Bab 18 : Bercuti

438 17 0
                                    

Hampir seminggu berlalu sejak Kai dan Kath berpisah. Cuti semester selama sebulan itu mereka gunakan untuk melupakan masing-masing dan cuba untuk move on.

Tiada banyak perkara yang Kai boleh lakukan di kampung selain membantu papanya di kedai gitar. Kath pula akan pergi bercuti dengan auntie Claudia di Bali pada minggu hadapan.

Sebelum ke Bali, Kath kembali semula ke kolej untuk mengambil beberapa barang keperluan yang tertinggal di bilik. Manakan tidak, dia balik ke rumah mengejut dengan sehelai sepinggang tempoh hari.

Keadaan bilik kelihatan suram sejurus pintu bilik Kath buka. Kasut Kai tiada satu pun di atas rak kasut. Katil Kai bersih tanpa bantal dan balutan cadar. Papan notisnya juga kosong tanpa sebarang tampalan. Mejanya kemas tanpa sebutir habuk.

Gitar di bawah katil hilang. Laci meja dibuka. Kosong. Almari Kai dibuka. Juga kosong. Tiada satu pun penyangkut baju yang tertinggal.

Mujur ikan tanpa nama di dalam akuariumnya masih hidup walaupun sudah hampir seminggu tidak diberi makan. Keadaan akuarium sudah kotor dan berlumut.

Semasa memberi ikannya makan, mata Kath tertacap pada papan notis di mejanya. Gambar-gambar polaroid yang diambil dengan Kai tempoh hari sudah tiada. Hanya gambar Kath seorang sahaja yang tertampal di situ. Gambar Kai dan gambar selfie mereka hilang. Kath pasti Kai sudah mengambil gambar-gambar itu.

Walaupun hatinya berbisik sesuatu yang menyakitkan, Kath cuba menelan dan menerima kenyataan. Dia mula mengemas beberapa pakaian yang mahu dibawa pulang. Laptop juga dibawa bersama. Akuarium sempat dibersihkan sebelum dibawa pulang.

"Steve, singgah ofis kejap. I kena pulangkan kunci bilik," kata Kath selepas membawa masuk semua barang-barangnya ke dalam Proton Persona hitam Steve.

"Puan, saya nak pulangkan kunci," kata Kath sambil menunjukkan kunci biliknya.

"Lambat balik, dik? Exam habis lambat ke?" tanya staf ofis itu lalu memberi borang check out kepada Kath untuk ditanda tangan.

"Eh, tak. Paper dah habis awal hari tu tapi lupa nak pulangkan kunci. Tu datang sini balik," kata Kath sambil menandatangani pengesahan keluar bilik cuti semester.

"Oh, ni bilik kamu ke? Roommate kamu yang keluar tu kan?" tanya staf ofis apabila melihat Kath tanda tangan pada nombor biliknya.

"Keluar?" tanya Kath.

"Haah. Dia yang batalkan kontrak sambung stay kolej ni minggu lepas, kan? Kejap akak check..." Staf itu menyelak beberapa helaian kertas untuk dikonfirmasi. "Kyla kan nama dia?"

Kath tersentak apabila mendengar nama Kai disebut. Jadi segala persoalan mengapa tempat Kai kosong sudah pun terjawab. Bisikan hatinya ternyata benar. Kai telah meninggalkannya. Dada ibarat dirobek untuk menerima kenyataan yang dia sudah kehilangan Kai.

*****

Percutian Kath di Bali bersama auntie Claudia disangkakan akan menjadi momen yang indah dan mengujakan tetapi entah kenapa dia asyik teringatkan Kai. Setiap perkara yang dia lakukan, bayangan Kai akan hadir singgah ke dalam benak fikirannya.

Momen 1 :

Antara menu sarapan pagi di resort kediaman Kath dan auntie Claudia di Bali adalah sandwich tuna. Fikiran Kath terus terbayangkan Kai. Sandwich adalah sarapan paling mudah yang Kai rajin buat. Kai selalu menyediakan hidangan lebih dan meninggalkannya di atas meja Kath dengan sticky note hijau berconteng smiley.

Walaupun masih banyak lagi hidangan yang ada - nasi goreng, makaroni goreng, bakso - tetapi Kath tetap memilih sandwich tuna sebagai alas perut.

Sos squeezer Kath capai. Dia melukis dua bulatan titik - sebagai mata - atas sandwich itu. Kemudian fikiran terbayangkan Kai yang selalu melukis smiley face. Sos squeezer dipicit lalu Kath melukis satu garisan melengkung. Sad face.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now