22

1.2K 172 36
                                    

" Nurul... "

aku endahkan panggilan Jaehyun. almari aku buka lepastu cari baju kurung yang nak dipakai.

" Nurul... "

sekali lagi aku endahkan. baju kurung coklat aku keluarkan and campak atas katil.

" Nurul! " Jaehyun yang duduk atas katil halang jalan aku dengan angkat kaki. aku malas nak bercakap dengan dia, so aku pun langkah. iron board kat luar aku masukkan dalam bilik. baju je nak capai baju kurung tadi, laju Jaehyun ambik.

aku tengok dia tanpa reaksi.

" saya panggil awak dari tadi, kan? "

aku angguk.

" lepastu kenapa tak jawab apa-apa? "

" saya nak iron baju. nanti lambat " aku sua tangan dekat Jaehyun. nak baju kurung aku sebab aku nampak dia sorok dekat belakang.

" awak still marah pasal semalam? "

" cepat lah, nanti lambat "

" tak pe, biar yang lain pergi dulu "

" saya nak pergi dengan diaorang "

" jawab soalan saya dulu "

aku gulingkan mata.

" apa? "

Jaehyun yang tadi duduk, kini berdiri. dia macam boleh agak yang aku nak ambik baju kurung tu, terus dia baling atas kerusi kat belakang. memang nak tak nak aku kena jalan lepasi dia dulu. but dengan keadaan sekarang, memang tak lah aku nak ada mood nak panjat katil ataupun tolak dia ke tepi ke apa.

" semalam awak pergi mana? "

" pergi rumah Pak Kassim "

" malam semalam awak tidur mana? "

" tidur dengan Ayu dekat bawah "

sebelum aku lupa, lepas je Johnny muncul masa aku dekat pondok tu (?) like korang kan tahu yang dia suruh aku balik and aku tak nak balik. berkali dia pujuk aku, aku just buat donno. lepas je Johnny ugut yang dia nak bagitahu abah, baru lah aku mengalah.

tapi tak balik terus, aku bagitahu yang aku nak tunggu umi dengan abah, kira balik sekali diaorang. Johnny pun angguk and decide tunggu kat situ sampai lah aku balik. and yes, sampai je rumah, terus aku bagitahu Ayu yang aku nak tidur dengan dia. nasib baik lah abah tak nampak and tak tahu. kalau tak, mahu aku kena soal.

" kenapa tak tidur sini? "

" Ayu suruh teman dia tidur "

" betul? "

" yee betul "

" saya ta- "

" kita bincang pasal benda ni nanti, boleh? semua orang dah bersiap nak pergi " aku tengok Jaehyun sekilas sebelum tolak dia ketepi. nasib baik dia tak keraskan diri ke apa. baju kurung tadi diambil and aku berjalan ke iron board.

" saya nak pakai baju apa? "

aku toleh sekejap tengok Jaehyun.

" nanti saya iron baju melayu tu "

" okayy "

dah siap iron baju kurung, aku iron pulak baju melayu Jaehyun. lepas dah hulur dekat Jaehyun, aku pun dah siap tukar baju (?) aku turun bawah sambil pegang shawl. letak atas sofa sebelum ke dapur tengok yang lain.

lega sebab Ayu tengah makan maggi dengan Haechan. so aku pun patah balik ke ruang depan semula. tapi elok aku sampai-

shawl yang baru aku letak atas sofa tadi dah hilang. tak sampai beberapa minit pun aku letak tadi. kehulur hilir aku pusing. sekejap tengok dalam bilik Ayu. sekejap pergi dapur balik. maybe ketara kut muka gelabah aku tengah cari ni, Ayu terus bangun and soal.

" akak cari apa? "

" shawl akak. tadi masa turun akak letak atas sofa. tengok-tengok dah hilang " sambil bagitahu tu aku pandang sekeliling.

" akak tak bawak turun kut? "

" bawak. ni akak bawa turun kerongsang lagi " aku tunjuk kerongsang yang aku tengah pegang.

" okay, Ika dah siap "

entah lah macam mana aku boleh lupa kewujudan perempuan ni dalam rumah. but tu bukan point yang korang kena fokus. point yang aku nak bagitahu and nak korang fokus sekarang ialah shawl yang dia tengah pakai.

itu shawl aku!

shawl yang baru je aku letak atas sofa tadi!

" kau pakai shawl siapa? " aku jongket kening. saja soal sebab aku nak tengok dia nak jawab apa.

" entah lah. ada atas sofa tadi, tu yang Ika pakai "

" itu shawl aku. aku nak pakai "

" alah tapi Ika dah pakai lah. akak pakai shawl lain ehh " pantas aku elak bila Ika cuba nak pegang lengan aku.

" penat aku iron, senang-senang je kau nak pakai "

" tapi warna shawl ni sesuai baju kurung Ika "

" kau ing- "

" Ika dah pakai tudung tu. awak pakai tudung lain je lah " macam biasa, siapa je lagi yang akan menangkan Ika selain dari Jaehyun kan.

baru je nak buka mulut, pantas Ayu tarik lengan aku. maybe dia tak nak keruhkan keadaan.

" tak pe, akak pinjam tudung Ayu. tudung Ayu banyak yang cantik "

masa Ayu tarik tu, aku dengar je bisikan Ika. dengan sengihan yang terukir dekat bibir dia, sumpah aku rasa nak mencarut.

" hahahha padan muka, suami lebihkan orang lain "

-

[✔] ʙᴇ ǫᴜɪᴇᴛ ᴅᴏɴᴛ ᴄʀʏ Where stories live. Discover now