Sabtu petang, Kai ada latihan menari seperti biasa tetapi hari ini bukan di studio. Penghawa dingin di studio rosak dan masih belum diservis. Gig Crew telah mendapat kata sepakat untuk membuat latihan di tepi tasik universiti Kai. Di situ ruangnya lebih luas, tambah lagi dengan pemandangan yang menghijau.
Bad singgah mengambil Kai di kolej. Tetapi sebelum ke tasik, mereka makan tengahari dahulu di kafe kolej Kai.
"Aku rasa aku cirit-birit lah. Hari ni je dah tiga kali aku berak ceroi. Ni pun perut aku memulas lagi," kata Bad lalu mencicip teh o panas.
"Kau salah makan ke? Makan apa semalam?" tanya Kai.
"Pagi, aku sarapan mi goreng. Lunch, ibu masak tomyam..."
"Uish, sedapnya! Terliur tekak aku," celah Kai lalu menyuapkan nasi putih lauk kari ayam ke dalam mulut.
"Erm... pastu petang aku tak makan sebab aku tidur. Malam, aku lepak dengan Sarah kat Tapak Urban. Makan benda-benda bodoh je," sambung Bad.
"Benda-benda bodoh tu lah kot yang buat kau sakit perut," teka Kai.
Tiba-tiba perut Bad memulas semula. Rasa 'hajat'-nya itu sudah berada di hujung tanduk. Memang sikit lagi nak terkeluar. Bad berlari ke tandas meninggalkan Kai seorang diri. Kai melepaskan tawa melihat Bad kalut begitu.
Sementara menunggu Bad, Kai stalk Shawn Mendes di laman Instagram. Di bahagian tag photos, Kai dapat melihat video-video yang dipos oleh fans yang datang ke konsert 'Shawn Mendes : The Tour Asia' di Buenos Aires, Argentina baru-baru ini. Dia teringin untuk ke konsert Shawn Mendes yang diadakan di Bukit Jalil tempoh hari tetapi kerana dia ada peperiksaan pertengahan tahun, hajatnya terpaksa menjadi angan-angan yang terkubur.
"Hey, Kai!" Esther melambai dari jauh. Esther dan Kath datang duduk semeja dengan Kai.
"Mana Hadi? Zara?" tanya Kai.
"Zara balik rumah. Hadi macam biasa suruh kitorang bungkuskan untuk dia. Dia malas keluar bilik."
"Bad mana?" tanya Kath.
"Bad? Dia ada sekali?" Esther memandang Kai menunggu jawapan.
"Tu kereta dia." Kath menunjukkan Myvi putih yang terparkir di depan Kafe.
"Dia gi toilet. Sakit perut," jawab Kai ringkas.
"Haaa! Mengumpat aku ke?" jerkah Bad dari belakang.
"Kath, you nak makan sini ke bungkus? I hilang selera. I nak bungkus, makan dalam bilik."
"Kenapa tiba-tiba?" Soalan Kath tidak dijawab. Esther bangun dan pergi membeli makanan. Dia tidak menoleh langsung memandang mereka. Kai dan Bad memandang keliru sesama sendiri. Kath tahu puncanya, pasti Esther cemburu melihat Kai dengan Bad.
"Hmm... I ikut korang pergi practice lah. Esther macam takde mood je nak kawan dengan I tu," kata Kath.
"Tak payah lah ikut. Hari ni Sarah takde. Nanti kau bosan, takde kawan," larang Kai.
Kai dan Bad memandang Esther. Dia masih tidak mempedulikan mereka. Masih keliru mengapa tiba-tiba dia bersikap dingin begitu.
*****
"Stop kejap, guys. Take 5. Aku sakit perut dowh!" Bad mencengkam perutnya. Muzik dimatikan. Semua orang mengambil spot rehat masing-masing.
"Kau bosan sebab harini takde kawan sembang kan?" Kath menjuihkan bibir apabila nampak Kai datang menghampirinya. Kai tersenyum kelat.
Kai mencapai beg drawsting di sebelah Kath. Sebotol mineral 1.5L diambil dari dalam beg lalu Kai meneguknya laju. Sebotol mineral 500mL lagi diambil lalu Kai buka penutup tudung botol itu sebelum memberinya kepada Kath.
"Nah, minum ni sikit. Kesiannya dia tunggu kita panas-panas macam ni ya." Kai cuba memujuk dengan suara halus dan manja. Kath menjelingnya. Mineral 500mL itu diambil dan diteguk perlahan.
"Nah, makan ni buat alas perut." Kai menghulur tupperware yang penuh berisi kepingan sandwich telur kepada Kath.
Kath menggeleng. "Bila you buat ni? Tak perasan pun." Kath mengambil tudung penutup botol dari tangan Kai lalu menutup air mineral yang diminumnya tadi.
"Masa kau mandi tadi, sempat la aku siapkan kejap. Nah, makan lah sikit," pelawa Kai.
"Nope. I nak something yang manis."
Kai menutup tupperware itu lalu mengeluarkan lolipop dari beg drawsting-nya. "Nah, ni boleh?"
"Poket Doraemon ke you ni?" Kath mengambil lolipop itu sambil senyum sampai ke telinga. Laju dia membuka plastik lolipop perisa epal itu lalu menyuapnya ke dalam mulut.
"Um... sedapnya!" Kath mengekspresikan rasa di saat lolipop perisa epal itu menyentuh permukaan lidahnya.
"Lolipop tu aku beli untuk aku tau. Tak nak share ke?"
"Mana ada orang share makan lolipop."
Kath mengusik Kai buat muka menikmati lolipop itu. "Nah." Kath menyua bekas jilatan lolipopnya kepada Kai.
Tanpa berfikir panjang, Kai membuka luas mulutnya dan merampas lolipop dari tangan Kath. Kath terkedu. Kai makan bekas air liurnya!
"Manis. Umm..." Kai menikmati rasa lolipop epal itu. "...sebab aku beli guna duit aku hahaha," gelak Kai kecil.
Kath masih diam dan kelu. Tidak termakan langsung dengan gurauan Kai. Speechless. Tiba-tiba keadaan menjadi janggal.
"Tengok situ! Tiba-tiba banyak rama-rama datang lah!" Kath cuba mengubah topik dan mengalihkan pandangannya.
"Rama-rama tu mesti dah terlepas," kata Kai.
"Terlepas? Dari mana?" Kath memandang Kai meminta jawapan.
"Dari aku buka mulut luas-luas tadi."
"Huh?"
"I think they have been in my tummy for quite some time, Kath."
Lidah kelu. Mulut seakan terkunci. Kath senyap. Matanya kembali melihat rama-rama yang berterbangan. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberi respon. Dia seolah-olah memahami maksud Kai.
Kai mengambil mineral 1.5L dan bekas sandwich telur tadi lalu beransur pergi duduk dengan Gig Crew yang lain. Dia mempelawa rakan-rakan tariannya untuk merasa sandwich yang dia bawa.
Kath memandang Kai dari jauh. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Kenapa tiba-tiba dadanya rasa berombak. Adakah rama-rama itu telah berpindah ke hatinya?
YOU ARE READING
Mungkin Keliru
RomanceKatherine terkejut ketika dia mengetahui bahawa roommate barunya, Kyla (Kai), mempunyai karakter seperti tomboy. Semakin dia mengenali Kai, Dia merasakan Kai punyai daya atraktif tersendiri. Katherine mula tertanya-tanya apakah dia sudah menyulam pe...