Bab 4 : Periuk Nasi

542 19 1
                                    

Hujan pada pagi Isnin itu membuatkan Kai terjaga dari tidur terlalu awal. Bukanlah kerana hujan tetapi kerana perutnya yang terasa pedih kelaparan. Mungkin akibat malam semalam dia tidak menjamah sebarang makanan. Terlalu awal Kai sudah menyenyakkan diri tidur di atas katil. Latihan menari di studio bersama Bad pada petang semalam amat memenatkan. Kai tidak sedar dia terlelap pada jam sembilan malam walhal ketika itu dia sedang khusyuk sedang bermain Animal Crossing dalam Nintendo Switch di atas katil.

Kai memandang Kath yang masih lena ketiduran di katil sebelah. Dia melihat Kath sedang berpeluk tubuh kesejukan kerana hujan lebat pada pagi subuh itu. Kai bangun dan menarik selimut dari kaki Kath lalu menyelimutkannya hingga parat dada. Alangkah indah jika dia juga masih lena diulit mimpi ketika itu. Ah, malangnya perut Kai pula minta diisi.

Kaki Kai melangkah ke beranda. Dia mengeliat sambil melihat titisan hujan yang jatuh ke bumi. Senaman kecil dilakukan seperti biasa setiap kali dia baru bangun dari tidur. Tuala yang digantung pada penyangkut baju diambil dan dililitkan pada lehernya.

Periuk nasi Panasonic Kai ambil dari dalam almari. Beras dan bahan rencah juga tidak dilupakan. Kai pergi ke bilik mandi untuk membasuh bahan-bahan yang perlu untuk membuat bubur. Plug periuk nasi dipasang pada soket 3 pin dan suis dibuka.

Sementara menunggu buburnya siap dimasak, Kai ke bilik mandi semula untuk mandi dan menyiapkan diri sebelum ke kuliah pagi. Air pancut yang mencurah jatuh ke badan amat menyejukkan. Kai terlupa yang pagi itu hujan lebat.

Usai mandi, Kai membuka almari dan membelek pakaian yang hendak dipakai untuk hari tersebut. Dia memilih untuk memadankan kemeja Uniqlo linen chambray dan seluar combat kelabu jenama Industrie. Selepas itu, Kai memakai beberapa produk skin care bagi penjagaan wajahnya. Patutlah mukanya halus macam artis Korea.

Penutup periuk dibuka. Bau dan aroma bubur memenuhi ruangan bilik. Kai menyiduk bubur yang sudah siap dan masih panas itu ke dalam mangkuknya. Dia meniup dahulu bubur pada sudunya sebelum disua masuk ke dalam mulut. "Erm... nikmatnya!"

Kath terjaga dari tidur sebab terbau sesuatu yang enak. Matanya terkebil-kebil mamai mencari dari mana datangnya baru menyelerakan itu.

Melihat keadaan Kath yang tercari-cari itu, Kai berpura-pura menikmati sarapan buburnya. Walaupun dalam keadaan mamai, Kath masih mampu menghadiahkan jelingan yang menjengkelkan kepada Kai.

Kath bangun lalu mengambil barang mandian dan tualanya. Dia memakai selipar lalu keluar ke bilik mandi.

"Ouch! Arghhhh, panas!" Kai mengibas-ngibas tangan pada lidah. Dia juga meniup-niup mengeluarkan angin dari mulutnya bagi mengurangkan rasa sakit.

"Bodohlah!" getus Kai. Itulah padahnya kalau makan ketika juadah masih panas. Niat untuk berlagak dengan Kath mendatangkan padah pula pada diri sendiri. Melecur lidah!

Usai mandi, Kath melihat bilik sudah pun kosong. Dia menganggar Kai sudah keluar pergi ke kelas.

"Eh apa ni?" Semangkuk bubur siap terhidang atas mejanya. Sticky note hijau pada tepi mangkuk diambil.

Sedap.

Itu sahaja yang tertulis. Juga ada smiley face pada hujung ayat.

*****

Kath menghabiskan masa malamnya dengan membuat lab report. Kai pula seperti biasa dengan hobi bermain permainan videonya.

"Truttt...." Kath mengerut kening lalu memandang Kai.

"Sorry kalau kau rasa bunyi kentut aku mengganggu." Kath menghadap mejanya untuk menyembunyikan tawa.

Mungkin KeliruWhere stories live. Discover now