadi mangsa pukulan along dari belakang. nasib baik tengah tak de mood (?) kalau tak, memang aku lock kepala sampai tak boleh nafas terus.
" kau dah kenapa macam tak de mood je dari semalam? demam?" dahi aku disentuh.
" mana ada, aku okay je "
" tak payah buat drama dengan aku. kau kenapa? "
" aku sakit kepala "
" ohh patutlah. nanti aku suruh si Haechan belikan ubat " mangga diambil sebelum along sumbat dalam mulut.
semalam abah perasan yang aku tak de mood. harini pulak along. yang Jaehyun ni tak perasan kut atau buat-buat tak perasan. tak aku bukan nak dia tanya atau- haihh kita jujur je lah. act aku nak dia perasan. lepastu datang sini and tanya sama ada aku okay atau tak. at least tunjuk lah sikit caring tu kan.
" aku rasa laki kau haus " along matikan lamunan. aku tengok arah yang dia tunjuk dimana Jaehyun tengah duduk sambil lap peluh dengan tuala kecil.
" lepastu? "
" lepastu pergi lah bawakan air dekat dia. takkan nak suruh mak Ti kampung sebelah bawakan pulak. isteri jenis apa kau ni " along tarik lengan aku buatkan aku berdiri. ditolak aku sampai ke dapur ikut pintu belakang. tolak sekejap tu tak pe, ini sampai dengan dia sekali ke dapur and duduk atas kerusi tengok aku.
" aku rasa kau tak akan buat air dekat Jaehyun kalau aku tak tengok "
uish, along tahu guys.
btw, aku tak buat air pun sebab kitaorang memang dah sedia awal tadi. means yang aku just keluarkan air anggur dalam peti ais and tuang dalam cawan. tunjuk dekat along dulu sebab takut dia tak percaya pulak aku nak bawa bagi Jaehyun. dah along angguk, aku pun keluar balik.
sarung selipar and terus jalan bawah khemah (?) okay nampak Jaehyun yang still lagi duduk. aku hampiri dia dari belakang.
tengah aku nak hulur tu, fokus dekat sini guys. masa aku hulur tu, Ika yang tiba-tiba muncul pun hulur air sekali. tak tahu lah muncul dari mana sebab aku tak nampak langsung dia dekat area ni tadi.
" nah, Ika ada bawakan air untuk abang "
Jaehyun tengok aku dengan Ika silih ganti. ada dalam beberapa saat macam tu, baru dia sambut huluran Ika.
huluran Ika yaa.
huluran Ika dan bukan aku!
memang...
memang aku tunggul je dekat sini.
" terima kasih "
tersengih-sengih Ika bila Jaehyun beri senyuman. aku yang berdiri kat sini rasa nak simbah je air yang tengah aku pegang sekarang dekat diaorang dua.
aku tarik nafas dalam-dalam dan hembus. cuba untuk kawal suara sebelum bersuara perlahan.
" awak... "
Jaehyun tengok aku.
" tolong saya kat belakang sekejap "
" saya nak t- "
" tolong... saya sekejap " setiap perkataan aku tekan. nak tunjuk yang aku tengah marah. sempat jugak aku jeling Ika sebelum berlalu.
-
YOU ARE READING
[✔] ʙᴇ ǫᴜɪᴇᴛ ᴅᴏɴᴛ ᴄʀʏ
Short Story" ᴅᴇɴɢᴀɴ sᴇᴘᴜᴘᴜ sᴇɴᴅɪʀɪ ᴘᴏɴ ᴊᴇᴀʟᴏᴜs? " " ᴀʟᴀʜ ᴀᴋᴀᴋ, ᴛᴀᴋ sᴀʟᴀʜᴋᴀɴ ᴋᴀʟᴀᴜ ᴀʙᴀɴɢ ᴊᴀᴇʜʏᴜɴ ɴᴀᴋ ᴋᴀʜᴡɪɴ ᴅᴜᴀ " " ᴀᴋᴜ sʏᴀᴋ ᴘᴏᴍᴘᴜᴀɴ ɴɪ ʙᴀʙᴜɴ ᴅᴏᴏ " sᴛᴀʀᴛ : 𝟶20520 ᴇɴᴅ : 290820 ⓒʏᴇᴏʀᴇᴏʙᴜɴ-