Prolog

1.1K 22 0
                                    

Kath keluar dari pejabat kolej dengan penuh kegirangan. Jelas terpancar seri keriangan di wajahnya. Permohonannya untuk menukar bilik pada semester kali ini telah pun berjaya.

Sudah empat semester Kath bertahan dengan rakan sebiliknya, Esther. Esther bukanlah jahat atau buruk perangainya, cuma Kath tidak tahan dengan suaranya yang agak nyaring setiap kali dia on the phone dengan kekasihnya. Kath tidak suka dan tidak selesa berada dalam keadaan bising dan bingit. Jadi kali ini dia membuat keputusan untuk menukar bilik sekaligus menukar roommate.

Nada dering lagu Fire nyanyian kumpulan penyanyi korea, BTS, memecah suasana kegembiraan Kath buat sejenak. Dia mencari mencari iPhone X-nya di dalam beg. Habis semua zip yang ada dibuka kerana dia terlupa di mana dia menyimpan telefon bimbitnya itu.

"Yes, mom," Kath menjawab panggilan Auntie Claudia sambil berjalan pulang ke bilik barunya.

"Oh, I dah jumpa kakak office. I got a new room tapi masih dekat blok yang sama."

"Kenapa you tukar bilik?" tanya Auntie Claudia di hujung talian.

"Well... Esther has a lot of problems. I mean it's a lot! But she's a nice person. No worries." Kath menyedapkan hati Auntie Claudia walhal dia ada sebabnya yang tersendiri untuk menukar bilik.

"Why you never told me yang dia ada masalah? Ke you ada sorokkan apa-apa dari mom?" Auntie Claudia cuba mengorek rahsia.

"Someone like me won't hide something from you." Kath ketawa kecil. "Kalau I ada mom bijak macam ni, I mean do you think I ever could sorokkan apa-apa dari you?"

"Good to know that." Auntie Claudia menyedapkan hati.

"But for now, I want you to know that I'm really happy to have a new room walaupun I duduk dekat tingkat tiga. I baru dapat kunci bilik baru ni. I need to bring all my stuffs naik bilik."

"Eh, Steve mana?" tanya Auntie Claudia.

"I dah suruh dia balik. Kalau dia ada pun, bukannya dia boleh tolong angkatkan barang-barang I naik bilik. Tu kan blok perempuan."

"Cakap terima kasih tak tadi sebab dia tolong hantarkan?"

"Erm, dah... Mom, I dah sampai depan blok. I nak kena angkat barang-barang I naik bilik dulu. After that nak kena kemas bilik lagi, unpack barang lagi. Malam nanti I call you balik okay. I love you mom. Muahh muahh muahh. A thousand kisses." Kath mengucup telefon bimbitnya beberapa kali.

"Okay honey. I love you too. A thousand kisses for you too." Kath mendengar bunyi kucupan dari Auntie Claudia dari speaker telefon bimbitnya.

iPhone X itu dimasukkan ke dalam beg tangan. Kemudian dia mengangkat bagasi 28 inci merah jambunya itu melalui beberapa anak tangga sebelum sampai ke bilik barunya di tingkat tiga.

Sampai di tingkat tiga, dia mendengar suara riuh-rendah. Dia ternampak Zara, rakan kuliahnya, mengejungkan diri pada dinding. Kath menghampiri Zara sambil menyeret bagasinya sekali.

"What is happening?" tanya Kath.

Tidak sempat Zara ingin menjawab dan menceritakan apa yang sedang berlaku, Kath menyaksikan pelbagai barangan terbang dari bilik itu. Bingkai gambar, anak patung, bekas-bekas kotak, habis kesemuanya dicampakkan ke luar.

Kath mencapai bingkai gambar yang tercampak ke luar itu. Dia melihat gambar Esther dengan teman wanitanya. Ya, teman wanita! Esther seorang lesbian. Rahsia itulah yang dia tidak mampu untuk beritahu Auntie Claudia. Dia tahu, selepas dia memberitahu tentang hal itu, Auntie Claudia pasti akan menghalangnya untuk terus berkawan dengan Esther.

"No, no, no! You tak boleh buat I macam ni!" Kath menoleh pandangannya ke dalam bilik itu selepas mendengar suara Esther. Mujur pintu bilik itu terbuka luas. Oh, rupanya Esther pindah bilik juga! Jadi Zara-lah rakan sebilik baru Esther.

"No way! I tak nak breakup!" Esther menangis di tepi hujung bucu katil. Telefon bimbitnya dicampakkan ke lantai.

"Esther?" panggil Kath dari luar bilik.

Esther bangun lalu memeluk Kath. Habis lencun baju Kath dibasahi air mata Esther pada bahunya. Zara pula masih tidak berganjak dari mengejungkan diri pada dinding luar bilik.


Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now